Khamis, 25 Februari 2016

Solat Berjemaah

Selalu kita dengar orang sebut “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan” atau “Sembahyanglah kamu dibelakang imam (berjemaah) sebelum kamu disembahyangkan dihadapan imam (solat jenazah)”.

Tahukah kita bahawa solat berjemaah itu merupakan amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi kita Muhammad saw.

GANJARAN SOLAT BERJEMAAH :

Nabi saw sebut :“Solat berjemaah itu lebih baik dari solat bersendirian dan dikurniakan sebanyak 27 kali ganda pahalanya” – Hadith riwayat Bukhari & Muslim.

HUKUM SOLAT BERJEMAAH :

Hukum solat berjemaah adalah sunat yang sangat dituntut menurut Mazhab Syafie. Namun ada juga sebahagian ulamak berpandangan solat berjemaah itu hukumnya Fardhu Ain (wajib).

Dalam sebuah Hadith, Nabi saw bersabda :

“ Di antara solat yang paling berat yang hendak ditunaikan oleh golongan munafiq itu ialah solat Subuh & Isyak, dan sekiranya seseorang itu tahu apakah kelebihan yang ada pada kedua waktu itu, nescaya dia akan hadir (tunaikan) walau terpaksa merangkak”. – Hadith riwayat Bukhari & Muslim.

Justeru, jom kita memeriahkan surau/ musolla/ masjid ditempat kita dengan solat berjemaah, semoga Allah swt memberkati hidup kita dan kerja-kerja kita serta dipermudahkan segala urusan hidup kita.

INGATLAH !!!  Hidup di dunia bukan hanya untuk kerja dunia sahaja, tetapi kita perlu buat dan utamakan jua kerja Akhirat, kerana akhirat itulah kehidupan yang kekal abadi buat selamanya.

So, Solat bukan dibuat bila ada Free Time, bukan juga sebagai Part Time,  apatah lagi jika di tinggalkan dengan alasan No Time

Tapi solat itu hendaklah dibuat Full Time, On Time, Any Time, dan kalau boleh Over Time, Sebab MATI itu datang ANYTIME


Allah swt berfirman : “Bila datang ajal kamu, maka tidak ada yang boleh menuntut untuk dilambatkan mahupun dipercepatkan”. - Waallahu a’lam…

Jumaat, 9 Oktober 2015

Halalan Toyyiban


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, pagi ini dapat berkongsi dengan pendengar-pendengar IKIM FM dalam siaran Topik Jumaat yang diterbitkan oleh DJ Syafiq Zulakifli.

Saya memilih tajuk berkaitan "Halalan Toyyiban" sempena mengambil semangat menghadiri Seminar baru-baru ini di Ikim juga berkaitan Sekuriti Makanan : Isu-isu Kontemporari Menurut Perspektif Islam.

Bila sebut tentang Halalan Toyyiban, mesti terfikir dibenak kepala kita isu pemakanan, walaupun Halalan Toyyiban tidaklah hanya berkaitan dengan makanan sahaja. Ya, Isu makanan sememangnya isu yang sangat penting untuk diperkatakan kerana ia sangat rapat dengan setiap masa dalam kehidupan kita. Celik mata fikir hendak makan, dan bila hendak makan, kita dah fikir macam-macam soalan, nak makan apa, di mana, sedap ke tidak dan sebagainya.

Untuk tajuk Halalan Toyyiban kali ini saya memang cerita bab makanan, dan ingin mengajak sidang pendengar untuk merenung dan mengambil ibrah tentang ayat al-Quran pesanan dan panduan Allah swt pada kita.

Allah swt berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 168 maksudnya :

"Wahai MANUSIA, Makanlah daripada apa yang terdapat di bumi YANG HALAL lagi BAIK, dan JANGAN IKUT LANGKAH_LANGKAH SYAITAN, kerana sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata"

Penelitian :

1. Dalam ayat ini Allah swt seru MANUSIA! Allah swt tidak sebut ORANG BERIMAN, kerana soal makan ini terkait dengan semua manusia tidak kira kafir atau islam. Dan al-Quran satu panduan untuk semua manusia. Justeru, Allah swt memberikan panduan ini kepada semua manusia.

2. Allah sebut HALAL! Halal ini ia suatu perkara yang dibenarkan oleh syarak, dan agama Islam. itu takrif Halal secara mudah faham.

3. Namun bila sebut tentang HALAL, selalunya umat Islam hanya membincangkan tentang zat makanan semata-mata. Kalau cerita binatang, yang dia tanya sembelih atau tidak, yang penting bukan dari babi atau arak. 

4. Tetapi kita terlupa, satu sudut lagi iaitu aspek wasilah yang menyebabkan kita makan, iaitu bagaimana kita membeli, mendapatkan? Ayam menang dah ada logo HALAL, tapi duit beli ayam tu hasil CURI, RIBA, RASUAH, ROMPAK, dll? Adakah Ayam yang ada logo HALAL itu HALAL? maka jawapannya ia juga menjadi sebab ayam yang zatnya HALAL tetapi cara memperolehi TIDAK HALAL, maka TIDAK HALAL juga apa yang kita MAKAN = HARAM. Inilah aspek yang terkadang kita lupa.

5 Allah SWT sebut TOYYIBAN! iaitu BAIK. Baik itu terkait dengan Kualiti, Mutu, Cara Pengendalian Makanan, Cara Makan, Kebersihan, Tidak Memberi Mudharat dan sebagainya. Tidak semua yang Halal itu kita boleh makan. Kerana yang Halal itu belum tentu Baik. Contoh : Gula itu Halal, tapi kalau diambil dengan kuantiti yang tidak baik, maka dia menjadi tidak Toyyiban. Garam itu Halal, tetapi kalau tidak dikendali dengan baik dalam masakan, boleh kena Darah Tinggi. 

6. Justeru, sebagai umat Islam, kita kena ambil berat tentang sola Halal dan Baik. dan menjadi kefardhuan dan kewajipan kita mencari yang HALALAN TOYYIBAN.

7. Dalam skop ruang kita yang terbatas, kita sukar untuk mengenal pasti sesuatu perkara itu benar-benar HALAL dari A-Z. Justeru, cara yang rasional dan realistik, kita memberi kepercayaan kepada pihak JAKIM bahagian HALAL untuk melaksanakan tugasan tersebut. Kita sebagai pengguna pula perlulah pastikan yang kita beli dan gunakan itu ada logo HALAL JAKIM. Selesai.

8. Allah sebut, JANGAN IKUT LANGKAH2 SYAITAN iaitu jangan ikut Nafsu dalam makan. Maka lengkaplah panduan dalam soal makan yang Islam anjurkan.

9. Sekiranya manusia tidak ambil peri penting tentang 3 aspek ini iaitu HALAL TOYYIBAN NAFSU, maka manusia akan binasakan dirinya.

10. Lihat penyakit2 yang disebabkan makanan, yang membunuh umat manusia. Dari sudut perubatannya pula, ia memerlukan kos yang tinggi dan belanjawan yang tidak sedikit untuk pihak kerajaan, dan individu itu sendiri belanjakan bila sudah sakit. Jadi ia juga ada terkait dengan soal EKONOMI, PERUBATAN, dan PEMBANGUNAN MODAL INSAN & NEGARA.

Wallahu'alam.

Santai-santai kongsi, moga bermanfaat. Fikir-fikirkan, semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Isnin, 14 September 2015

Salam Zulhijjah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
إخوة استاذ حذري البنداني
TINTA TARBAWI: NASIHAT AGAMA WASIAT IMAN
 ( KEMUNCAK PESTA IBADAH TAHUNAN )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ
وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن
وَالَاهُ

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّوَجَلَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ، يَعْنِيْ أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ؟ قَالَ: "وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ

“Tidak ada hari dimana suatu amal soleh lebih di cintai Allah melebihi amal soleh yang dilakukan di hari-hari ini (yakni sepuluh hari awal Dzulhijjah)”. Para sahabat bertanya,”Wahai Rasulullah, termasuk lebih utama dari jihad di jalan Allah?” Nabi ٍShallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Termasuk lebih utama dibanding jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya (kemedan jihad) dan tidak ada satu pun yang kembali (ia mati syahid)”.
( HR al-Bukhari : 969, Abu Dawud : 2438, at-Tirmidzi : 757, Ibnu Majah:1727)

PENJELASAN :

Wahai saudara saudaraku yang dikasihi tidak berapa hari lagi kita akan memasuki hari-hari utana dan kemuncak ibadah tahunan yang sangat utama di sisi Allah. Iaitu 10 hari awal Dzulhijjah.

Diantara keutamaan sepuluh hari awal bulan Dzulhijjah ialah :

1. Bahwa Allah bersumpah dengan sepuluh hari tersebut dalam firman-Nya.

وَالْفَجْرِ﴿١﴾وَلَيَالٍ عَشْرٍ

Demi fajar, demi malam yang sepuluh. [al-Fajr/89:1-2]

Imam Ibnu Katsir mengatakan :  “malam yang sepuluh” adalah sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Ibnu az-Zubair, Mujahid, dan lainnya dari kalangan kaum Salaf dan Khalaf. [ Tafsir Ibni Katsir ]

2. Sepuluh hari tersebut termasuk hari-hari yang ditentukan ( أيام معلومات ), yang padanya Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan hamba-Nya untuk banyak bertasbih, bertahlil, dan bertahmid. Allah Ta’ala berfirman:

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ

...dan agar mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang telah ditentukan atas rizki yang diberikan kepada mereka berupa hewan ternak..[al-Hajj/22:28].

Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhu berkata, “Hari-hari itu adalah sepuluh hari pertama Dzulhijjah”.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir secara marfu’ bahwa ini (hari yang dimaksudkan) adalah sepuluh hari yang Allah Subhanahu wa Ta’ala bersumpah dalam firman-Nya,

وَالْفَجْرِ﴿١﴾وَلَيَالٍ عَشْرٍ

(Demi fajar, demi malam yang sepuluh) [ al-Fajr/89 ayat 1-2] [ Tafsir Ibni Katsir ]

3. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ، يَعْنِي : عَشْرَذِيْ الْحِجَّةِ، قِيْلَ : وَلاَ مِثْلُهُنَّ فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ؟ قَالَ : وَلاَ مِثْلُهُنَّ فِيْ سَبِيْلِ اللّهِ، إِلاَّ رَجُلٌ عَفَّرَ وَجْهَهُ فِيْ التُّرَابِ

”Hari-hari yang paling utama di dunia ini yaitu hari yang sepuluh, yakni sepuluh hari pertama Dzulhijjah”. Dikatakan kepada beliau, “Termasuk lebih utama dari jihad dijalan Allah?” Beliau menjawab,”Termasuk lebih utama dari jihad di jalan Allah. Kecuali seseorang yang menutup wajahnya dengan debu (mati syahid-pent)”[ Hadis Hasan : Riwayat al-Bazaar dalam Kasyful-Atsar (II/28. No.1128 ]

4. Di dalamnya terdapat hari Arafah, yang merupakan hari yang terbaik. Dan ibadah haji tidak sah apabila tidak wukuf di ‘Arafah. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

اَلْحَجُّ عَرَفَةُ

Haji itu wukuf di Arafah.[ Shahih : HR at-Tirmidzi: 889 ]

5. Di dalamnya terdapat hari penyembelihan qurban.

6. Pada sepuluh hari tersebut, terkumpul ibadah-ibadah yang utama iaitu solat, puasa, sedekah dan haji, yang tidak terkumpul pada hari-hari selainnya.

MENGISI 10 HARI YANG MULIA INI DENGAN AMALAN SUNNAH :

Pertama : Amalan Umum :

Memperbanyak Amal Shalih Dan Ketaatan Kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. iaitu dengan memperbanyak solat-solat sunnah, sedekah, berbakti kepada orang tua, menyambung tali silaturahim, bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya, memperbanyak zikir kepada Allah, membaca al-Qur’an, dan amalan-amalan soleh lainnya terutamanya berselawat dan salam ke atas Nabi sallallahu 'alaihi wassalam.

Dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhuma , ia berkata:
َ
" Sa’id bin Jubair jika memasuki bulan Dzulhijjah, beliau sangat bersungguh-sungguh sehingga dia tidak mampu melakukannya. [ HR ad-Darimi (II/26)]

Kedua : Amalan Khusus :

1. Berpuasa Pada Sembilan Hari Pertama Bulan Dzulhijjah.
Mulai dari awal bulan Dzulhijjah, ternyata telah ada amalan yang disunnahkan untuk kita kerjakan. Diriwayatkan dari sebagian isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , mereka berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنْ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan hari bulan Dzulhijjah, hari ‘Asyura, tiga hari pada setiap bulan, dan hari Senin pertama awal bulan serta hari Kamis.[ Shahih : HR Abu Dawud : 2437 ]

2. Puasa ‘Arafah : Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ، وَالسَّنَةَ الَّتِيْ بَعْدَهُ

Puasa pada hari Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah), aku berharap kepada Allah, akan menghapuskan (dosa) satu tahun sebelumnya dan satu tahun setelahnya [ Shahih : HR Muslim : 1162 ]

Dalam hadis yang lain :

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَا ضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

" menghapuskan (dosa) setahun sebelumnya dan setahun setelahnya" [ Shahih : HR Muslim : 1162 ]

3. Memperbanyakkan tasbih, tahlil dan takbir. Dari Abu Hurairah secara marfu’:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّوَجَلَّ اَلْعَمَلٌ فِهِيْنَّ مِنْ عَشرِ ذِى الْحِجَّةِ، فَعَلَيْكُم بِالتَّسْبِيْحِ وَ التَّهلِيْلِ وَالتَّكبِيْرِ

Tidak ada hari-hari yang amal shalih lebih dicintai oleh Allah dari pada sepuluh hari pertama Dzulhijjah. Maka hendaklah kalian bertasbih, bertahlil, dan bertakbir.[ HR Abu Utsman al-Buhairi dalam al-Fawa-id. Lihat Irwa-ul Ghalil (III/398-399) ]

Disunatkan juga bertakbir setelah solat subuh pada hari Arafah sampai akhir hari tasyriq, yaitu dengan takbir:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Allah, Allah Maha Besar. Allah Maha Besar, dan bagi Allah-lah segala puji.

4. Haji dan Umrah. Allah Ta’ala berfirman:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

....kewajiban bagi manusia kepada Allah, berhaji ke Baitullah, bagi siapa yang memiliki kemampuan untuk melakukan perjalanan..... [Ali ‘Imran/3:97]

Haji dan Umrah adalah salah satu ibadah yang paling mulia dan cara taqarrub kepada Allah yang paling afdhal.

5. ‘Idul Adh-ha :
Dari anas bin Malik Radhiyallahu anhu beliau berkata:”Bahwa ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, masyarakat Madinah memiliki dua hari yang mereka rayakan dengan bermain. Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya: ‘dua hari apakah ini?’ Mereka menjawab: ‘Kami merayakannya dengan bersukaria di dua hari ini ketika zaman Jahiliyyah,’ kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَ تَعَالَى قَدْأَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا، يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

" Sesungguhnya Allah telah memberikan ganti kepada kalian dua hari yang lebih baik; ‘Idul Fithri dan ‘Idul Adh-ha"  [ Shahih : HR Ahmad (III/103 :  178, 235, 250), Abu Dawud : 1134), an-Nasa-i (III/179-180) ]

6. Berqurban :

Di antara amal taat dan ibadah yang mulia yang dianjurkan adalah berqurban. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Laksanakanlah shalat untuk Rabb-mu dan sembelihlah kurban. [al-Kautsar/108:2].

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنَا

Barang siapa yang memiliki kelapangan namun ia tidak berqurban maka jangan mendekati tempat shalat kami. [ Hasan : HR Ahmad (1/321), Ibnu Majah : 3132) dan al-Hakim 9 : 389)]

Kesimpulan :

Beribadah dan mentaati perintah Allah sememangnya tidak bermusim. Namun ada detik waktu , hari dan bulan yang mendapat kemuliaan khusus dari Allah.  Lantaran itu memperbanyakkan amal dan taat pada waktu, hari dan bulan tersebut amat dituntut kerana ia sebahagian daripada perbuatan membesarkan syiar agama. 

MAKLUMAT LANJUT RUJUK BUKU AL-ANWAR ( KEMULIAAN 10 HR AWAL DZUL HIJJAH ) SUSUNAN USTAZ MOHD HAZRI AL-BINDANY.

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman
yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang
sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar
kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan
akhirat…anugerahkan kami keberkatan ilmu... amen.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  , والعفو منكم

أخوكم محمد حذري هاشم البنداني

Khamis, 30 Julai 2015

Semoga Kekal Hingga Ke Syurga



Ya Allah Jadikan Ikatan Rumah Tangga Kami Ini Ikatan Yang Mendapat Redha dan TaufiqMu
Kurniakan kepada Kami Kehidupan Yang Bahagia Di Dunia hingga Akhirat



Ya Allah Jadikan Kami Hamba Yang Taat Dengan Segala Suruhan & 
PerintahMu serta Baginda NabiMu Muhammad SAW
Ya Allah Jadikan Kami Anak/Menantu Yang Baik Kepada Kedua Orang Tua Kami
Ya Allah, Engkau Telah Menghimpunkan Kami Dalam Keluarga Ini Di Dunia, Justeru Kurniakan Kebahagian Kepada Kami Untuk Berhimpun Jua Di Dalam SyurgaMu Kelak
Ampunkan Dosa-dosa Kami Dan Masukkan Kami Dalam SyurgaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...


Isnin, 20 Julai 2015

Salam 'Idul Fitri Maaf Zahir Batin 1436H : Jom Puasa Enam Syawal


Allahumma Taqabbal Minna Ramadhan... Allahumma Ameennnn...

PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL.

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى الله قَالَ : “ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Abu Ayub al-Ansori radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun
[Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1991]


Faedah puasa enam (Ringkasan daripada Lathoif al-Ma'arif oleh Ibn Rajab]
1- Mendapat pahala puasa setahun
2- Menampung kekurangan puasa Ramadhan
3- Isyarat puasa Ramadhan diterima Allah
4- Tanda bersyukur di atas nikmat Ramadhan
Tatacara melakukan Puasa 6
1- Boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam bulan Syawwal
2- Boleh dilakukan secara terpisah-pisah
3- Digalakkan dilakukan secepat mungkin
4- Ulama berbeza pendapat adakah mereka yang ada hutang puasa, boleh melakukan puasa sunat. Seeloknya dihabiskan baki puasa Ramadhan dahulu, kecuali ditakuti tidak sempat puasa 6 jika qadha dahulu
5- Mereka yang sibuk qadha puasa, dan berazam untuk puasa 6, tetapi tidak sempat kerana sibuk qadha, dia tetap akan mendapat pahala puasa sunat itu, Insya-Allah.
6- Ulama berbeza pendapat bolehkah digabung puasa sunat dan qadha. Akan tetapi, hatta di sisi ulama yang membenarkan gabung, mereka menyatakan pahala apabila digabungkan adalah kurang daripada pahala dilakukan berasingan.

Wallahu 'alam 

Rabu, 15 Julai 2015

Malam 29 Ramadhan

Lailatul Qadar

Sayyidina Anas Bin Malik R.H berkata :

"Sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan yang padanya terdapat nilai yang sangat agung iaitu Malam al-Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan (83tahun). Siapa yang mendapat kebaikan pada malam tersebut sesungguhnya dia telah mendapatkan seluruh kebaikan dalam hidupnya. Barang siapa pula yang tidak mendapat kebaikan pada malam tersebut, sesungguhnya dia telah hilang seluruh kebaikan dalam hidupnya. Siapa yang hilang kebaikan malam tersebut, itulah manusia yang paling malang".

Malam al-Qadar disebut oleh ulamak dengan beberapa pentakrifan antaranya :

1) Malam kemuliaan. 
2) Malam yang sempit (disebabkan ramainya malaikat yang turun kebumi untuk mengucapkan salam kepada Ibadillah al-Solihin)
3) Malam diturunkan al-Quran
4) Malam ketentuan taqdir

Baginda Nabi SAW menyuruh kita untuk mengidupkan malam-malam akhir Ramadhan dan menggesa agar mencari Lailatul Qadar pada malam-malam witir (ganjil) dari akhir sepuluh Ramadhan.

Apa pun pada pandangan saya, kita bukan sekadar mencari Lailatul Qadar, tetapi yang lebih besar dari itu, marilah kita manfaatkan akhir-akhir Ramadhan ini dengan sungguh-sungguh beribadah kepada Allah swt dengan memohon keampunan, kerahmatan, pembebasan dari azab api nerakaNya. Janganlah memilih-milih malam-malam tertentu kerana itu tanda kita tidak benar memuliakan  tetamu kita Ramadhan. Sebaliknya manfaatkan seluruhnya untuk mencari RedhaNya dan semoga kita semua beroleh kebaikan dan ketaqwaan selepas dari bulan Ramadhan.

Ya Allah Yang Maha Pengampun dan Suka Mengampunkan, Ampuni dosa-dosa Kami Ya Allah.
Ya Allah, Kami memohon redhamu untuk syurgaMu dan Jauhkan kami dari murkaMu dan Azab nerakaMu.

Waallahu a'lam. 

Ramadhan jangan pergi...

Nasihat dan Kalam Murabbi TG Syeikhuna Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki Hafizhohullah :
KALAULAH DI DUNIA KITA TELAH MENDAPATKAN SEGALA-GALANYA TETAPI KITA TIDAK BERJAYA MENDAPATKAN 3 ANUGERAH DARIPADA ALLAH JALLA WA'ALA IAITU RAHMATNYA ALLAH,
MAGHFIRAHNYA/PENGAMPUNANYA ALLAH DAN JUGA PEMBEBASAN DIRI DARIPADA API NERAKA

MAKA SEGALA KEKAYAAN YANG KITA ADA,HARTA KITA,ILMU KITA
,PANGKAT KITA,JAWATAN KITA,
KEDUDUKAN KITA,KECANTIKAN KITA,KETAMPANAN KITA,KEKUATAN KITA SEMUA ITU TIDAK ADA ERTINYA KALAU KITA TIDAK BERJAYA MENDAPATKAN 3 ANUGERAH DARIPADA ALLAH JALLA WA'ALA KETIKA HIDUP KITA DI DUNIA INI

10 MALAM YANG TERAKHIR MANFAATKANLAH SEBAIK MUNGKIN UNTUK KITA MENDAPATKAN ANUGERAH DARIPADA ALLAH UNTUK MENDAPATKAN MALAM LAILATUL QADR KHUSUSKAN BAGI TUMPUAN UNTUK AKHIRAT KITA UNTUK MENDAPATKAN ANUGERAHNYA ALLAH JANGAN SAMPAI KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG RUGI DAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARINYA.
Kalaulah di dunia kita telah mendapatkan segala-galanya.
Duitnya,kedudukannya,hartanya,
pangkatnya,takhtanya,wanitanya,
kecantikannya,ketampanannya tapi kita tidak berhasil dan juga tidak berjaya meraih anugerah pada 10 malam yang terakhir di bulan ramadhan iaitu kebebasan diri daripada Api Neraka maka segala-galanya itu akan menjadi lenyap dan tidak ada apa-apanya.

Jadi bagaimana perumpamaan yang sederhana di 10 malam yang terakhir ini kita mampu untuk MEMINANG rahmatnya Allah,maghfirahnya Allah dan juga kebebasan diri daripada Api Neraka.Tentunya setiap orang yang mengharapkan sesuatu kalau pada saat kita MELAMARNYA,
MEMINANGNYA mesti dengan kita akan tampil dalam keadaan yang sihat dan sempurna.

Kemas,rapi,cantik,indah,bagus,sopan,santun.Itu kebiasaannya kalau tidak LAMARAN kita akan ditolak.Sesiapa pun yang DILAMAR sebelum dengan kita MELAMARNYA maka mungkin kita akan mandi,kita berpakaian kemas dan rapi,sisir rambut,
bersolek,minyak harum yang mana,sampin yang mana,baju yang mana,pakaian yang seperti apa.

Kenapa?Sebab kita akan melakukan pertemuan dengan calon Pak dan Mak Mertua.Begitu juga dengan calon isteri kita.Begitu juga sebaliknya calon suami ke apa sahaja.Bahkan masing-masing daripada calon pasangan tadi itu akan tampil dengan keadaan yang layak dengan keadaan yang sopan yang mampu untuk menunjukkan ketampanannya dan juga kebolehannya yang mampu untuk menunjukkan kejelitaan dan kecantikannya sehingga masing-masing mampu memikat dan menambat hati dan perasaan sehingga menjadi pasangan suami isteri.
Nah!!!Begitu juga kita di 10 malam yang terakhir ini.Kita ingin MELAMAR ramadhan untuk mendapatkan satu penghormatan satu kemuliaan daripada Allah Jalla Wa'Ala untuk kita mendapatkan kebebasan diri daripada Api Neraka maka bagaimana dengan bacaannya? Dengan penampilannya?Dengan ibadahnya?Dengan qiamnya?Dengan tahajuddnya?Dengan witirnya?Dan juga amalan-amalan yang seumpamanya.
Kalau kita amati dan hayati perjalanan pesawat-pesawat,
armada-armada ramadhan yang sudah kita terbangkan yang sudah terbang meninggalkan kita sejak daripada hari pertama ramadhan.Mungkin ada di antara kita yang sepanjang 5 waktu sembahyangnya tidak luput tercatat di dalam kargo-kargonya tercatat di dalam muatannya HANPHONE,
WHATSAPP,FACEBOOK,IPAD dan juga SMSNYA atau yang seumpamanya.

Ini TANGAN kita gerakkan untuk apa?Dalam berapa kali kita gerakkan di waktu takbir?Ini dengan tatapan MATA kita melihat.Dalam berapa kali melihat Al-Quran?Menatap kedua ibu dan bapa?Menatap arah kiblat?
Menatap kepada muka Para Ulama yang membawa kepada kebenihan hati dan juga ketenteraman jiwa atau menatap tulisan-tulisan yang membicarakan tentang ilmu-ilmu agama?

Rasanya secara jujur lebih banyak kita tengok HANDPHONE daripada kita melihat WAJAH KEDUA IBU DAN BAPA DAN WAJAH PARA ULAMA.
Lebih banyak kita disibukkan dengan urusan WHATSAPP dan SMSNYA.
Penuh buka kargo yang pertama mendarat ramadhan yang berpangkalan di Akhirat yang akan kita lihat bersama.

Isi dan muatannya di hari kiamat ternyata yang terisi TIDUR,SANTAI,SMS,HANDPHONE ataupun juga dengan urusan-urusan yang seumpamanya.Kita tak nak nanti sampai kita jadi kecewa di hari pembalasan yang kekecewaan kita pada saat ketika itu kita tidak boleh patah balik ke dunia untuk kita membetulkannya.
Jadi untuk 10 malam terakhir ink kita kena bagi tumpuan memang khusus untuk akhirat memang khusus untuk agama memang khusus untuk mendapatkan rahmat yang kalau pada saat ketika Allah tengok PANDANGANNYA,PENGLIHATANNYA,
PENDENGARANNYA,HATINYA,MULUTNYA,KAKINYA.Satu persatu beraksi yang sama kerana ingin mendapatkan kebebasan diri daripada Api Neraka.

Kalaulah dengan seseorang itu berasa bangga dengan teknologinya,bangga dengan kewangannya,bangga dengan kehidupannya,bangga dengan kekuatannya,bangga dengan kesejahteraannya,bangga dengan keamanan dan juga ketenteramannya
bangga dengan jawatan,pangkat dan takhtanya.

Itu semua tidak ada erti kalau dalam sepanjang hidup tidak mendapatkan 3 anugerah Allah Jalla Wa'Ala
1)Rahmat
2)Maghfirah/Pengampunan
3)Pembebasan diri daripada Api Neraka untuk mendapatkan Syurga yang abadi.
‪#‎MutiaraKata‬[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]
INSHAALLAH MALAM INI DENGAN IZIN ALLAH KITA AKAN BERTEMU DENGAN MALAM KE-22 RAMADHAN.KALAULAH MALAM YANG KE-21 SUASANANYA,
KEADAANNYA AMAN DAN DAMAI YANG DISUSULI DENGAN HUJAN RAHMAT DI WAKTU SUBUHNYA DAN CUACA SEJUK DAN BAIK DI SEPANJANG HARI INI.

MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT MENGHIDUPKAN SEBAIK MUNGKIN BAGI MALAM YANG KE-22 MALAM YANG KE-23 IAITU MALAM JUMAAT YANG AGUNG DAN JUGA MALAM-MALAM YANG LAINNYA AGAR KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG DIBERIKAN NIKMAT OLEH ALLAH UNTUK MENGINGATI-NYA UNTUK MERASAKAN KEGEMBIRAAN DAN KELAZATAN DI 10 MALAM YANG TERAKHIR DI BULAN RAMADHAN INI
MUDAH-MUDAHAN KELUARYA KITA DARIPADA MADRASAH RAMADHAN KALI INI KITA BERJAYA MENDAPATKAN HADIAH YANG TERBAIK YANG MANA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH SEMAKIN HARI SEMAKIN BAIK DAN DEKAT DAN KITA DAPAT MENGINGATI ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN SEKALI PUN BAIK KETIKA SENANG MAHUPUN SUSAH.ITU YANG KITA SEMUA INGINKAN DALAM HIDUP KITA