Jumaat, 15 Mei 2015

Berhati-hati dengan Jawatan - Ibrah Kisah Ulamak salaf

Ibrah dari kisah 4 Ulamak Salaf yang bersahabat:
Imam Abu Hanifah, Imam Ibnu Abi Laila, Imam Sufyan al-Thauri, dan Imam Syarik

Satu hari, Khalifah hendak melantik Qadhi/Hakim, maka diperintahkan salah seorang dari empat Ulamak Salaf ini untuk menjawatnya, masing-masing menolak dan enggan menerimanya.
Di sebabkan tiada yang ingin menerimanya, maka Khalifah memerintahkan para pengawal untuk menangkap para ulamak ini dan bawa ke Istana untuk mengadap Sang Khalifah. Khalifah ingin mendengar alasan-alasan kenapa mereka enggan dan menolaknya.
Maka keempat-empat Ulamak ini ditangkap, di gari dan diusung ke Istana Sang Khalifah. Dalam perjalanan, Imam Abu Hanifah berfirasat bahawa dikalangan mereka berempat yang akan menjadi Qadhi/Hakim nanti ialah Imam Syarik... Manakala Imam Sufiyan al-Thauri akan dapat melarikan diri... Imam Ibnu Abi Laila pula akan menjadi seperti orang gila... dan Aku pula akan menggunakan helah Politikku...
Dalam perjalanan ke Istana Sang Khalifah, Imam Sufiyan al-Thauri meminta izin dari pengawal untuk buang air kecil, maka diizinkan... lalu beliau pergi membuang air kecil dan terus melarikan diri dengan masuk ke dalam lubang/ bekas tong sampah dan ditutupi dengan dedaun yang akhirnya dia dapat melarikan diri dari menghadap Sang Khalifah.
Sampai di Istana pula, Imam Syarik, Imam Ibnu Abi Laila dan Imam Abu Hanifah masuk menghadap Khalifah... dalam masa yang sama Imam Ibnu Abi Laila menjerit-jerit, dan bercakap-cakap seperti orang gila, maka Sang Khalifah rasa tidak senang lalu dihalaunya keluar dari Istana. Dengan senang hati Imam Ibnu Abi Laila keluar dan terlepas dari jawatan Qadhi/Hakim.
Tinggallah Imam Abu Hanifah dan Imam Syarik, maka Sang Khalifah meminta alasan dari Imam Abu Hanifah untuk mengemukakan alasan, lalu dikatakan bahawa dirinya tidak layak tidak ada kemampuan tidak ada ilmu dan lain-lain lagi, Sang Khalifah dengan marah mengatakan 'BOHONG" mana mungkin engkau tiada ilmu. Lalu dijawab oleh Imam Abu Hanifah, " Wahai Tuan Khalifah, kalau Tuan sendiri mengatakan hamba ini seorang pembohong, maka hamba tidak layak menjadi Qadhi/Hakim kerana sifat bohong itu tidak layak ada bagi seorang Qadhi/Hakim. Lalu Imam Abu Hanifah pun terlepas dari menjawat jawatan Qadhi/Hakim dengan politik kebijaksanaannya.
Akhirnya tinggallah Imam Syarik yang tiada pilihan, lalu dilantik oleh Khalifah untuk menjadi Qadhi/Hakim, Imam Syarik setuju, tetapi meletakkan syarat dengan tegas kepada Sang Khalifah bahawa kehakimannya bukan sahaja kepada rakyat tetapi kehakimannya juga dikenakan kepada menteri dan diri sang Khalifah sendiri sekiranya bersalah.
-Tamat cerita...
Catatan dan ingatan yang sangat berharga dari Murabbiku TG Syeikhuna Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki Hafizhohullah di dalam pengajian malam tadi di Masjid al-Riduan,Hulu Kelang.
Allahu Akhbar, apa yang sahabat-sahabat boleh catitkan sebagai Ibrah?
Disaat aku mencari-cari sesuatu dengan Istiharah Cintaku, hadirnya mutiara ini untuk aku memuhasabah diri... Ya Allah bantulah hambaMu, dan tunjukkan daku jalan-jalan kebaikan

Kelebihan Rejab

Petikan dari : http://darulmurtadza.com/kelebihan-bulan-rejab/
Slide2

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله، سيدنا محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه, وبعد:


Bagi pihak Majlis Ta’lim Darul Murtadza (MTDM) kami ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Rejab yang mulia ini, semoga akan membawa barakah, dan keamanan serta keharmonian dalam kehidupan jasmani dan rohani kita, amin.

Keistimewaan Bulan Rejab


Rajab adalah salah satu dari 4 bulan haram, yang di muliakan di dalam islam. Rajab berarti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah Ta’ala. Bangsa arab sejak zaman sebelum Islam juga memuliakan bulan Rejab. Di zaman jahiliyah bulan Rejab ini di kenali dengan “Rajab Mudhar” ( رجب مضر), untuk membezakan dari “Rajab Rabi’ah” ( رجب ربيعة), Rasulullah s.a.w. menjelaskan perbezaan ini bahwa Rejab Mudhar adalah di antara Jumadal Tsani dan Sya’ban, adapun Rejab Rabi’ah antara Sya’ban dan Syawwal.
Di antara Keagungan bulan ini ialah:

التوبة: ٣٦
Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam kitab Allah pada hari Allah menjadikan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang dalam bulan itu. (Dzulki’dah, Dzulhijjah, Muharram, Rejab)
Keberadaan 12 bulan (qamariah) dalam setahun dan 4 di antaranya adalah bulan-bulan yang diharamkan peperangan sudah terkandung dalam Lauhil Mahfudz. Dengan demikian, bulan ini adalah bulan aman, damai, tenteram dan selamat.
Berkata Ibnu ‘Abbas mengomentari ayat di atas:
“Janganlah kamu berbuat kezaliman diseluruh bulan, khususnya di bulan haram kerana kehormatan bulan itu, oleh kerana berbuat dosa di bulan haram lebih besar berbandingkan di selainnya, demikian juga berbuat ketaatan di dalamnya akan di lipat gandakan”.
Di antara keutamannya ialah berpuasa. Sa’id bin Jubair (seorang Tabi’in) di tanya tentang puasa di bulan Rejab, ia berkata:
“Aku mendengar Abdullah bin Abbas r.a berkata: terkadang Rasulullah  berpuasa di bulan itu seakan-akan Baginda tidak berbuka (berterusan), dan terkadang juga Baginda berbuka seakan-akan tidak berpuasa”. (Abu Daud).

Amalan di dalam bulan Rejab

Di antara amalan di bulan Rejab: memperbanyak istighfar. Bersabda Rasulullah s.a.w.:

أكثروا من الاستغفار فى شهر رجب
فإن لله فى كل ساعة منه عتقاء من النار
وإن لله مدائن لا يدخلها إلا من صام شهر رجب
(الديلمى)

“Perbanyaklah kamu beristghfar di bulan Rejab, kerana sesungguhnya Allah setiap saat di bulan Rejab akan membebaskan hamba-hambanya dari api neraka, dan sesungguhnya Allah mempunyai bandar-bandar yang tidak masuk ke dalamnya kecuali orang yang berpuasa dibulan Rejab.” (al- Dailami).
Amalan istighfar para salaf ialah:

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang di istimewakan untuk di kabulkan doa. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“ Lima malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha. (Al Baihaqi).
Di anatara amalan yang baik ialah memperbanyak doa:
Slide5
Bulan ini juga di kenali dengan الأَصَبّ bererti “curahan”, oleh kerana bulan ini adalah bulan Allah mencurahkan rahmatNya kepada hamba yang di kehendakinya.
Di bulan Rejab juga telah di lahirkan Imam Syafi’I pada tahun 150 H, dan meninggal dunia di bulan Rejab juga tahun 204 H. Semoga Allah merahmati dan memberi keredhaan kepadanya atas jasanya ke atas ummat Islam, khususnya kita di Asia Tenggara ini yang berpegang kepada madzhabnya.
Marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan saleh untuk meraih rahmat Allah SWT, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi meraih rahmat-Nya.
Amin.

Isnin, 13 April 2015

Hati

BERWASPADA DARIPADA KEKERASAN HATI DAN KEALPAANNYA

Berwaspadalah kamu dengan sifat QASWAH iaitu keras dan kejumudan hati sehinggakan ia tidak terkesan dengan sesuatu nasihat. Malah ia tidak merasa tersentuh dan berlembut hati ketika disebutkan mengenai persoalam kematian, janji kebaikan, ancaman balasan kejahatan dan segala perihal akhirat.

Baginda Nabi SAW bersabda :

"Sesuatu yang paling jauh daripada (rahmat) Allah iailah hati yang keras". - Riwayat al-Dailami.

"Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT tidak akan menerima doa daripada hati yang lalai" - Riwayat Tirmizi.

Kelalaian hati berlainan dengan sifat keras hati, tetapi ia juga adalah dicela di samping terdapat padanya perkara yang amat bahaya.

HATI YANG LALAI

Diantara tanda hati kita lalai dan terkadang keras apabila :

1) Hatinya tidak terjaga dan tidak sedar daripada kealpaan apabila peringatan dan amaran (yang berkaitan hari kiamat) sampai kepadanya. Sebaliknya hatinya lalai dan leka dengan perhiasan dunia serta mengikut hawa nafsu.

2) Hatinya lalai tatkala dibacakan ayat-ayat al-Quran al-Karim. tidak merenung akan maknanya dan tidak cuba memahami makna-maknanya, tidak mematuhi perintah-perintahnya serta menjauhi larangannya. Nasihat dan tegurannya tidak dipedulikan.

3) Hatinya tidak suka dan menjauhi majlis-majlis para ulamak dan majlis-majlis zikir. tidak suka duduk dalam majlis yang membicarakan kewujudan Allah dan agamaNya, mengingati tentang nikmatnya dan kurniaanNya, janji baik dan janji burukNya.

Jumaat, 3 April 2015

Nasihat Iman

Firman Allah swt maksudnya :

"Sembahlah Tuhan kamu sehingga datang kepada kamu al-Yakin (Kematian)".

Allah swt berfirman lagi yang maksudnya :

" Hanya kepada Engkau kami sembah, dan Hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan"

Kita membaca dan mengakui Allah swt yang sahaja disembah dan kepadanya sahaja tempat meminta pertolongan sehari sebanyak 17 kali dalam solat.

Dalam ayat itu Allah swt menyebutkan " Hanya kepadanya" menunjukkan lil tahsisi...  iaitu tidak ada sembahan yang lain... dan tidak ada bantuan yang lain... melainkan ianya hanya kepadanya...

Kita di suruh sembah, kemudian berdoa memohon dan meminta pertolongan dari Allah.

Ada 4 golongan manusia :

1) Menyembah dan kemudian Meminta Pertolongan dari Allah 
2) Menyembah tetapi Tidak Meminta Pertolongan dari Allah
3) Tidak Menyembah tetapi Meminta Pertolongan dari Allah
4) Tidak Menyembah dan Tidak Meminta Pertolongan dari Allah

Kita di pihak yang mana?

Ramai kita yang meminta dulu kemudian baru menyembah, umpama seseorang bernazar " kalau anak lulus periksa, saya nak sedekah" bukankan sepatutnya sedekah dulu, kemudian baru berdoa dan usaha... nazar ini diharuskan tapi sebahagian ulamak sebut ianya makruh dan ada ciri kebakhilan.

Menyembah Allah kena ada Roh. Umpama solat, jangan sekadar solat pada jasad sedang roh tidak solat.

Jasad dan Roh kena solat sekali, menyembah Allah. Jasad tempat tumpangan Roh, roh menumpang pada Jasad.

- Antara isi dan intipati nasihat TG Dato' Ismail Kamus Hafizhohullah.



Jumaat, 20 Mac 2015

Kalam Murabbi - Muhasabah

Jangan jadikan waktu yang kita miliki, umur yang kita miliki, kehidupan kita miliki dari yang sangat sedikit ini kita jadikan sebagai halaman untuk permainan orang-orang yang berbuat dholim kepada Allah subhanallahu wata`ala. Orang-orang yang berbuat kejahatan, orang-orang tersebut ingin menjadikan diri kita, dzat kita, waktu kita, hidup kita sebagai tempat permainan mereka, tempat mereka membuang kotoran . 

Walyaudzubillahi min dzalik.

Allah subhanallahu wata`ala berfirman yang artinya: Seandainya kalian mengikuti kebanyakan orang yang ada di muka bumi ini, niscaya mereka akan membuat engkau tersesat dari jalan Allah subhanallahu wata`ala.
Beliau al-Habib Umar bin Hafidz menasehati untuk menjaga pandangan, pendengaran, dan lisan. Menjaga pandangan dari hal-hal yang bukan urusannya, menjaga pendengaran dari hal-hal yang bukan urusannya, menjaga hal-hal dari menyaksikan yang bukan urusannya, menjaga lisannya dari perkataan-perkataan yang bukan urusannya, menjaga hal-hal yang fudhul yang bukan urusannya, apalagi dari hal yang diharamkan oleh Allah subhanallahu wata`ala. Sebab dengan menjerumuskan matanya, pendengarannya, lisannya dalam hal-hal yang bukan urusannya maka ia telah menodai kemanusiaan/ menghinakan kemanusiaan.

Walyaudzubillahi min dzalik.

Allahuma soli ala sayidina muhammad nabiyil umiy wa alihi wa shobihi wa salim
silahkan tag dan share

Isnin, 9 Mac 2015

Kalam Murabbi

Dr Umar Abdul Aziz Quraisyi dalam kitabnya Tha'un Al-Asr; Al-Furqah Bainal Muslimin Wa ilajuha Fil Kitab Al-Mubin menyatakan tentang sebab pertelingkahan ummah:

"Apabila kita meneliti sejarah, didapati bahawa kebanyakan perpecahan berlaku disebabkan perselisihan dalam perkara politik dan perebutan untuk menjadi pimpinan. Hal ini menjadikan sesetengah umat islam cinta kepada dunia lalu hilanglah kemuliaan dan kekuatan mereka. Keadaan ini akhirnya menyebabkan mereka mudah ditewaskan sebagaimana hilangnya kekuatan Andalus dan yang seumpama dengannya suatu ketika dahulu.

Adapun cara merawati pertelingkahan ini ialah melalui:

» Mesti canggah syaitan
» Kenal siapa rakan kongsi syaitan
» Tahu jalan petunjuk Allah
» Mendahulukan serta menjaga Agama
» Capai jalinan ukhuwwah mantap
» Iltizam dengan adab ketika khilaf
» miliki ilmu yang bermanfaat beserta kefahaman yang menyeluruh
» Memperbetulkan kefahaman salah
» Ikhlas dan elak daripada ikut hawa nafsu".

Pertelingkahan ini ibarat penyakit taun, ia akan merebak dan mengena sesiapa sahaja yang tidak
menyediakan pertahanan serta pencegahan. Sebagaimana taun boleh menyebabkan kematian maka furqah atau perpecahan yang terhasil dari pertelingkahan ini juga akan menyebabkan kematian hati. Furqah pasti akan menyebabkan kegagalan serta hilang kekuatan. Maka dengan demikian, segala anasir yang membawa kepada furqah mesti dijauhi.

I'tishom atau penyatuan adalah dasar kekuatan dan mana-mana anasir yang meruntuhkan i'tishom mesti dilenyapkan. Jika musuh yang melakukan furqah kepada gerakan islam maka itu adalah perkara sunnah perjuangan yang sudah dilalui oleh pejuang sejak dahulu. Namun jika anggota gerakan islam sendiri yang terlibat dengan agenda furqah, ianya suatu malapetaka dalam gerakan islam. Golongan yang memulakan pertelingkahan ini mesti kembali ke pangkal jalan atau mereka akan menghadapi suatu hukuman Tuhan terhadap kesalahan membebankan perjalanan gerakan islam.

Asri ed-Diwanie
17 Jamadil Awwal 1436