Selasa, 16 Jun 2015

Bulan ramadhan Bulan Keagungan



{الشهر العظيم}

الشهر العظيم شهر رمضان # الشهر الكريم جاء بالغفران

جاء في الوعد ان للفرحان # بدخوله وجوب الجنان

فتحت فيه ابواب الجنان # كذا غلقت ابواب النيران

صفدت فيه اعداء الرحمان # الشياطين مضلوا الانسان

نزل الكتاب يوم الفرقان # كما ذكرت في اي القران

ضعفت بالليلة ذات الشان # ليلة القدر اعمال الانسان

اول شهر رحمة الرحمان # ثم غفران وعتق النيران

كتب الصيام على ذي الايمان # بالعطش والجوع وحفظ اللسان

فصﻻة الله بﻻ نقصان # وسﻻم ربي مدى الازمان

على المصطفى ولد العدنان # وصحابه هم اهل الرضوان


Isnin, 1 Jun 2015

Nisfu Sya'Ban

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
إخوة استاذ حذري البنداني

TINTA TARBAWI , PERINGATAN:
NISFU SYA’BAN , BERADAPKAH KITA DENGAN ALLAH?
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ


عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِهِ إِلاَّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ . أخرجه ابن حبان في صحيحه والطبراني، وأبو نعيم في الحلية.

“Dari Mu’adz bin Jabal, dari Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT melihat kepada makhluk-Nya pada malam Nishfu Sya’ban, lalu memberikan ampunan kepada seluruh makhluk-Nya kecuali kepada orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (HR. Ibn Hibban dalam Shahih-nya [12/481] )
Status hadis : Ibnu Hibban menilainya Sahih. Bahkan al-Albani – ulama Salafi-Wahabi -, juga menilainya shahih dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah [1144]
Penjelasan :
Wahai saudara-saudaraku yang beriman, semoga Allah merahmatiku dan kalian semua.. semoga kita tergolong dari kalangan para solehin yang sentisa berusaha meraih redha Allah dan cinta rasulullah.. saban tahun setiap kali datang bulan sya’ban bermulalah pertikaian ummat.. sekumpulan dengan kacamata tabdi’ yang akhirnya secara gopoh terus membid’ah dan menghukum batil semua amalan taqarrub kepada Allah di bulan sya’ban… sekumpulan pula bersungguh menggalakkan ummah untuk beribadah di malam nisfu sya’ban sehinggakan terbawa-bawa hadis-hadis yang dinilai maudhu’ oleh para muhaddisin… sekumpulan lagi terus lagha dengan hal keduniaannya tanpa memikirkan kelebihan dan kemuliaan bulan sya’ban mahupun malam nisfu sya’ban.
Wahai saudara-saudaraku yang beriman dan beradab dengan Allah dan Rasul. Masa yang ada amat singkat tetapi amat mahal untuk dihabiskan hanya dengan berdebat dan salah menyalahkan antara satu sama lain… semua dari kita mahukan khairat dan balasan yang baik di akhirat.. sedangkan balasan yang baik itu tidak akan kita perolehi kecuali dengan amal yang ikhlas dalam redha Allah.
Dengan menilik makna hadis di atas, seorang yang beriman dan mengharapkan redha Allah pasti akan menggunakan semua kemampuan dan waktu yang ada untuk menunjukkan amal bakti di hadapan Allah. Allah memberi perhatian yang khusus buat hambanya yang beriman, tuajuannya pula adalah untuk mengampunkan hamba-hamba-Nya.. seorang yang beradab sudah pasti sedar pada malam nisfu sya’ban dia mesti memperbanyakkan amal bakti di hadapan Allah dengan solat, istighfar, taubat, doa dan berbagai amal kebaikan. Inilah yang dilakukan oleh para solehin..
Amat pelek sekali :
Allah sedang memerhati kamu dengan pandangan rahmah dan maghfirah tetapi kau alpa dengan keghairahan hidup sehingga tidak menunjukkan amal yang disukai Allah.
Patutkah limpahan kasih Allah dibalas dengan kau melarang orang yang ingin beribadah dan meningkatkan ketaatan kepada Allah dengan alasan bidaah pada perkara yang bersifat khilafiyah?
Kenapa mereka yang alpa dengan maksiat atau tipu daya dunia tidak kau ingatkan … Allah memerhati mereka untuk mengampunkan mereka… tidak sudikah mereka mendapat pengampunan Allah sehingga saat malam nisfu sya’ban mereka terus habiskan detik yang barakah dengan maksiat?
Kenapa tidak kau ingatkan ummah ini jangan melakukan syirik, kerana syirik penyebab mereka tidak mendapat pengampunan Allah ? bagaimana pula dengan mereka yang berdengki khianat , bermusuhan dan berhasad ? adakah telah kau ingatkan, itu juga sebab mereka tidak beroleh keampunan Allah di malam ini?
OOOhhh bagaimana pula yang saban hari tidak pernah bagun tahajjud tapi sanggup bangun dan berjaga kerana tontonan sebiji bola yang bergolek? Adakah kau ingatkan mereka ? di mana mereka letakkan harapan untuk pengampunan Allah? Tidak taqsirkah mereka menggunakan nikmat umur dan waktu untuk itu, sedangkan tahajjut tidak pernah terkejut?
Benarlah kata Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, bulan sya’ban manusia alpa :

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَا
نَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ


“Ini adalah bulan yang sering dilalaikan banyak orang, bulan antara Rajab dan Ramadhan. Ini adalah bulan dimana amal-amal diangkat menuju Rab semesta alam. Dan saya ingin ketika amal saya diangkat, saya dalam keadaan berpuasa.’” (HR. An Nasa’i 2357, Ahmad 21753, Ibnu Abi Syaibah 9765 dan Syuaib Al-Arnauth menilai ‘Sanadnya hasan’).
Peringatan :
Saudara-saudaraku jaganlah terus mentabdi’ ahli ibadah..jangan melulu menuduh batil amalan ahlullah..
Lihat dulu apa kata ulama yang tahu malam nisfu sya’ban anugerah Allah, ummah harus beribadah, melakukan taat , membanyakkan taubah..mendekatkan diri kepada Allah..
Ibnu Taimiyah kesukaan ahli tabdi’ berkata dalam fatwanya:
وَقَدْ سُئِلَ ابْنُ تَيْمِيَّةَ رَحِمَهُ اللهُ تَعَالَى عَنْ صَلاَةِ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَأَجَابَ : إِذَا صَلَّى اْلإِنْسَانُ لَيْلَةَ النِّصْفِ وَحْدَهُ أَوْ فِيْ جَمَاعَةٍ خَاصَّةٍ كَمَا كَانَ يَفْعَلُ طَوَائِفُ مِنَ السَّلَفِ فَهُوَ حَسَنٌ. وَقَالَ فِيْ مَوْضِعٍ آخَرَ : وَأَمَّا لَيْلَةُ النِّصْفِ فَقَدْ رُوِيَ فِيْ فَضْلِهَا أَحَادِيْثُ وَآَثاَرٌ وَنُقِلَ عَنْ طَائِفَةٍ مِنَ السَّلَفِ أَنَّهُمْ كَانُوْا يُصَلُّوْنَ فِيْهَا فَصَلاَةُ الرَّجُلِ فِيْهَا وَحْدَهُ قَدْ تَقَدَّمَهُ فِيْهِ سَلَفٌ وَلَهُ فِيْهِ حُجَّةٌ فَلَا يُنْكَرُ مِثْلُ هَذَا.
“Ibnu Taimiyah ditanya tentang solat malam Nishfu Sya’ban, maka ia menjawab: “Apabila seseorang menunaikan solat pada malam Nishfu Sya’ban, sendirian atau bersama jamaah tertentu sebagaimana dikerjakan oleh banyak kelompok kaum salaf, maka hal itu baik.” Di tempat lain, Ibnu Taimiyah juga berkata: “Adapun malam Nishfu Sya’ban, telah diriwayatkan banyak hadits dan atsar tentang keutamaannya dan telah dikutip dari sekelompok kaum salaf bahwa mereka menunaikan solat pada malam itu. Jadi solat yang dilakukan oleh seseorang sendirinya pada malam tersebut, telah dilakukan sebelumnya oleh kaum salaf dan ia mempunya hujjah, oleh karena itu hal seperti ini tidak boleh diingkari.” (Majma’ Fatawa Ibni Taimiyah [3/131-132].
Al-Hafizh Ibnu Rajab al-Hanbali, salah seorang murid Ibnu Taimiyah, juga berkata dalam kitabnya Lathaif al-Ma’arif sebagai berikut:
وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ التَّابِعُوْنَ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ يُعَظِّمُوْنَهَا وَيَجْتَهِدُوْنَ فِيْهَا فِي الْعِبَادَةِ، وَكَانَ خَالِدُ بْنِ مَعْدَانَ وَلُقْمَانُ بْنِ عَامِرٍ وَغَيْرُهُمَا مِنْ تَابِعِي الشَّامِ يَقُوْمُوْنَ فِي الْمَسْجِدِ لَيْلَةَ النِّصْفِ، وَوَافَقَهُمُ اْلإِمَامُ إِسْحَاقُ ابْنُ رَاَهَوْيه عَلىَ ذَلِكَ، وَقَالَ فِيْ قِيَامِهَا فِي الْمَسَاجِدِ جَمَاعَةً : لَيْسَ ذَلِكَ بِبِدْعَةٍ . انتهى باختصار وتصرف .
“ Malam Nishfu Sya’ban, kaum Tabi’in dari penduduk Syam mengagungkannya dan bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada malam tersebut. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan lain-lain dari kalangan tabi’in Syam mendirikan solat di dalam Masjid pada malam Nishfu Sya’ban. Perbuatan mereka disetujui oleh al-Imam Ishaq Ibnu Rahawaih. Ibnu Rahawaih berkata mengenai menghidupkan malam Nishfu Sya’ban di Masjid-masjid secara berjamaah: “Hal tersebut tidak termasuk bid’ah.” (al-Hafizh Ibnu Rajab al-Hanbali, Lathaif al-Ma’arif [h. 263] dengan sedikit olahan).
Renungan :
Kasihnya Allah kepada kita , kerapkali kita tersalah, bersalah, membuat salah, dosa dan maksiat kepada Allah.. yang disengajakan, yang tidak sengaja, yang disedari, yang tidak disedari… semuanya Allah ampunkan asalkan jangan kita syirik dan jangan juga bermusuhan dendam kesumat…
Berapa ramai orang yang bersalah dengan kita?, anak-anak, isteri, kawan di pejabat, jamaah di masjid… amat sukar kita memaafkan.. teguran mereka tidak dilayan, salam tidak disahut.. permintaan tidak dipeduli..hanya kerana marah.. dengan alasan takdib dan sebagainya.. akhirnya mereka dihukum..
Kalaulah Allah layan kita sedemikian..kerana maksiat kita tak dipedulikan.. doa tidak dimakbulkan..taubat tidak diterima.. ke mana kesudahan kita? Apakah masih ada syurga buat kita…
Tetapi Allah Maha Pengampun, Maha Pemaaf, Maha Penerima Taubat, Maha Mengasihani, Maha Penyabar..
biar seberapa banyak salahmu dengan Allah.. peluang taubat sentiasa terbuka.. Allah terus beri kita usia.. beri rezeki, beri hidayah, beri ilmu, beri peluang demi peluang buat kita sedar kita adalah makhluk yang lemah dan sentiasa mengharap kasih Allah…..

lantaran itu…. Untuk menunjukkan ketaatan dan amal bakti kepada Allah janganlah terlalu berkira…. Kerana Allah tidak berkira untuk beri kita nafas dan nyawa…. Tahniah buat semua saudaraku yang beribadah dan membanyakkan taat di malam nisfu sya’ban… semoga kalian diperhatikan Allah dengan pandangan rahmat dan kasih sayang.. semoga kalian terus istiqamah dalam ketaatan… kita beribadah tidak bermusim, tetapi kita meningkatkan amal di waktu yang afdhal kerana kita mahu beradab dengan Allah.. bukan melayan kasih Allah dengan biadab..
Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.
Doakan taufik, hidayah dan ‘afiah…
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , والعفو منكم....
أخوكم : محمد حذري بن هاشم بن يونس بن حسن البنداني

p/s: Artikel dari al-Fadhil Ustaz Muhammad Hazri Bin Hashim al-Bindaniy Hafizhohullah... 

Jumaat, 15 Mei 2015

Berhati-hati dengan Jawatan - Ibrah Kisah Ulamak salaf

Ibrah dari kisah 4 Ulamak Salaf yang bersahabat:
Imam Abu Hanifah, Imam Ibnu Abi Laila, Imam Sufyan al-Thauri, dan Imam Syarik

Satu hari, Khalifah hendak melantik Qadhi/Hakim, maka diperintahkan salah seorang dari empat Ulamak Salaf ini untuk menjawatnya, masing-masing menolak dan enggan menerimanya.
Di sebabkan tiada yang ingin menerimanya, maka Khalifah memerintahkan para pengawal untuk menangkap para ulamak ini dan bawa ke Istana untuk mengadap Sang Khalifah. Khalifah ingin mendengar alasan-alasan kenapa mereka enggan dan menolaknya.
Maka keempat-empat Ulamak ini ditangkap, di gari dan diusung ke Istana Sang Khalifah. Dalam perjalanan, Imam Abu Hanifah berfirasat bahawa dikalangan mereka berempat yang akan menjadi Qadhi/Hakim nanti ialah Imam Syarik... Manakala Imam Sufiyan al-Thauri akan dapat melarikan diri... Imam Ibnu Abi Laila pula akan menjadi seperti orang gila... dan Aku pula akan menggunakan helah Politikku...
Dalam perjalanan ke Istana Sang Khalifah, Imam Sufiyan al-Thauri meminta izin dari pengawal untuk buang air kecil, maka diizinkan... lalu beliau pergi membuang air kecil dan terus melarikan diri dengan masuk ke dalam lubang/ bekas tong sampah dan ditutupi dengan dedaun yang akhirnya dia dapat melarikan diri dari menghadap Sang Khalifah.
Sampai di Istana pula, Imam Syarik, Imam Ibnu Abi Laila dan Imam Abu Hanifah masuk menghadap Khalifah... dalam masa yang sama Imam Ibnu Abi Laila menjerit-jerit, dan bercakap-cakap seperti orang gila, maka Sang Khalifah rasa tidak senang lalu dihalaunya keluar dari Istana. Dengan senang hati Imam Ibnu Abi Laila keluar dan terlepas dari jawatan Qadhi/Hakim.
Tinggallah Imam Abu Hanifah dan Imam Syarik, maka Sang Khalifah meminta alasan dari Imam Abu Hanifah untuk mengemukakan alasan, lalu dikatakan bahawa dirinya tidak layak tidak ada kemampuan tidak ada ilmu dan lain-lain lagi, Sang Khalifah dengan marah mengatakan 'BOHONG" mana mungkin engkau tiada ilmu. Lalu dijawab oleh Imam Abu Hanifah, " Wahai Tuan Khalifah, kalau Tuan sendiri mengatakan hamba ini seorang pembohong, maka hamba tidak layak menjadi Qadhi/Hakim kerana sifat bohong itu tidak layak ada bagi seorang Qadhi/Hakim. Lalu Imam Abu Hanifah pun terlepas dari menjawat jawatan Qadhi/Hakim dengan politik kebijaksanaannya.
Akhirnya tinggallah Imam Syarik yang tiada pilihan, lalu dilantik oleh Khalifah untuk menjadi Qadhi/Hakim, Imam Syarik setuju, tetapi meletakkan syarat dengan tegas kepada Sang Khalifah bahawa kehakimannya bukan sahaja kepada rakyat tetapi kehakimannya juga dikenakan kepada menteri dan diri sang Khalifah sendiri sekiranya bersalah.
-Tamat cerita...
Catatan dan ingatan yang sangat berharga dari Murabbiku TG Syeikhuna Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki Hafizhohullah di dalam pengajian malam tadi di Masjid al-Riduan,Hulu Kelang.
Allahu Akhbar, apa yang sahabat-sahabat boleh catitkan sebagai Ibrah?
Disaat aku mencari-cari sesuatu dengan Istiharah Cintaku, hadirnya mutiara ini untuk aku memuhasabah diri... Ya Allah bantulah hambaMu, dan tunjukkan daku jalan-jalan kebaikan

Kelebihan Rejab

Petikan dari : http://darulmurtadza.com/kelebihan-bulan-rejab/
Slide2

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله، سيدنا محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه, وبعد:


Bagi pihak Majlis Ta’lim Darul Murtadza (MTDM) kami ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Rejab yang mulia ini, semoga akan membawa barakah, dan keamanan serta keharmonian dalam kehidupan jasmani dan rohani kita, amin.

Keistimewaan Bulan Rejab


Rajab adalah salah satu dari 4 bulan haram, yang di muliakan di dalam islam. Rajab berarti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah Ta’ala. Bangsa arab sejak zaman sebelum Islam juga memuliakan bulan Rejab. Di zaman jahiliyah bulan Rejab ini di kenali dengan “Rajab Mudhar” ( رجب مضر), untuk membezakan dari “Rajab Rabi’ah” ( رجب ربيعة), Rasulullah s.a.w. menjelaskan perbezaan ini bahwa Rejab Mudhar adalah di antara Jumadal Tsani dan Sya’ban, adapun Rejab Rabi’ah antara Sya’ban dan Syawwal.
Di antara Keagungan bulan ini ialah:

التوبة: ٣٦
Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam kitab Allah pada hari Allah menjadikan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang dalam bulan itu. (Dzulki’dah, Dzulhijjah, Muharram, Rejab)
Keberadaan 12 bulan (qamariah) dalam setahun dan 4 di antaranya adalah bulan-bulan yang diharamkan peperangan sudah terkandung dalam Lauhil Mahfudz. Dengan demikian, bulan ini adalah bulan aman, damai, tenteram dan selamat.
Berkata Ibnu ‘Abbas mengomentari ayat di atas:
“Janganlah kamu berbuat kezaliman diseluruh bulan, khususnya di bulan haram kerana kehormatan bulan itu, oleh kerana berbuat dosa di bulan haram lebih besar berbandingkan di selainnya, demikian juga berbuat ketaatan di dalamnya akan di lipat gandakan”.
Di antara keutamannya ialah berpuasa. Sa’id bin Jubair (seorang Tabi’in) di tanya tentang puasa di bulan Rejab, ia berkata:
“Aku mendengar Abdullah bin Abbas r.a berkata: terkadang Rasulullah  berpuasa di bulan itu seakan-akan Baginda tidak berbuka (berterusan), dan terkadang juga Baginda berbuka seakan-akan tidak berpuasa”. (Abu Daud).

Amalan di dalam bulan Rejab

Di antara amalan di bulan Rejab: memperbanyak istighfar. Bersabda Rasulullah s.a.w.:

أكثروا من الاستغفار فى شهر رجب
فإن لله فى كل ساعة منه عتقاء من النار
وإن لله مدائن لا يدخلها إلا من صام شهر رجب
(الديلمى)

“Perbanyaklah kamu beristghfar di bulan Rejab, kerana sesungguhnya Allah setiap saat di bulan Rejab akan membebaskan hamba-hambanya dari api neraka, dan sesungguhnya Allah mempunyai bandar-bandar yang tidak masuk ke dalamnya kecuali orang yang berpuasa dibulan Rejab.” (al- Dailami).
Amalan istighfar para salaf ialah:

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang di istimewakan untuk di kabulkan doa. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“ Lima malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha. (Al Baihaqi).
Di anatara amalan yang baik ialah memperbanyak doa:
Slide5
Bulan ini juga di kenali dengan الأَصَبّ bererti “curahan”, oleh kerana bulan ini adalah bulan Allah mencurahkan rahmatNya kepada hamba yang di kehendakinya.
Di bulan Rejab juga telah di lahirkan Imam Syafi’I pada tahun 150 H, dan meninggal dunia di bulan Rejab juga tahun 204 H. Semoga Allah merahmati dan memberi keredhaan kepadanya atas jasanya ke atas ummat Islam, khususnya kita di Asia Tenggara ini yang berpegang kepada madzhabnya.
Marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan saleh untuk meraih rahmat Allah SWT, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi meraih rahmat-Nya.
Amin.

Isnin, 13 April 2015

Hati

BERWASPADA DARIPADA KEKERASAN HATI DAN KEALPAANNYA

Berwaspadalah kamu dengan sifat QASWAH iaitu keras dan kejumudan hati sehinggakan ia tidak terkesan dengan sesuatu nasihat. Malah ia tidak merasa tersentuh dan berlembut hati ketika disebutkan mengenai persoalam kematian, janji kebaikan, ancaman balasan kejahatan dan segala perihal akhirat.

Baginda Nabi SAW bersabda :

"Sesuatu yang paling jauh daripada (rahmat) Allah iailah hati yang keras". - Riwayat al-Dailami.

"Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT tidak akan menerima doa daripada hati yang lalai" - Riwayat Tirmizi.

Kelalaian hati berlainan dengan sifat keras hati, tetapi ia juga adalah dicela di samping terdapat padanya perkara yang amat bahaya.

HATI YANG LALAI

Diantara tanda hati kita lalai dan terkadang keras apabila :

1) Hatinya tidak terjaga dan tidak sedar daripada kealpaan apabila peringatan dan amaran (yang berkaitan hari kiamat) sampai kepadanya. Sebaliknya hatinya lalai dan leka dengan perhiasan dunia serta mengikut hawa nafsu.

2) Hatinya lalai tatkala dibacakan ayat-ayat al-Quran al-Karim. tidak merenung akan maknanya dan tidak cuba memahami makna-maknanya, tidak mematuhi perintah-perintahnya serta menjauhi larangannya. Nasihat dan tegurannya tidak dipedulikan.

3) Hatinya tidak suka dan menjauhi majlis-majlis para ulamak dan majlis-majlis zikir. tidak suka duduk dalam majlis yang membicarakan kewujudan Allah dan agamaNya, mengingati tentang nikmatnya dan kurniaanNya, janji baik dan janji burukNya.

Jumaat, 3 April 2015

Nasihat Iman

Firman Allah swt maksudnya :

"Sembahlah Tuhan kamu sehingga datang kepada kamu al-Yakin (Kematian)".

Allah swt berfirman lagi yang maksudnya :

" Hanya kepada Engkau kami sembah, dan Hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan"

Kita membaca dan mengakui Allah swt yang sahaja disembah dan kepadanya sahaja tempat meminta pertolongan sehari sebanyak 17 kali dalam solat.

Dalam ayat itu Allah swt menyebutkan " Hanya kepadanya" menunjukkan lil tahsisi...  iaitu tidak ada sembahan yang lain... dan tidak ada bantuan yang lain... melainkan ianya hanya kepadanya...

Kita di suruh sembah, kemudian berdoa memohon dan meminta pertolongan dari Allah.

Ada 4 golongan manusia :

1) Menyembah dan kemudian Meminta Pertolongan dari Allah 
2) Menyembah tetapi Tidak Meminta Pertolongan dari Allah
3) Tidak Menyembah tetapi Meminta Pertolongan dari Allah
4) Tidak Menyembah dan Tidak Meminta Pertolongan dari Allah

Kita di pihak yang mana?

Ramai kita yang meminta dulu kemudian baru menyembah, umpama seseorang bernazar " kalau anak lulus periksa, saya nak sedekah" bukankan sepatutnya sedekah dulu, kemudian baru berdoa dan usaha... nazar ini diharuskan tapi sebahagian ulamak sebut ianya makruh dan ada ciri kebakhilan.

Menyembah Allah kena ada Roh. Umpama solat, jangan sekadar solat pada jasad sedang roh tidak solat.

Jasad dan Roh kena solat sekali, menyembah Allah. Jasad tempat tumpangan Roh, roh menumpang pada Jasad.

- Antara isi dan intipati nasihat TG Dato' Ismail Kamus Hafizhohullah.