SETIAP MUKMIN sepatutnya ingatkan mati pada setiap hari, ini kerana
mengikut Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa an-Nihayah mengatakan
bahwa MALAIKAT MAUT akan menjengok manusia itu sebanyak 5 kali sehari
iaitu setiap kali selepas sembahyang fardhu… Oleh kerana rahmat Allah
s.w.t., maka manusia tidak mampu untuk melihat malaikat maut itu….
Mengingati kematian ada banyak faedahnya kepada manusia. Antaranya
ialah:
* Dengan mengingati kematian, hati manusia akan menjadi lembut dan
akan menerima segala perintah Allah s.w.t dengan penuh keredhaan dan
keikhlasan…
* Dengan mengingati kematian, membuatkan manusia akan rajin beramal
di dunia ini, kerana mereka yakin bahawa segala amalan kebaikan mereka
akan memberi faedah kepada mereka setelah mereka mati nanti…
* Dengan mengingati kematian, manusia akan meninggalkan segala
maksiat, kerena mereka yakin segala maksiat yang dilakukan di dunia, ini
akan mendapat pembalasan dari Allah s.w.t di akhirat nanti….
* Dengan mengingati kematian, akan memyebabkan manusia akan segera
bertaubat dari segala kesalahan yang telah mereka lakukan…. Ini kerana
kita tidak mengetahui bilakah masanya, dan di tempat manakah nyawa kita
akan dicabut oleh malaikat maut…
* Dengan mengingati kematian juga manusia akan merasa cukup dan
berpuas hati dengan harta atau rezeki yang halal, sambil berusaha lebih
untuk mendapat yang lebih baik lagi…. tapi bukan dengan cara yang haram,
seperti mengamalkan riba, rasuah, mencuri, merompak, menipu dan
berbagai-bagai lagi….
* Dengan mengingati kematian juga, menyebabkan manusia akan RAJIN DAN
BERSUNGGUH-SUNGGUH di dalam menjalankan tugas hariannya…. Ini kerana
mereka yakin bahawa setiap pekerjaan yang baik dan bersungguh-sungguh
adalah merupakan ibadah dan akan mendapat pahala…..
APABILA ROH kita dicabut, tiada guna segala harta dunia , kereta
mewah , rumah besar , isteri yang cantik, pangkat yang tinggi, harta
bertimbun-timbun tidak lagi memberi manfaat, kecuali AMALAN YANG SOLEH
soleh sahaja, yang akan BERSAMA-SAMA kita di dalam kubur yang sempit,
sunyi dan gelap… TIDAK ADA RAKAN2 KARIB, TINGGALLAH ISTERI YANG
CANTIK, TINGGALLAH ANAK-ANAK,TINGGALLAH FB..SIAPAKAH YANG AKAN MENEMANI
KITA…. Fikir-fikirkan lah………AMALAN ???…
http://jaksa-yadim.blogspot.com/2012/03/kenapa-perlu-ingat-mati.html