Khamis, 23 Jun 2016

Mencari Malam al-Qadr

Terdapat pelbagai pandangan para ulamak mengenai masalah BILAKAH TERJADINYA MALAM AL-QADR? Maka disini di kemukakan beberapa pandangan para ulamak berdasarkan pengalaman dan kaedah yang pernah dilalui oleh ulamak terdahulu :

  1. Imam Syafie berpendapat : Malam al-Qadr berlaku pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan iaitu pada malam 21 atau pada malam 23.
  2. Ulamak Mazhab Maliki berpendapat : ianya berlaku pada malam 27 Ramadhan.
  3. Sayyidina Ibnu Mas’ud berpendapat : ianya berlaku pada malam 17 Ramadhan.
  4. Imam Hasan al-Basri berpendapat : ianya berlaku pada 10 malam yang kedua daripada bulan Ramadhan (11-20 Ramadhan)
  5. Sayyidina Ali berpendapat : ianya berlaku pada malam 19 Ramadhan
  6. Sayyidina Anas berpendapat : ianya berlaku pada malam pertama dalam bulan Ramadhan       (1 ramadhan)
  7. Imam al-Ghazali dan sebahagian ulamak lain berpendapat : ianya berlaku pada waktu yang berbeza sesuai hari masuk (mulanya) Ramadhan, maka jika hari pertama masuknya bulan Ramadhan adalah :

  • Hari Ahad atau Rabu                  : maka Malam al-Qadr terjadi pada 29 Ramadhan
  • Hari Isnin (seperti tahun ini)      : maka Malam al-Qadr terjadi pada 21 Ramadhan
  • Hari Selasa atau Jumaat             : maka Malam al-Qadr terjadi pada 27 Ramadhan
  • Hari Khamis                               : maka Malam al-Qadr terjadi pada 25 Ramadhan
  • Hari Sabtu                                  : maka Malam al-Qadr terjadi pada 23 Ramadhan


*al-Imam Abul Hasan berkata : “Dari mulai aku Baligh aku belum pernah tertinggal Malam al-Qadr dengan menggunakan kaedah ini”.

Umum umat Islam mengetahui bahawa malam al-Qadr merupakan “Malam yang terbaik dari seribu bulan” seperti yang disebutkan oleh Allah swt dalam surah al-Qadr. Namun, hanya yang bersungguh-sungguh memanfaatkan ruang dan peluang yang dianugerahkan ini dengan amal ibadah akan beroleh manfaat dan faedah yang besar.

Justeru, marilah kita memanfaatkan masa berbaki di bulan Ramadhan untuk memperbanyakkan amal ibadah seperti Membaca Al-Quran, Solat Fardhu Berjemaah, Solat Sunat Tarawikh dan Qiyamullail, Zikir, Sedekah, & amal-amal Soleh lainnya.

Diantara tanda-tanda Malam al-Qadr seperti yang dinyatakan oleh para ulamak yang mempunyai pengalaman dengannya ialah :
  1. Suhu dan cuaca pada paginya dalam keadaan sederhana (tidak panas dan tidak dingin)
  2. Sinar matahari pada pagi harinya lemah.
  3. Air laut menjadi tawar (tidak masin).


Waallahua’lam  - Selamat Memburu al-Qadr –

Rujukan : Kitab Marhaban Ya Ramadhan karya Sayyid Muhammad Amin Bin Idrus Bin Abdullah Bin Umar Bin Syeikh Abu Bakar Bin Salim Ba’ Alawi al-Husaini.

Jumaat, 17 Jun 2016

Tingkatan Puasa

Imam al-Ghazali rhm di dalam kitabnya Ihya’ Ulum ad-Deen menyatakan bahawa Puasa itu mempunyai tiga (3) tingkatan, iaitu :

1)      Puasanya orang awam, (Syiamul Umum)
2)      Puasanya orang khusus (Syiamul Khusus)
3)      Puasa khusus buat orang khusus. (Syiamul Khususil Khusus)

Ketiga-tiga tingkatan ini bagaikan tangga yang manarik orang berpuasa agar mencapai tingkatan yang khususil khusus.

Pertama, Puasa orang awam (orang kebanyakan), Puasa orang awam adalah menahan makan dan minum dan menjaga kemaluan dari godaan syahwat.  Tingkatan puasa ini menurut Imam Al-Ghazali adalah tingkatan puasa yang paling rendah, KENAPA? Kerana dalam puasa ini hanyalah menahan dari makan, minum, dan hubungan suami isteri. Kalau puasanya hanya kerana menahan makan dan minum serta tidak melakukan hubungan suami isteri di siang hari, maka kata Rasulullah Saw puasa orang ini termasuk puasa yang rugi iaitu berpuasa tapi tidak mendapatkan pahala melainkan sedikit. Inilah yang diingatkan oleh Rasulullah Saw dengan sabdanya: “banyak orang berpuasa tapi tidak mendapatka pahala berpuasa, yang ia dapatkan hanya lapar dan dahaga.”

Kedua, Puasanya orang khusus adalah selain menahan makan dan minum serta syahwat juga menahan pendengaran, pandangan, ucapan, gerakan tangan dan kaki dari segala macam bentuk dosa.
Maka puasa ini sering disebutnya dengan puasa para Solihin. Menurut Imam Al- Ghazali, seseorang tidak akan mencapai kesempurnaan dalam tingkatan puasa kedua ini kecuali harus melewati enam (6) hal sebagai prasayaratnya, iaitu menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan. Menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri. Menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Al-Quran. Menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik. Mencegah anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Tidak berlebih-lebihan dalam berbuka, sampai perutnya penuh makanan. Hatinya senantiasa diliputi rasa cemas (khauf) dan harap (raja) karena tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah.


Ketiga, Puasa khususnya orang yang khusus adalah puasanya hati dari kepentingan jangka pendek dan fikiran-fikiran duniawi serta menahan segala hal yang dapat memalingkan dirinya pada selain Allah SWT. Puasa khusus yang lebih khusus lagi iaitu, di samping hal di atas adalah puasa hati dari segala keinginan hina dan segala fikiran duniawi, serta mencegah memikirkan apa-apa selain Allah Swt. Ini adalah tingkatan puasanya para nabi , Shiddiqqiin, dan Muqarrabin. 

Rabu, 15 Jun 2016

Sebenar Hamba

Sekadar Gambar Hiasan

Suatu hari, Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan. 
Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.
Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya : "Adakah anjing ini kepunyaan kamu?" Jawab lelaki itu: "Bukan". "Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?" Dia menjawab: "Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."

Umar bertanya lagi : "Kamu hamba atau merdeka?" "Hamba milik seorang Bani Asim". Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata: "Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."
Lelaki itu berkata :
"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."
Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut. Beliau bertanya: "Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"

Dia berkata: 
"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, namun aku kedekut kepada NYA "
"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain"
-Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani-

Khamis, 2 Jun 2016

Ahlan Ya Ramadhan

Lirik Lagu Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan – Rabbani

Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
Dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuhi daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga