Pada suatu hari Imam Bisyr Al Hafi ada beli sepasang selipar
baru,seliparnya itu digunakan untuk ke masjid dan beliau letak
seliparnya dihadapan masjid .
Selepas
sembahyang,selipar nya hilang lalu Imam Bisyir Al Hafi menangis,Kata
orang ramai yang solat dimasjid tu "Tak layak kau ini menangis,Engkau
ini orang besar" .
Lalu
jawab Imam Bisyr, saya menangis bukan sebab hilang selipar itu tetapi
saya menangis kerana disebabkan saya,orang itu berdosa kerana mencuri
selipar saya, kerana saya ! orang lain yang tanggung dosa ! maka mulai
hari ini aku akan jalan tanpa selipar .
Sejak peristiwa ini,orang
gelarinya dengan (Al Hafi) bermakna orang yang jalan tak berselipar.Ini
namanya orang yang warak sangat takut kepada Penghisaban di akhirat
tapi zaman sekarang cerita sebegini hanya sekadar cerita,jarang sekali
berlaku.Muhasabah dan renungan untuk diri :
Berapa banyak sudah amal perbuatan kita menyebabkan orang lain berbuat dosa... & Berapa banyak pula amal perbuatan kita menyebabkan orang lain berbuat kebaikan?
Semoga kita sentiasa dipilih untuk menjadi sebab kepada kebaikan umatnya Nabi Muhammad SAW, bukan kemaksiatan...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan