Khamis, 25 Februari 2016

Solat Berjemaah

Selalu kita dengar orang sebut “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan” atau “Sembahyanglah kamu dibelakang imam (berjemaah) sebelum kamu disembahyangkan dihadapan imam (solat jenazah)”.

Tahukah kita bahawa solat berjemaah itu merupakan amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi kita Muhammad saw.

GANJARAN SOLAT BERJEMAAH :

Nabi saw sebut :“Solat berjemaah itu lebih baik dari solat bersendirian dan dikurniakan sebanyak 27 kali ganda pahalanya” – Hadith riwayat Bukhari & Muslim.

HUKUM SOLAT BERJEMAAH :

Hukum solat berjemaah adalah sunat yang sangat dituntut menurut Mazhab Syafie. Namun ada juga sebahagian ulamak berpandangan solat berjemaah itu hukumnya Fardhu Ain (wajib).

Dalam sebuah Hadith, Nabi saw bersabda :

“ Di antara solat yang paling berat yang hendak ditunaikan oleh golongan munafiq itu ialah solat Subuh & Isyak, dan sekiranya seseorang itu tahu apakah kelebihan yang ada pada kedua waktu itu, nescaya dia akan hadir (tunaikan) walau terpaksa merangkak”. – Hadith riwayat Bukhari & Muslim.

Justeru, jom kita memeriahkan surau/ musolla/ masjid ditempat kita dengan solat berjemaah, semoga Allah swt memberkati hidup kita dan kerja-kerja kita serta dipermudahkan segala urusan hidup kita.

INGATLAH !!!  Hidup di dunia bukan hanya untuk kerja dunia sahaja, tetapi kita perlu buat dan utamakan jua kerja Akhirat, kerana akhirat itulah kehidupan yang kekal abadi buat selamanya.

So, Solat bukan dibuat bila ada Free Time, bukan juga sebagai Part Time,  apatah lagi jika di tinggalkan dengan alasan No Time

Tapi solat itu hendaklah dibuat Full Time, On Time, Any Time, dan kalau boleh Over Time, Sebab MATI itu datang ANYTIME


Allah swt berfirman : “Bila datang ajal kamu, maka tidak ada yang boleh menuntut untuk dilambatkan mahupun dipercepatkan”. - Waallahu a’lam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan