Jumaat, 9 Oktober 2015

Halalan Toyyiban


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, pagi ini dapat berkongsi dengan pendengar-pendengar IKIM FM dalam siaran Topik Jumaat yang diterbitkan oleh DJ Syafiq Zulakifli.

Saya memilih tajuk berkaitan "Halalan Toyyiban" sempena mengambil semangat menghadiri Seminar baru-baru ini di Ikim juga berkaitan Sekuriti Makanan : Isu-isu Kontemporari Menurut Perspektif Islam.

Bila sebut tentang Halalan Toyyiban, mesti terfikir dibenak kepala kita isu pemakanan, walaupun Halalan Toyyiban tidaklah hanya berkaitan dengan makanan sahaja. Ya, Isu makanan sememangnya isu yang sangat penting untuk diperkatakan kerana ia sangat rapat dengan setiap masa dalam kehidupan kita. Celik mata fikir hendak makan, dan bila hendak makan, kita dah fikir macam-macam soalan, nak makan apa, di mana, sedap ke tidak dan sebagainya.

Untuk tajuk Halalan Toyyiban kali ini saya memang cerita bab makanan, dan ingin mengajak sidang pendengar untuk merenung dan mengambil ibrah tentang ayat al-Quran pesanan dan panduan Allah swt pada kita.

Allah swt berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 168 maksudnya :

"Wahai MANUSIA, Makanlah daripada apa yang terdapat di bumi YANG HALAL lagi BAIK, dan JANGAN IKUT LANGKAH_LANGKAH SYAITAN, kerana sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata"

Penelitian :

1. Dalam ayat ini Allah swt seru MANUSIA! Allah swt tidak sebut ORANG BERIMAN, kerana soal makan ini terkait dengan semua manusia tidak kira kafir atau islam. Dan al-Quran satu panduan untuk semua manusia. Justeru, Allah swt memberikan panduan ini kepada semua manusia.

2. Allah sebut HALAL! Halal ini ia suatu perkara yang dibenarkan oleh syarak, dan agama Islam. itu takrif Halal secara mudah faham.

3. Namun bila sebut tentang HALAL, selalunya umat Islam hanya membincangkan tentang zat makanan semata-mata. Kalau cerita binatang, yang dia tanya sembelih atau tidak, yang penting bukan dari babi atau arak. 

4. Tetapi kita terlupa, satu sudut lagi iaitu aspek wasilah yang menyebabkan kita makan, iaitu bagaimana kita membeli, mendapatkan? Ayam menang dah ada logo HALAL, tapi duit beli ayam tu hasil CURI, RIBA, RASUAH, ROMPAK, dll? Adakah Ayam yang ada logo HALAL itu HALAL? maka jawapannya ia juga menjadi sebab ayam yang zatnya HALAL tetapi cara memperolehi TIDAK HALAL, maka TIDAK HALAL juga apa yang kita MAKAN = HARAM. Inilah aspek yang terkadang kita lupa.

5 Allah SWT sebut TOYYIBAN! iaitu BAIK. Baik itu terkait dengan Kualiti, Mutu, Cara Pengendalian Makanan, Cara Makan, Kebersihan, Tidak Memberi Mudharat dan sebagainya. Tidak semua yang Halal itu kita boleh makan. Kerana yang Halal itu belum tentu Baik. Contoh : Gula itu Halal, tapi kalau diambil dengan kuantiti yang tidak baik, maka dia menjadi tidak Toyyiban. Garam itu Halal, tetapi kalau tidak dikendali dengan baik dalam masakan, boleh kena Darah Tinggi. 

6. Justeru, sebagai umat Islam, kita kena ambil berat tentang sola Halal dan Baik. dan menjadi kefardhuan dan kewajipan kita mencari yang HALALAN TOYYIBAN.

7. Dalam skop ruang kita yang terbatas, kita sukar untuk mengenal pasti sesuatu perkara itu benar-benar HALAL dari A-Z. Justeru, cara yang rasional dan realistik, kita memberi kepercayaan kepada pihak JAKIM bahagian HALAL untuk melaksanakan tugasan tersebut. Kita sebagai pengguna pula perlulah pastikan yang kita beli dan gunakan itu ada logo HALAL JAKIM. Selesai.

8. Allah sebut, JANGAN IKUT LANGKAH2 SYAITAN iaitu jangan ikut Nafsu dalam makan. Maka lengkaplah panduan dalam soal makan yang Islam anjurkan.

9. Sekiranya manusia tidak ambil peri penting tentang 3 aspek ini iaitu HALAL TOYYIBAN NAFSU, maka manusia akan binasakan dirinya.

10. Lihat penyakit2 yang disebabkan makanan, yang membunuh umat manusia. Dari sudut perubatannya pula, ia memerlukan kos yang tinggi dan belanjawan yang tidak sedikit untuk pihak kerajaan, dan individu itu sendiri belanjakan bila sudah sakit. Jadi ia juga ada terkait dengan soal EKONOMI, PERUBATAN, dan PEMBANGUNAN MODAL INSAN & NEGARA.

Wallahu'alam.

Santai-santai kongsi, moga bermanfaat. Fikir-fikirkan, semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan