Khamis, 28 April 2016

Tipu Daya Iblis


Iblis merupakan makhluk Allah yang ingkar dengan perintah Allah. Enggan sujud memberi hormat kepada Nabi Adam as yang diperintahkan kepadanya di sebabkan sifat sombong dan angkuh. Di sebabkan kesombongan ke angkuhan dan keengganan mentaati perintah Allah, maka Iblis di keluarkan dari Syurga.

Iblis menjawab, demi kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Shaad: 82-83)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". (Al Hijr: 39–40)

Di dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin  disebut satu riwayat sebuah kisah, ada satu pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung. Maka ada seorang lelaki mengatakan,"Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik”. Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya.

Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata,”Apa yang kau ingin lakukan?" Lelaki itu menjawab,’Aku ingin tebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini". Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu. Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini. Tetapi dengar dulu cadangan aku. Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini. Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah. Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar di bawah bantal kau pada setiap pagi." Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut.

Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya. Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan. Lelaki itu merasa marah lalu mengambil kapak dan pergi untuk tebang pokok itu. Setiba di pokok itu, syaitan telah sedia menunggu. ”Apa yang kau ingin lakukan ?". Lelaki itu menjawab,’Aku nak tebang pokok ini. Hari ini tidak ada 2 dinar seperti yang kau janjikan. Kau telah tipu aku". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk tebang pokok ini ".

Lalu terjadilah pergelutan dan kali ini lelaki itu kalah, syaitan telah berjaya mencekik lelaki itu" Syaitan berkata,”Tahukah kamu siapa aku?" Syaitan memberitahu dia sebenarnya adalah syaitan". Lelaki itu bertanya, mengapa hari itu aku dapat kalahkan kau tetapi kali ini aku tidak dapat kalahkan kau?" Syaitan menjawab, "Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau. Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar dan apabila kau tidak ikhlas kerana Allah maka aku berjaya mengalahkan kau".

P/S : Kisah ini juga disebut oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya', boleh juga dilihat dalam tafsir surah al-Kahfi oleh TG Hj Abdul Hadi Awang.

Ya Allah, jangan engkau biarkan urusan hidup duniaku di tanganku, kerana aku hamba yang lemah yang sering mengikut hawa nafsu syahwat yang keji, tetapi jadikanlah urusan hidupku dalam Iradah dan kekuasaanMu agar engkau redha dengan setiap kehidupanku... Ampuni aku ya Allah... :( :( :(

Rabu, 6 April 2016

Istighfar

KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR
Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah di sebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya.
Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.
Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam Ahmad bertembung dengan seorang penjual roti yg sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Si penjual roti menegur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.
Sampai sahaja di rumah si penjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yg hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur utk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yg akan dijual keesokan hari.
Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yg berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu.
Lantas Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti:
"Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?"

Jawab si penjual roti:
"Itulah amalan ku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu."

"Dan faedah yg aku dapati daripada amalan ku itu, tiada satu pun doa yg aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doa ku yg masih belum Allah berikan."
"Apakah hajat mu yg belum diperkenankan Allah itu?" tanya Imam Ahmad lagi.
Jawab si penjual roti:
"Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yg hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."

Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. Lantas beliau berkata: 
"Rupanya ini semua perancangan Allah yg sgt hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaan mu."

"Apakah maksud mu wahai tetamu aku muliakan?" tanya si penjual roti dgn penuh kehairanan.
"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yg kau doa dan pohon pada Allah utk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.
Subhanallah...
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.”
(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Khamis, 25 Februari 2016

Solat Berjemaah

Selalu kita dengar orang sebut “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan” atau “Sembahyanglah kamu dibelakang imam (berjemaah) sebelum kamu disembahyangkan dihadapan imam (solat jenazah)”.

Tahukah kita bahawa solat berjemaah itu merupakan amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi kita Muhammad saw.

GANJARAN SOLAT BERJEMAAH :

Nabi saw sebut :“Solat berjemaah itu lebih baik dari solat bersendirian dan dikurniakan sebanyak 27 kali ganda pahalanya” – Hadith riwayat Bukhari & Muslim.

HUKUM SOLAT BERJEMAAH :

Hukum solat berjemaah adalah sunat yang sangat dituntut menurut Mazhab Syafie. Namun ada juga sebahagian ulamak berpandangan solat berjemaah itu hukumnya Fardhu Ain (wajib).

Dalam sebuah Hadith, Nabi saw bersabda :

“ Di antara solat yang paling berat yang hendak ditunaikan oleh golongan munafiq itu ialah solat Subuh & Isyak, dan sekiranya seseorang itu tahu apakah kelebihan yang ada pada kedua waktu itu, nescaya dia akan hadir (tunaikan) walau terpaksa merangkak”. – Hadith riwayat Bukhari & Muslim.

Justeru, jom kita memeriahkan surau/ musolla/ masjid ditempat kita dengan solat berjemaah, semoga Allah swt memberkati hidup kita dan kerja-kerja kita serta dipermudahkan segala urusan hidup kita.

INGATLAH !!!  Hidup di dunia bukan hanya untuk kerja dunia sahaja, tetapi kita perlu buat dan utamakan jua kerja Akhirat, kerana akhirat itulah kehidupan yang kekal abadi buat selamanya.

So, Solat bukan dibuat bila ada Free Time, bukan juga sebagai Part Time,  apatah lagi jika di tinggalkan dengan alasan No Time

Tapi solat itu hendaklah dibuat Full Time, On Time, Any Time, dan kalau boleh Over Time, Sebab MATI itu datang ANYTIME


Allah swt berfirman : “Bila datang ajal kamu, maka tidak ada yang boleh menuntut untuk dilambatkan mahupun dipercepatkan”. - Waallahu a’lam…

Jumaat, 9 Oktober 2015

Halalan Toyyiban


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, pagi ini dapat berkongsi dengan pendengar-pendengar IKIM FM dalam siaran Topik Jumaat yang diterbitkan oleh DJ Syafiq Zulakifli.

Saya memilih tajuk berkaitan "Halalan Toyyiban" sempena mengambil semangat menghadiri Seminar baru-baru ini di Ikim juga berkaitan Sekuriti Makanan : Isu-isu Kontemporari Menurut Perspektif Islam.

Bila sebut tentang Halalan Toyyiban, mesti terfikir dibenak kepala kita isu pemakanan, walaupun Halalan Toyyiban tidaklah hanya berkaitan dengan makanan sahaja. Ya, Isu makanan sememangnya isu yang sangat penting untuk diperkatakan kerana ia sangat rapat dengan setiap masa dalam kehidupan kita. Celik mata fikir hendak makan, dan bila hendak makan, kita dah fikir macam-macam soalan, nak makan apa, di mana, sedap ke tidak dan sebagainya.

Untuk tajuk Halalan Toyyiban kali ini saya memang cerita bab makanan, dan ingin mengajak sidang pendengar untuk merenung dan mengambil ibrah tentang ayat al-Quran pesanan dan panduan Allah swt pada kita.

Allah swt berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 168 maksudnya :

"Wahai MANUSIA, Makanlah daripada apa yang terdapat di bumi YANG HALAL lagi BAIK, dan JANGAN IKUT LANGKAH_LANGKAH SYAITAN, kerana sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata"

Penelitian :

1. Dalam ayat ini Allah swt seru MANUSIA! Allah swt tidak sebut ORANG BERIMAN, kerana soal makan ini terkait dengan semua manusia tidak kira kafir atau islam. Dan al-Quran satu panduan untuk semua manusia. Justeru, Allah swt memberikan panduan ini kepada semua manusia.

2. Allah sebut HALAL! Halal ini ia suatu perkara yang dibenarkan oleh syarak, dan agama Islam. itu takrif Halal secara mudah faham.

3. Namun bila sebut tentang HALAL, selalunya umat Islam hanya membincangkan tentang zat makanan semata-mata. Kalau cerita binatang, yang dia tanya sembelih atau tidak, yang penting bukan dari babi atau arak. 

4. Tetapi kita terlupa, satu sudut lagi iaitu aspek wasilah yang menyebabkan kita makan, iaitu bagaimana kita membeli, mendapatkan? Ayam menang dah ada logo HALAL, tapi duit beli ayam tu hasil CURI, RIBA, RASUAH, ROMPAK, dll? Adakah Ayam yang ada logo HALAL itu HALAL? maka jawapannya ia juga menjadi sebab ayam yang zatnya HALAL tetapi cara memperolehi TIDAK HALAL, maka TIDAK HALAL juga apa yang kita MAKAN = HARAM. Inilah aspek yang terkadang kita lupa.

5 Allah SWT sebut TOYYIBAN! iaitu BAIK. Baik itu terkait dengan Kualiti, Mutu, Cara Pengendalian Makanan, Cara Makan, Kebersihan, Tidak Memberi Mudharat dan sebagainya. Tidak semua yang Halal itu kita boleh makan. Kerana yang Halal itu belum tentu Baik. Contoh : Gula itu Halal, tapi kalau diambil dengan kuantiti yang tidak baik, maka dia menjadi tidak Toyyiban. Garam itu Halal, tetapi kalau tidak dikendali dengan baik dalam masakan, boleh kena Darah Tinggi. 

6. Justeru, sebagai umat Islam, kita kena ambil berat tentang sola Halal dan Baik. dan menjadi kefardhuan dan kewajipan kita mencari yang HALALAN TOYYIBAN.

7. Dalam skop ruang kita yang terbatas, kita sukar untuk mengenal pasti sesuatu perkara itu benar-benar HALAL dari A-Z. Justeru, cara yang rasional dan realistik, kita memberi kepercayaan kepada pihak JAKIM bahagian HALAL untuk melaksanakan tugasan tersebut. Kita sebagai pengguna pula perlulah pastikan yang kita beli dan gunakan itu ada logo HALAL JAKIM. Selesai.

8. Allah sebut, JANGAN IKUT LANGKAH2 SYAITAN iaitu jangan ikut Nafsu dalam makan. Maka lengkaplah panduan dalam soal makan yang Islam anjurkan.

9. Sekiranya manusia tidak ambil peri penting tentang 3 aspek ini iaitu HALAL TOYYIBAN NAFSU, maka manusia akan binasakan dirinya.

10. Lihat penyakit2 yang disebabkan makanan, yang membunuh umat manusia. Dari sudut perubatannya pula, ia memerlukan kos yang tinggi dan belanjawan yang tidak sedikit untuk pihak kerajaan, dan individu itu sendiri belanjakan bila sudah sakit. Jadi ia juga ada terkait dengan soal EKONOMI, PERUBATAN, dan PEMBANGUNAN MODAL INSAN & NEGARA.

Wallahu'alam.

Santai-santai kongsi, moga bermanfaat. Fikir-fikirkan, semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Isnin, 14 September 2015

Salam Zulhijjah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
إخوة استاذ حذري البنداني
TINTA TARBAWI: NASIHAT AGAMA WASIAT IMAN
 ( KEMUNCAK PESTA IBADAH TAHUNAN )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ
وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن
وَالَاهُ

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّوَجَلَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ، يَعْنِيْ أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ؟ قَالَ: "وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ

“Tidak ada hari dimana suatu amal soleh lebih di cintai Allah melebihi amal soleh yang dilakukan di hari-hari ini (yakni sepuluh hari awal Dzulhijjah)”. Para sahabat bertanya,”Wahai Rasulullah, termasuk lebih utama dari jihad di jalan Allah?” Nabi ٍShallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Termasuk lebih utama dibanding jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya (kemedan jihad) dan tidak ada satu pun yang kembali (ia mati syahid)”.
( HR al-Bukhari : 969, Abu Dawud : 2438, at-Tirmidzi : 757, Ibnu Majah:1727)

PENJELASAN :

Wahai saudara saudaraku yang dikasihi tidak berapa hari lagi kita akan memasuki hari-hari utana dan kemuncak ibadah tahunan yang sangat utama di sisi Allah. Iaitu 10 hari awal Dzulhijjah.

Diantara keutamaan sepuluh hari awal bulan Dzulhijjah ialah :

1. Bahwa Allah bersumpah dengan sepuluh hari tersebut dalam firman-Nya.

وَالْفَجْرِ﴿١﴾وَلَيَالٍ عَشْرٍ

Demi fajar, demi malam yang sepuluh. [al-Fajr/89:1-2]

Imam Ibnu Katsir mengatakan :  “malam yang sepuluh” adalah sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Ibnu az-Zubair, Mujahid, dan lainnya dari kalangan kaum Salaf dan Khalaf. [ Tafsir Ibni Katsir ]

2. Sepuluh hari tersebut termasuk hari-hari yang ditentukan ( أيام معلومات ), yang padanya Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan hamba-Nya untuk banyak bertasbih, bertahlil, dan bertahmid. Allah Ta’ala berfirman:

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ

...dan agar mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang telah ditentukan atas rizki yang diberikan kepada mereka berupa hewan ternak..[al-Hajj/22:28].

Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhu berkata, “Hari-hari itu adalah sepuluh hari pertama Dzulhijjah”.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir secara marfu’ bahwa ini (hari yang dimaksudkan) adalah sepuluh hari yang Allah Subhanahu wa Ta’ala bersumpah dalam firman-Nya,

وَالْفَجْرِ﴿١﴾وَلَيَالٍ عَشْرٍ

(Demi fajar, demi malam yang sepuluh) [ al-Fajr/89 ayat 1-2] [ Tafsir Ibni Katsir ]

3. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ، يَعْنِي : عَشْرَذِيْ الْحِجَّةِ، قِيْلَ : وَلاَ مِثْلُهُنَّ فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ؟ قَالَ : وَلاَ مِثْلُهُنَّ فِيْ سَبِيْلِ اللّهِ، إِلاَّ رَجُلٌ عَفَّرَ وَجْهَهُ فِيْ التُّرَابِ

”Hari-hari yang paling utama di dunia ini yaitu hari yang sepuluh, yakni sepuluh hari pertama Dzulhijjah”. Dikatakan kepada beliau, “Termasuk lebih utama dari jihad dijalan Allah?” Beliau menjawab,”Termasuk lebih utama dari jihad di jalan Allah. Kecuali seseorang yang menutup wajahnya dengan debu (mati syahid-pent)”[ Hadis Hasan : Riwayat al-Bazaar dalam Kasyful-Atsar (II/28. No.1128 ]

4. Di dalamnya terdapat hari Arafah, yang merupakan hari yang terbaik. Dan ibadah haji tidak sah apabila tidak wukuf di ‘Arafah. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

اَلْحَجُّ عَرَفَةُ

Haji itu wukuf di Arafah.[ Shahih : HR at-Tirmidzi: 889 ]

5. Di dalamnya terdapat hari penyembelihan qurban.

6. Pada sepuluh hari tersebut, terkumpul ibadah-ibadah yang utama iaitu solat, puasa, sedekah dan haji, yang tidak terkumpul pada hari-hari selainnya.

MENGISI 10 HARI YANG MULIA INI DENGAN AMALAN SUNNAH :

Pertama : Amalan Umum :

Memperbanyak Amal Shalih Dan Ketaatan Kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. iaitu dengan memperbanyak solat-solat sunnah, sedekah, berbakti kepada orang tua, menyambung tali silaturahim, bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya, memperbanyak zikir kepada Allah, membaca al-Qur’an, dan amalan-amalan soleh lainnya terutamanya berselawat dan salam ke atas Nabi sallallahu 'alaihi wassalam.

Dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhuma , ia berkata:
َ
" Sa’id bin Jubair jika memasuki bulan Dzulhijjah, beliau sangat bersungguh-sungguh sehingga dia tidak mampu melakukannya. [ HR ad-Darimi (II/26)]

Kedua : Amalan Khusus :

1. Berpuasa Pada Sembilan Hari Pertama Bulan Dzulhijjah.
Mulai dari awal bulan Dzulhijjah, ternyata telah ada amalan yang disunnahkan untuk kita kerjakan. Diriwayatkan dari sebagian isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , mereka berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنْ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan hari bulan Dzulhijjah, hari ‘Asyura, tiga hari pada setiap bulan, dan hari Senin pertama awal bulan serta hari Kamis.[ Shahih : HR Abu Dawud : 2437 ]

2. Puasa ‘Arafah : Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ، وَالسَّنَةَ الَّتِيْ بَعْدَهُ

Puasa pada hari Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah), aku berharap kepada Allah, akan menghapuskan (dosa) satu tahun sebelumnya dan satu tahun setelahnya [ Shahih : HR Muslim : 1162 ]

Dalam hadis yang lain :

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَا ضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

" menghapuskan (dosa) setahun sebelumnya dan setahun setelahnya" [ Shahih : HR Muslim : 1162 ]

3. Memperbanyakkan tasbih, tahlil dan takbir. Dari Abu Hurairah secara marfu’:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّوَجَلَّ اَلْعَمَلٌ فِهِيْنَّ مِنْ عَشرِ ذِى الْحِجَّةِ، فَعَلَيْكُم بِالتَّسْبِيْحِ وَ التَّهلِيْلِ وَالتَّكبِيْرِ

Tidak ada hari-hari yang amal shalih lebih dicintai oleh Allah dari pada sepuluh hari pertama Dzulhijjah. Maka hendaklah kalian bertasbih, bertahlil, dan bertakbir.[ HR Abu Utsman al-Buhairi dalam al-Fawa-id. Lihat Irwa-ul Ghalil (III/398-399) ]

Disunatkan juga bertakbir setelah solat subuh pada hari Arafah sampai akhir hari tasyriq, yaitu dengan takbir:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Allah, Allah Maha Besar. Allah Maha Besar, dan bagi Allah-lah segala puji.

4. Haji dan Umrah. Allah Ta’ala berfirman:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

....kewajiban bagi manusia kepada Allah, berhaji ke Baitullah, bagi siapa yang memiliki kemampuan untuk melakukan perjalanan..... [Ali ‘Imran/3:97]

Haji dan Umrah adalah salah satu ibadah yang paling mulia dan cara taqarrub kepada Allah yang paling afdhal.

5. ‘Idul Adh-ha :
Dari anas bin Malik Radhiyallahu anhu beliau berkata:”Bahwa ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, masyarakat Madinah memiliki dua hari yang mereka rayakan dengan bermain. Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya: ‘dua hari apakah ini?’ Mereka menjawab: ‘Kami merayakannya dengan bersukaria di dua hari ini ketika zaman Jahiliyyah,’ kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَ تَعَالَى قَدْأَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا، يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

" Sesungguhnya Allah telah memberikan ganti kepada kalian dua hari yang lebih baik; ‘Idul Fithri dan ‘Idul Adh-ha"  [ Shahih : HR Ahmad (III/103 :  178, 235, 250), Abu Dawud : 1134), an-Nasa-i (III/179-180) ]

6. Berqurban :

Di antara amal taat dan ibadah yang mulia yang dianjurkan adalah berqurban. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Laksanakanlah shalat untuk Rabb-mu dan sembelihlah kurban. [al-Kautsar/108:2].

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنَا

Barang siapa yang memiliki kelapangan namun ia tidak berqurban maka jangan mendekati tempat shalat kami. [ Hasan : HR Ahmad (1/321), Ibnu Majah : 3132) dan al-Hakim 9 : 389)]

Kesimpulan :

Beribadah dan mentaati perintah Allah sememangnya tidak bermusim. Namun ada detik waktu , hari dan bulan yang mendapat kemuliaan khusus dari Allah.  Lantaran itu memperbanyakkan amal dan taat pada waktu, hari dan bulan tersebut amat dituntut kerana ia sebahagian daripada perbuatan membesarkan syiar agama. 

MAKLUMAT LANJUT RUJUK BUKU AL-ANWAR ( KEMULIAAN 10 HR AWAL DZUL HIJJAH ) SUSUNAN USTAZ MOHD HAZRI AL-BINDANY.

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman
yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang
sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar
kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan
akhirat…anugerahkan kami keberkatan ilmu... amen.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  , والعفو منكم

أخوكم محمد حذري هاشم البنداني