Isnin, 30 September 2024

Sanah Helwa Sayang Walid

💖Sanah Helwa Sayang Walid💖

👶Muhammad Arsyad yang ke 3 Tahun Hijriyyah (23 Rabiul Awwal)

🙏Walid Ummi doakan semoga Muhammad sentiasa dalam penjagaan dan pemeliharaan Allah SWT. Pilihan Allah jadi anak yang soleh dan Taat Allah dan Rasulullah serta Ummi Walid.

Muhammad adalah hadiah Allah buat Ummi dan Walid setelah penantian selama 13 tahun. 

Ummi Muhammad adalah Ummi yang hebat, sabar, kuat, cekal, tabah dan seorang pejuang emosi, spiritual serta zahir yang hebat dalam berusaha memperolehi zuriat yang bernama Muhammad Arsyad.

Semoga Muhammad jadi anak yang taat kepada Ummi dan khidmat kepada Ummi sebaiknya melebihi Walid, dan itulah petunjuk dari baginda Nabi SAW. 

Semakin membesar semakin banyak akal dan cerdiknya. Penghibur hati Ummi Walid. 2 tahun lepas mungkin Muhammad kurang mengerti, tapi dah masuk 3 tahun ni, dah bayak cakap, ada pemintaan, ada kehendak. Pandai buat lawak dan menghiburkan Ummi Walid, pandai juga merajuk dan ambil hati Ummi Walid. Mengusik bergurau pun pandai 😂. Terima Kasih Muhammad...

Barakallahu fi Umrik yan Bunayya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan