Terdapat pelbagai pandangan para ulamak mengenai masalah BILAKAH TERJADINYA MALAM AL-QADR? Maka disini di kemukakan beberapa pandangan para ulamak berdasarkan pengalaman dan kaedah yang pernah dilalui oleh ulamak terdahulu :
- Imam Syafie berpendapat : Malam al-Qadr berlaku pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan iaitu pada malam 21 atau pada malam 23.
- Ulamak Mazhab Maliki berpendapat : ianya berlaku pada malam 27 Ramadhan.
- Sayyidina Ibnu Mas’ud berpendapat : ianya berlaku pada malam 17 Ramadhan.
- Imam Hasan al-Basri berpendapat : ianya berlaku pada 10 malam yang kedua daripada bulan Ramadhan (11-20 Ramadhan)
- Sayyidina Ali berpendapat : ianya berlaku pada malam 19 Ramadhan
- Sayyidina Anas berpendapat : ianya berlaku pada malam pertama dalam bulan Ramadhan (1 ramadhan)
- Imam al-Ghazali dan sebahagian ulamak lain berpendapat : ianya berlaku pada waktu yang berbeza sesuai hari masuk (mulanya) Ramadhan, maka jika hari pertama masuknya bulan Ramadhan adalah :
- Hari Ahad atau Rabu : maka Malam al-Qadr terjadi pada 29 Ramadhan
- Hari Isnin (seperti tahun ini) : maka Malam al-Qadr terjadi pada 21 Ramadhan
- Hari Selasa atau Jumaat : maka Malam al-Qadr terjadi pada 27 Ramadhan
- Hari Khamis : maka Malam al-Qadr terjadi pada 25 Ramadhan
- Hari Sabtu : maka Malam al-Qadr terjadi pada 23 Ramadhan
*al-Imam Abul Hasan berkata : “Dari mulai aku Baligh aku belum pernah tertinggal Malam al-Qadr dengan menggunakan kaedah ini”.
Umum umat Islam mengetahui bahawa malam al-Qadr merupakan “Malam yang terbaik dari seribu bulan” seperti yang disebutkan oleh Allah swt dalam surah al-Qadr. Namun, hanya yang bersungguh-sungguh memanfaatkan ruang dan peluang yang dianugerahkan ini dengan amal ibadah akan beroleh manfaat dan faedah yang besar.
Justeru, marilah kita memanfaatkan masa berbaki di bulan Ramadhan untuk memperbanyakkan amal ibadah seperti Membaca Al-Quran, Solat Fardhu Berjemaah, Solat Sunat Tarawikh dan Qiyamullail, Zikir, Sedekah, & amal-amal Soleh lainnya.
Diantara tanda-tanda Malam al-Qadr seperti yang dinyatakan oleh para ulamak yang mempunyai pengalaman dengannya ialah :
- Suhu dan cuaca pada paginya dalam keadaan sederhana (tidak panas dan tidak dingin)
- Sinar matahari pada pagi harinya lemah.
- Air laut menjadi tawar (tidak masin).
Waallahua’lam - Selamat Memburu al-Qadr –
Rujukan : Kitab Marhaban Ya Ramadhan karya Sayyid Muhammad Amin Bin Idrus Bin Abdullah Bin Umar Bin Syeikh Abu Bakar Bin Salim Ba’ Alawi al-Husaini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan