Rabu, 16 November 2022

Sanah Helwa Buah Hati Cinta Ummi Walid (30 Oktober 2021-2022)

 
Semoga Muhammad Arsyad sentiasa dalam keberkatan dan mendapat barakahnya dari Syeikhuna wa Abina Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari Al-Makkiy حفظه الله 
 
Ya Allah jadikan anakanda kami anak yang soleh pewaris para Nabi dan Rasul dan Ulamak yang soleh.
Pelihara dan lindungi  dia dari sebarang kemudharatan dan fitnah akhir zaman.
 
 
 
Ya Allah jadikan keluarga kami keluarga yang dilimpahi rahmat dan barakah, dipenuhi dengan mawaddah dan kasih sayang...
 
Terima kasih Allah atas nikmat yang dipinjamkan ini...
 
Muhammad Arsyad al-Mustofa
Anak yang Soleh Akhlak Terpuji
👶👶👶
Muhammad Arsyad al-Mustofa
Orangnya Cerdik Bijak Bestari
 😍😍😍
Muhammad Arsyad al-Mustofa
Senyumnya Manis Menawan Hati
 😄😄😄
Muhammad Arsyad al-Mustofa
Kesayangan Walid dan Ummi
👪👪👪
Muhammad Arsyad al-Mustofa
Penyejuk Mata Penawar Hati
 😘😘😘
Muhammad Arsyad al-Mustofa
Habibi Qalbi Qurratul Aini
💕💕💕
 

Rabu, 25 Mei 2022

SANAH HELWA YA HABIBTI

 ❤️Sanah Helwa buat Isteri Tersayang❤️

🤲 Semoga usia yang telah lalu diampuni dosa2nya oleh Allah dan diterima amal solehnya ... 
 
🤲 Semoga hari2 mendatang semakin dekatnya kita kepada Allah SWT dan dikurniakan khusnul khotimah...
 
🤲 Baki usia kita tidak tahu berapa banyak lagi yang akan diberikan olehNya, maka sentiasalah kita bersedia dan ingat akan hari kematian, moga kita sentiasa dalam iman dan ketaqwaan...
 
🤲 Siapa yang mendahului siapa pun kita tidak tahu, Namun harapnya kita saling menarik nanti disana untuk keSyurgaNya...



Jumaat, 20 Mei 2022

Alhamdulillah - Selamat Hari Raya Aidilfitri aka Selamat Hari Raya Puasa 6

 ليس العيد لمن لبس الجديد , ولكن العيد لمن خوف يوم الوعيد

Hari raya itu bukanlah sekadar dengan pakaian baru, TETAPI hakikat hari raya itu bila kita takut dan ingat akan hari yang dijanjikan iaitu hari kematian, hari dihitung amal ibadah, hari kebangkitan, dan hari kiamat.

Aidil fitri itu ertinya Kembali kepada Fitrah. Fitrah seorang hamba kepada Khaliqnya.









Ingat Mati

SETIAP MUKMIN sepatutnya ingatkan mati pada setiap hari, ini kerana mengikut Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa an-Nihayah mengatakan bahwa MALAIKAT MAUT akan menjengok manusia itu sebanyak 5 kali sehari iaitu setiap kali selepas sembahyang fardhu… Oleh kerana rahmat Allah s.w.t., maka manusia tidak mampu untuk melihat malaikat maut itu…. Mengingati kematian ada banyak faedahnya kepada manusia. Antaranya ialah:

* Dengan mengingati kematian, hati manusia akan menjadi lembut dan akan menerima segala perintah Allah s.w.t dengan penuh keredhaan dan keikhlasan…

* Dengan mengingati kematian, membuatkan manusia akan rajin beramal di dunia ini, kerana mereka yakin bahawa segala amalan kebaikan mereka akan memberi faedah kepada mereka setelah mereka mati nanti…

* Dengan mengingati kematian, manusia akan meninggalkan segala maksiat, kerena mereka yakin segala maksiat yang dilakukan di dunia, ini akan mendapat pembalasan dari Allah s.w.t di akhirat nanti….

* Dengan mengingati kematian, akan memyebabkan manusia akan segera bertaubat dari segala kesalahan yang telah mereka lakukan…. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya, dan di tempat manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut…

* Dengan mengingati kematian juga manusia akan merasa cukup dan berpuas hati dengan harta atau rezeki yang halal, sambil berusaha lebih untuk mendapat yang lebih baik lagi…. tapi bukan dengan cara yang haram, seperti mengamalkan riba, rasuah, mencuri, merompak, menipu dan berbagai-bagai lagi….

* Dengan mengingati kematian juga, menyebabkan manusia akan RAJIN DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH di dalam menjalankan tugas hariannya…. Ini kerana mereka yakin bahawa setiap pekerjaan yang baik dan bersungguh-sungguh adalah merupakan ibadah dan akan mendapat pahala…..

APABILA ROH kita dicabut, tiada guna segala harta dunia , kereta mewah , rumah besar , isteri yang cantik, pangkat yang tinggi, harta bertimbun-timbun tidak lagi memberi manfaat, kecuali AMALAN YANG SOLEH soleh sahaja, yang akan BERSAMA-SAMA kita di dalam kubur yang sempit, sunyi dan gelap… TIDAK ADA RAKAN2 KARIB, TINGGALLAH ISTERI YANG CANTIK, TINGGALLAH ANAK-ANAK,TINGGALLAH FB..SIAPAKAH YANG AKAN MENEMANI KITA…. Fikir-fikirkan lah………AMALAN ???…

http://jaksa-yadim.blogspot.com/2012/03/kenapa-perlu-ingat-mati.html

 

Rabu, 18 Mei 2022

Salam Syawal - Puasa Sunat Enam Syawal

Nabi Saw bersabda :

"Siapa yang melaksanakan Puasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka dikurniakan baginya pahala umpama puasa setahun".

Hari ini 17 Syawal, masih sempat untuk memulakannya, moga-moga kita dipermudahkan segala urusan dan amal soleh yang ingin kita lakukan.


Selasa, 6 Mac 2018

KISAH PASANGAN MISKIN 😓😓😓

Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda. 
Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.
“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat. Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada saya, kerana saya akan setia kepada kamu.
Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya.
“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”
Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”
Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”
Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”
Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”
Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”
Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:
1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.
2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.
3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana apabila kamu menyesal, itu sudah telambat.
Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”
Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya yang dia sangat cintai.
Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”
Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.
Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”
Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.
Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.
Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.
Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”
Pemuda itu menjawab, “Tidak.”
Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”
Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.
Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.
Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati, “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa selama ini saya tetap setia kepadanya.”
Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi kamu menghianati aku.
Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya menghianati kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabat menanti kamu selama dua puluh tahun.”
Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”
Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”
Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.
Kawan-kawan, begitula umpama Allah mengajar kita. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat kebendaan.
"RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"
1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.
Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.
2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.
3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !
4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.
5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.
6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.
7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 😊
Aku berdoa..
Muliakanlah yang membaca pesan ini;
Lapangkanlah hatinya;
Bahagiakanlah keluarganya, dan luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan;
Mudahkan segala urusannya; Kabulkan cita-citanya;
Jauhkan dirinya dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar;
Jauhkan dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadahnya; dan
Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-Mu.
Inspirasi...... JBU ALL

Isnin, 28 Ogos 2017

Jaga faraj (Kemaluan) Untuk Suci Hati

Perkongsian Minggu Lepas - Slot Penawar Bagi Hati Ikim.fm
Insyaallah malam ini bersambung Kitab Pertama Pada Fasal Yang Ke 6 & 7 Pada Menyatakan Tentang Kedua Tangan & Kedua Kaki pada Jam 9-10 malam insyaallah.
Sedikit Nota Perkongsian Minggu Lepas Pada perbahasan berkaitan FARAJ (Kemaluan) - Jaga Kemaluan Untuk Suci Hati 
1. Bila dalam kitab ini disebut perkataan Faraj, maka dia juga membawa maksud kemaluan lelaki.
2. Kemaluan merupakan anggota yang dijadikan Allah swt juga bertujuan akhirat dan dunia. Dan diantara tujuan Akhirat ialah dengan kemaluan tadi dapatlah berjimak diantara lelaki dan perempuan melalui pernikahan yang sah, kemudian mendapat anak zuriat yang sah.
3. Dalam Sabdaan Nabi saw suka dengan ummatnya yang ramai, malah anak ini merupakan saham bagi ibu dan ayah walaupun ianya telah meninggal dunia, tetapi masih boleh mendapat pahala dengan berkat doa anak yang soleh.
4. Malah Imam Ibnu Hajar rhm menyatakan, setiap amalan kebaikan dibuat oleh anak tadi didunia maka ibu dan ayahnya turut mendapat bahagian pahala tetapi tidak pada kejahatannya.
5. Kemaluan juga dinisbahkan kepada dunia dengan bersedap-sedapan kerana jimak, dan nafsu.
6. Di antara tanda seseorang hamba itu bersyukur dengan kenikmatan kemaluan yang Allah kurniakan kepadanya ialah dengan digunakan seperti yang diperintahkan olehNya. Maksudnya, Jangan Berzina, Jangan melakukan Liwat, Jangan melakukan perbuatan Onani melainkan dengan tangan dan jari isterinya sahaja.
7. Allah swt menyifatkan diantara tanda orang beriman yang berjaya itu ialah yang dapat memelihara kemaluannya seperti disebut di dalam surah al-Mukminun.
8. Selain itu, untuk menjaga kemaluan dari perbuatan keji, hendaklah kita menjaga mata dari melihat serta menggambarkan susuk tubuh wanita yang diharamkan. Kerana dosa zina itu bermula dari mata dan fikiran yang tidak baik.
9. Diceritakan pada zaman dahulu ada seorang lelaki soleh yang bekerja mencari nafkah dengan cara menjaja dan menjual kain. lelaki ini sangat tampan dan kacak. Satu hari ada wanita kaya yang tertarik dengan lelaki tersebut. Saat lelaki penjual kain tadi lalu dihadapan rumahnya, wanita ini pun panggil. Lelaki ini datang dan seperti biasa akan membuka bungkusan dan menghamparkan kain-klain yang dijualnya di ruang tamu rumah wanita tadi. Saat lelai tadi sedang membuka bungkusan kainnya, wanita tadi telah mengunci pintu. Kemudian ia menyatakan, wahai pemuda, sesungguhnya aku tidak pun tertarik dengan kain-kain yang engkau jual, tetapi aku tertarik dengan kekacakan engkau, sudikan engkau bersamaku (berzina). lelaki tadi terkejut lantas sentiasa mengingati Allah. Perempuan tadi mengugutnya sekiranya lelaki itu tidak mahu melayan kehendak nafsunya dia akan menjerit dan menfitnah lelaki itu cuba merogolnya, agar nanti orang kampung datang dan memukulnya.
Lelaki ini berfikir panjang lalu meminta izin untuk ke tandas, di dalam tandas dia menyambung mencari idea dan memikirkan bagaimana hendak melepaskan diri dari wanita tersebut, dan sentiasa hatinya takut kepada Allah.
Wanita itu seronok dan beranggapan lelaki itu telah berjaya ditawan dan masuk ke perangkapnya.
Lelaki tadi tetiba mendapat ilham iaitu dia akan membuang air besar, lalu mengambil najisnya dan dilumurkan ke kepala rambut dan badannya agar nampak jijik kotor dan berbau busuk. Dia membuat perkara tersebut semata-mata tidak mahu bermaksiat.
Kemudian dia pun keluar dari tandas dan wanita tadi terkejut dengan bau busuk dan pengotornya lelaki itu. Perempuan tersebut dengan segera membuaka pintu dan menghalau lelaki tadi dan dikatakan lelaki itu gila dan pengotor. Lelaki tersebut kemudiannya berlari balik ke rumah dan mandi untuk membersihkan najis yang berada dibadannya dan dia berasa bersyukur kerana terselamat dari wanita tersebut. Selepas mandi, di dapati badannya berbau wangian misk, malah wangian itu menjadi karomah kepadanya sehingga dia meninggal dunia.
10. Kisah ini merupakan satu pengajaran bagaimana lelaki soleh ini menjaga kemaluan dan dirinya dari terjebak dengan maksiat zina.
11. Bagi mereka yang baru mendapat anak, diajarkan oleh orang-orang soleh agar dibacakan surah al-Qadr ketelinga anak tadi kemudian berdoalah AYa Allah ampunilah dia, Rahmatilah dia, dan peliharalah kemaluan dia"
12. Fakta 2005-2015 terdapat lebih 500k anak luar nikah didaftarkan. 2017 ?
13. terdapat lebih 15k perempuan dalam lingkungan 12-19 tahun melahirkan anak tanpa nikah.
14. Sesungguhnya, pintu taubat sentiasa terbuka, dan sekiranya perkara ini telah berlaku, dan Allah telah sembunyikannya dari pengetahuan orang lain, maka wajib kita menetupinya dan mintalah keampunan dariNya moga diampuni dosa-dosa dari perbuatan zina tersebut.
Wallahua'lam...