Lailatul Qadar
Sayyidina Anas Bin Malik R.H berkata :
"Sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan yang padanya terdapat nilai yang sangat agung iaitu Malam al-Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan (83tahun). Siapa yang mendapat kebaikan pada malam tersebut sesungguhnya dia telah mendapatkan seluruh kebaikan dalam hidupnya. Barang siapa pula yang tidak mendapat kebaikan pada malam tersebut, sesungguhnya dia telah hilang seluruh kebaikan dalam hidupnya. Siapa yang hilang kebaikan malam tersebut, itulah manusia yang paling malang".
Malam al-Qadar disebut oleh ulamak dengan beberapa pentakrifan antaranya :
1) Malam kemuliaan.
2) Malam yang sempit (disebabkan ramainya malaikat yang turun kebumi untuk mengucapkan salam kepada Ibadillah al-Solihin)
3) Malam diturunkan al-Quran
4) Malam ketentuan taqdir
Baginda Nabi SAW menyuruh kita untuk mengidupkan malam-malam akhir Ramadhan dan menggesa agar mencari Lailatul Qadar pada malam-malam witir (ganjil) dari akhir sepuluh Ramadhan.
Apa pun pada pandangan saya, kita bukan sekadar mencari Lailatul Qadar, tetapi yang lebih besar dari itu, marilah kita manfaatkan akhir-akhir Ramadhan ini dengan sungguh-sungguh beribadah kepada Allah swt dengan memohon keampunan, kerahmatan, pembebasan dari azab api nerakaNya. Janganlah memilih-milih malam-malam tertentu kerana itu tanda kita tidak benar memuliakan tetamu kita Ramadhan. Sebaliknya manfaatkan seluruhnya untuk mencari RedhaNya dan semoga kita semua beroleh kebaikan dan ketaqwaan selepas dari bulan Ramadhan.
Ya Allah Yang Maha Pengampun dan Suka Mengampunkan, Ampuni dosa-dosa Kami Ya Allah.
Ya Allah, Kami memohon redhamu untuk syurgaMu dan Jauhkan kami dari murkaMu dan Azab nerakaMu.
Waallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan