BERWASPADA DARIPADA KEKERASAN HATI DAN KEALPAANNYA
Berwaspadalah kamu dengan sifat QASWAH iaitu keras dan kejumudan hati sehinggakan ia tidak terkesan dengan sesuatu nasihat. Malah ia tidak merasa tersentuh dan berlembut hati ketika disebutkan mengenai persoalam kematian, janji kebaikan, ancaman balasan kejahatan dan segala perihal akhirat.
Baginda Nabi SAW bersabda :
"Sesuatu yang paling jauh daripada (rahmat) Allah iailah hati yang keras". - Riwayat al-Dailami.
"Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT tidak akan menerima doa daripada hati yang lalai" - Riwayat Tirmizi.
Kelalaian hati berlainan dengan sifat keras hati, tetapi ia juga adalah dicela di samping terdapat padanya perkara yang amat bahaya.
HATI YANG LALAI
Diantara tanda hati kita lalai dan terkadang keras apabila :
1) Hatinya tidak terjaga dan tidak sedar daripada kealpaan apabila peringatan dan amaran (yang berkaitan hari kiamat) sampai kepadanya. Sebaliknya hatinya lalai dan leka dengan perhiasan dunia serta mengikut hawa nafsu.
2) Hatinya lalai tatkala dibacakan ayat-ayat al-Quran al-Karim. tidak merenung akan maknanya dan tidak cuba memahami makna-maknanya, tidak mematuhi perintah-perintahnya serta menjauhi larangannya. Nasihat dan tegurannya tidak dipedulikan.
3) Hatinya tidak suka dan menjauhi majlis-majlis para ulamak dan majlis-majlis zikir. tidak suka duduk dalam majlis yang membicarakan kewujudan Allah dan agamaNya, mengingati tentang nikmatnya dan kurniaanNya, janji baik dan janji burukNya.
Isnin, 13 April 2015
Jumaat, 3 April 2015
Nasihat Iman
"Sembahlah Tuhan kamu sehingga datang kepada kamu al-Yakin (Kematian)".
Allah swt berfirman lagi yang maksudnya :
" Hanya kepada Engkau kami sembah, dan Hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan"
Kita membaca dan mengakui Allah swt yang sahaja disembah dan kepadanya sahaja tempat meminta pertolongan sehari sebanyak 17 kali dalam solat.
Dalam ayat itu Allah swt menyebutkan " Hanya kepadanya" menunjukkan lil tahsisi... iaitu tidak ada sembahan yang lain... dan tidak ada bantuan yang lain... melainkan ianya hanya kepadanya...
Kita di suruh sembah, kemudian berdoa memohon dan meminta pertolongan dari Allah.
Ada 4 golongan manusia :
1) Menyembah dan kemudian Meminta Pertolongan dari Allah
2) Menyembah tetapi Tidak Meminta Pertolongan dari Allah
3) Tidak Menyembah tetapi Meminta Pertolongan dari Allah
4) Tidak Menyembah dan Tidak Meminta Pertolongan dari Allah
Kita di pihak yang mana?
Ramai kita yang meminta dulu kemudian baru menyembah, umpama seseorang bernazar " kalau anak lulus periksa, saya nak sedekah" bukankan sepatutnya sedekah dulu, kemudian baru berdoa dan usaha... nazar ini diharuskan tapi sebahagian ulamak sebut ianya makruh dan ada ciri kebakhilan.
Menyembah Allah kena ada Roh. Umpama solat, jangan sekadar solat pada jasad sedang roh tidak solat.
Jasad dan Roh kena solat sekali, menyembah Allah. Jasad tempat tumpangan Roh, roh menumpang pada Jasad.
- Antara isi dan intipati nasihat TG Dato' Ismail Kamus Hafizhohullah.
Langgan:
Catatan (Atom)