BERWASPADA DARIPADA KEKERASAN HATI DAN KEALPAANNYA
Berwaspadalah kamu dengan sifat QASWAH iaitu keras dan kejumudan hati sehinggakan ia tidak terkesan dengan sesuatu nasihat. Malah ia tidak merasa tersentuh dan berlembut hati ketika disebutkan mengenai persoalam kematian, janji kebaikan, ancaman balasan kejahatan dan segala perihal akhirat.
Baginda Nabi SAW bersabda :
"Sesuatu yang paling jauh daripada (rahmat) Allah iailah hati yang keras". - Riwayat al-Dailami.
"Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT tidak akan menerima doa daripada hati yang lalai" - Riwayat Tirmizi.
Kelalaian hati berlainan dengan sifat keras hati, tetapi ia juga adalah dicela di samping terdapat padanya perkara yang amat bahaya.
HATI YANG LALAI
Diantara tanda hati kita lalai dan terkadang keras apabila :
1) Hatinya tidak terjaga dan tidak sedar daripada kealpaan apabila peringatan dan amaran (yang berkaitan hari kiamat) sampai kepadanya. Sebaliknya hatinya lalai dan leka dengan perhiasan dunia serta mengikut hawa nafsu.
2) Hatinya lalai tatkala dibacakan ayat-ayat al-Quran al-Karim. tidak merenung akan maknanya dan tidak cuba memahami makna-maknanya, tidak mematuhi perintah-perintahnya serta menjauhi larangannya. Nasihat dan tegurannya tidak dipedulikan.
3) Hatinya tidak suka dan menjauhi majlis-majlis para ulamak dan majlis-majlis zikir. tidak suka duduk dalam majlis yang membicarakan kewujudan Allah dan agamaNya, mengingati tentang nikmatnya dan kurniaanNya, janji baik dan janji burukNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan