Ibrah dari kisah 4 Ulamak Salaf yang bersahabat:
Imam Abu Hanifah, Imam Ibnu Abi Laila, Imam Sufyan al-Thauri, dan Imam Syarik
Satu hari, Khalifah hendak melantik Qadhi/Hakim, maka diperintahkan salah seorang dari empat Ulamak Salaf ini untuk menjawatnya, masing-masing menolak dan enggan menerimanya.
Di sebabkan tiada yang ingin menerimanya, maka Khalifah memerintahkan para pengawal untuk menangkap para ulamak ini dan bawa ke Istana untuk mengadap Sang Khalifah. Khalifah ingin mendengar alasan-alasan kenapa mereka enggan dan menolaknya.
Maka keempat-empat Ulamak ini ditangkap, di gari dan diusung ke Istana Sang Khalifah. Dalam perjalanan, Imam Abu Hanifah berfirasat bahawa dikalangan mereka berempat yang akan menjadi Qadhi/Hakim nanti ialah Imam Syarik... Manakala Imam Sufiyan al-Thauri akan dapat melarikan diri... Imam Ibnu Abi Laila pula akan menjadi seperti orang gila... dan Aku pula akan menggunakan helah Politikku...
Dalam perjalanan ke Istana Sang Khalifah, Imam Sufiyan al-Thauri meminta izin dari pengawal untuk buang air kecil, maka diizinkan... lalu beliau pergi membuang air kecil dan terus melarikan diri dengan masuk ke dalam lubang/ bekas tong sampah dan ditutupi dengan dedaun yang akhirnya dia dapat melarikan diri dari menghadap Sang Khalifah.
Sampai di Istana pula, Imam Syarik, Imam Ibnu Abi Laila dan Imam Abu Hanifah masuk menghadap Khalifah... dalam masa yang sama Imam Ibnu Abi Laila menjerit-jerit, dan bercakap-cakap seperti orang gila, maka Sang Khalifah rasa tidak senang lalu dihalaunya keluar dari Istana. Dengan senang hati Imam Ibnu Abi Laila keluar dan terlepas dari jawatan Qadhi/Hakim.
Tinggallah Imam Abu Hanifah dan Imam Syarik, maka Sang Khalifah meminta alasan dari Imam Abu Hanifah untuk mengemukakan alasan, lalu dikatakan bahawa dirinya tidak layak tidak ada kemampuan tidak ada ilmu dan lain-lain lagi, Sang Khalifah dengan marah mengatakan 'BOHONG" mana mungkin engkau tiada ilmu. Lalu dijawab oleh Imam Abu Hanifah, " Wahai Tuan Khalifah, kalau Tuan sendiri mengatakan hamba ini seorang pembohong, maka hamba tidak layak menjadi Qadhi/Hakim kerana sifat bohong itu tidak layak ada bagi seorang Qadhi/Hakim. Lalu Imam Abu Hanifah pun terlepas dari menjawat jawatan Qadhi/Hakim dengan politik kebijaksanaannya.
Akhirnya tinggallah Imam Syarik yang tiada pilihan, lalu dilantik oleh Khalifah untuk menjadi Qadhi/Hakim, Imam Syarik setuju, tetapi meletakkan syarat dengan tegas kepada Sang Khalifah bahawa kehakimannya bukan sahaja kepada rakyat tetapi kehakimannya juga dikenakan kepada menteri dan diri sang Khalifah sendiri sekiranya bersalah.
-Tamat cerita...
Catatan dan ingatan yang sangat berharga dari Murabbiku TG Syeikhuna Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki Hafizhohullah di dalam pengajian malam tadi di Masjid al-Riduan,Hulu Kelang.
Allahu Akhbar, apa yang sahabat-sahabat boleh catitkan sebagai Ibrah?
Disaat aku mencari-cari sesuatu dengan Istiharah Cintaku, hadirnya mutiara ini untuk aku memuhasabah diri... Ya Allah bantulah hambaMu, dan tunjukkan daku jalan-jalan kebaikan