Imam
al-Ghazali rhm di dalam kitabnya Ihya’ Ulum ad-Deen menyatakan bahawa Puasa itu
mempunyai tiga (3) tingkatan, iaitu :
1)
Puasanya orang awam, (Syiamul Umum)
2)
Puasanya orang khusus (Syiamul Khusus)
3)
Puasa khusus buat orang khusus. (Syiamul Khususil Khusus)
Ketiga-tiga tingkatan ini
bagaikan tangga yang manarik orang berpuasa agar mencapai tingkatan yang
khususil khusus.
Pertama, Puasa orang awam (orang
kebanyakan), Puasa orang awam adalah menahan makan dan minum dan menjaga
kemaluan dari godaan syahwat. Tingkatan puasa ini menurut Imam Al-Ghazali
adalah tingkatan puasa yang paling rendah, KENAPA? Kerana dalam
puasa ini hanyalah menahan dari makan, minum, dan hubungan suami isteri. Kalau
puasanya hanya kerana menahan makan dan minum serta tidak melakukan hubungan
suami isteri di siang hari, maka kata Rasulullah Saw puasa orang ini termasuk
puasa yang rugi iaitu berpuasa tapi tidak mendapatkan pahala melainkan sedikit.
Inilah yang diingatkan oleh Rasulullah Saw dengan sabdanya: “banyak orang
berpuasa tapi tidak mendapatka pahala berpuasa, yang ia dapatkan hanya lapar
dan dahaga.”
Kedua, Puasanya
orang khusus adalah selain menahan makan dan minum serta syahwat juga menahan
pendengaran, pandangan, ucapan, gerakan tangan dan kaki dari segala macam
bentuk dosa.
Maka puasa ini sering
disebutnya dengan puasa para Solihin. Menurut Imam Al- Ghazali, seseorang tidak
akan mencapai kesempurnaan dalam tingkatan puasa kedua ini kecuali harus
melewati enam (6) hal sebagai prasayaratnya, iaitu menahan pandangan
dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan. Menjaga lidah dari
perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan
berdiam diri. Menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta
membaca Al-Quran. Menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang
tidak baik. Mencegah anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Tidak
berlebih-lebihan dalam berbuka, sampai perutnya penuh makanan. Hatinya
senantiasa diliputi rasa cemas (khauf) dan harap (raja) karena tidak
diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah.
Ketiga, Puasa khususnya orang yang
khusus adalah puasanya hati dari kepentingan
jangka pendek dan fikiran-fikiran duniawi serta menahan segala hal yang dapat
memalingkan dirinya pada selain Allah SWT. Puasa khusus yang lebih khusus lagi iaitu,
di samping hal di atas adalah puasa hati dari segala keinginan hina dan segala fikiran
duniawi, serta mencegah memikirkan apa-apa selain Allah Swt. Ini adalah
tingkatan puasanya para nabi , Shiddiqqiin, dan Muqarrabin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan