Bismillah
عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( إن الله
تعالى طيب لا يقبل إلا طيبا وإن الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين فقال
تعالى: ( يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا
إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ). وقال تعالى: ( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آَمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ). ثم ذكر الرجل يطيل السفر
أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء يا رب يارب ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام
وغذي بالحرام فأنى يستجاب له) - رواه مسلم -.
Maksudnya : “Sesungguhnya
Allah Ta’ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan
sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah
diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman: (Wahai para
Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal
soleh). Dan Allah Ta’ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan
minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu)”.
Kemudian
Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut
kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai
Tuhanku! Wahai Tuhanku!
Bagaimanakah
doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram,
pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?”.
(Hadis
riwayat al-lmam Muslim)
Huraian Hadith :
1) Dalam Hadith ini, Allah swt itu disifatkan dengan طيب iaitu طاهر suci dan bersih.
Ini membawa maksud, suci dan bersihnya Allah swt itu dari segala sifat kekurangan dan kelemahan.
Hadith ini juga membawa maksud bahawa Allah swt tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang baik, bersih, suci dari segala bentuk kemaksiatan, kefasadan, keburukkan. Allah swt juga tidak menerima dari harta yang dimanfaatkan melainkan diambil dari jalan yang halal dan baik.
Sesungguhnya sifat الطيب itu sifat yang mesti ada pada amal perbuatan, kata-kata, dan iktiqod seseorang mukmin.
Allah swt berfirman :
(ضَرَبَ
اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ)
.( إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ)
( الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ
الْمَلَائِكَةُ طَيِّبِينَ)
Ayat-ayat di atas menyatakan bahawa Allah swt menyifatkan kebaikan itu mesti ada pada kata-kata, perbuatan dan iktiqod seorang mukmin.
Seorang mukmin itu mestilah mempunyai sifat kebaikkan, baik pada hatinya iaitu iktiqodnya, baik pada lidahnya iaitu kata-katanya, dan baik pada jasadnya iaitu amal perbuatannya. Inilah yang dinamakan buah iman الطيبات yang ada pada diri seorang mukmin yang diterima di sisi Allah swt.
2) Hadith ini juga menerangkan kepada kita, bahawa mencari rezeki dan sesuatu yang baik itu adalah sunnah para nabi dan orang soleh terdahulu.
Allah swt berfirman :
(كُلُوا
مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا)
Maksudnya : "Makanlah kamu dari perkara yang baik dan beramallah dengan amal soleh".
3) Hadith ini juga menerangkan, bahawa menjadi suatu kewajipan bagi kita berusaha mencari rezeki dan pendapatan yang halal, malah dalam berinfak pun kita diperintahkan mengguna hasil dari sumber yang halal.
( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ
طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ..)
( لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا
تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ)
Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan kita agar menginfakkan harta yang Allah swt berikan kepada kita dari sumber yang baik dan yang kita sendiri sukai.
Daripada Sayyidina Ibnu Umar r.hm, Baginda Nabi saw bersabda :
لا يقبل الله صلاة بغير طهور ولا صدقة من غلول - رواه مسلم
Maksudnya : Allah swt tidak menerima solat tanpa bersuci, dan tidak menerima sedekah seseorang yang datang dari sumber yang tidak baik.
Ditanya kepaa Sayyidina Ibnu Abbas r.hm : "Bagaimanakah amalan seseorang yang menzalimi dan mengambil harta orang lain secara haram kemudian dia bertaubat dan menggunakan harta yang diambil secara haram tadi itu untuk menunaikan haji, membebaskan hamba, dan bersedekah? maka di jawab oleh Sayyidina Ibnu Umar r.hm :
إن الخبيث لا يكفر الخبيث
"Sesungguhnya yang buruk (keji) itu tidak boleh (digunakan) untuk menghapuskan yang buruk (keji)".
Berkata al-Hasan :
أيها المتصدق على المسكين ، يرحمه ارحم من قد ظلمت
"Wahai yang bersedekah kepada si miskin, kasihilahnya (si miskin) dan kasihilah siapa yang telah engkau zalimi".
4) Persoalan bersedekah dengan harta yang haram itu ada dua keadaan :
i) Orang yang menggunakan harta yang haram kemudian dia menyedekahkan harta itu atas dirinya, maka hukum menyedekahkan itu adalah haram kerana dia tidak ada hak untuk mengagihkan harta tersebut dan itu bukan miliknya.
ii) Orang yang menggunakan harta orang lain dan disedekahkan dengan niat untuk orang tersebut kerana dia tidak mampu untuk memulangkan harta itu disebabkan tuan empunya harta itu tidak dapat dijumpai dan diketahui, maka itu dibolehkan.
5) Hadith ini juga menerangkan bahawa, Amal seseorang itu tidak akan diterima dan tidak dapat mensucikan diri melainkan dengan makanan dan minuman yang halal. Makanan dan minuman yang haram, akan merosakkan amal dan ibadah seseorang.
Daripada Musnad Imam Ahmad, daripada Ibnu Umar rhm :
من اشترى ثوبا بعشرة دراهم في ثمنه درهم حرام ، لم يقبل الله له صلاة ما كان عليه
Maksudnya : "Sesiapa yang membeli pakaian dengan 10 dirham yang bercampur dengan dirham yang haram, nescaya Allah swt tidak menerima sembahyangnya dengan pakaian tersebut".
Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a :
إذا
خرج الرجل حاجا بنفقة طيبة ووضع رجله في الغرز فنادى لبيك اللهم لبيك ناداه مناد
من السماء لبيك وسعديك زادك حلال وراحلتك حلال وحجك مبرور غير مأزور وإذا خرج
الرجل بالنفقة الخبيثة فوضع رجله في الغرز فنادى لبيك اللهم لبيك ناداه منادي من
السماء لالبيك ولا سعديك زادك حرام ونفقتك حرام وحجك غير مبرور).
Maksudnya : "Apabila seseorang itu keluar untuk melaksanakan ibadah Haji dengan nafkah yang baik, dan apabila ia menjejakkan kakinya dan menyeru لبيك اللهم لبيك , akan disahut dan seru oleh penduduk langit, لبيك وسعديك زادك الحلال وراحلتك حلال وحجك مبرور غير مأزور, sebaliknya apabila seseorag yang keluar untuk melaksanakan ibadah haji dengan nafkah yang haram, bila mana dia menjejakkan kakinya, dan berkata لبيك اللهم لبيك , maka seruan itu akan disahut oleh penduduk langit لالبيك ولاسعديك زادك حرام وراحلتك حرام وحجك غير مبرور
Berkata Ibnu Abbas rhm :
"لا يقبل الله صلاة امرئ في جوفه حرام"
Maksudnya : Tidak diterima solat seseorang yang ada pada dirinya perkara yang haram.
6) Diantara ibadah yang mulia yang mendekatkan diri kepada Allah swt ialah berdoa.
Allah swt berfirman :
( وَقَالَ
رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ
عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ )
(وَإِذَا سَأَلَكَ
عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ )
Ayat di atas menunjukkan perintah daripada Allah swt agar kita memperbanyakkan berdoa dan sentiasa berdoa.
Baginda Nabi saw bersabda :
"الدعاء هو العبادة"
Maksudnya : Doa itu ialah Ibadah
Antara sebab doa seseorang itu diterima disisi Allah swt ialah :
i- Berpegang teguh dengan sunnah
Baginda Nabi Saw bersabda :
(إن الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين)
ii- Mereka yang dalam pemusafiran yang baik
iii-Doa yang diulang-ulang
iv-Memperelokkan makanan dan minuman
Baginda Nabi Saw bersabda :
(يا سعد أطب مطعمك تجب دعوتك)
v- Ikhlaskan niat dan kuatkan keyakinan
Baginda Nabi Saw bersabda :
(دعوا
الله وأنتم موقنون بالإجابة، واعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه)
vi-Menjaga ibadah yang fardhu dan yang sunnah
Baginda Nabi Saw bersabda :
(تعرف إلى الله في الرخاء يعرفك في الشدة)
7) Perkara yang menghalang doa diterima :
i- Makan, minum, dan pakai dari sumber yang haram
ii- Meminta disegerakan makbul, tidak sabar dalam meminta
iii- Meminta perkara yang tidak baik dan maksiat
Baginda Nabi saw bersabda :
"لايزال يستجاب للعبد ما لم يدع بإثم أو قطيعة رحم"
iv- Meninggalkan amal makruf dan nahi mungkar
Baginda Nabi saw bersabda :
"والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله أن يبعث عليكم عذابا منه ثم تدعونه فلا يستجيب لكم"
iv- Tidak merendah diri dan khusyuk
Allah swt berfirman :
(ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا
يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ).
v- Mensyirikkan Allah dalam berdoa
8) Sunnat-sunat dan adab dalam berdoa
i- Bersuci
ii- Menghadap kiblat
iii- Mengangkat kedua tangan
iv- Puji-pujian kepada Allah
v- Selawat dan salam ke atas Rasul
vi Membaca doa yang warid
vii- Bertawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah serta amalan orang soleh
viii-Keyakinan dalam bedoa / husnu zhon
ix- Hadirkan hati / khusyuk
9) Waktu mustajab doa
i- Sujud dalam solat
ii- 1/3 malam
iii- Antara azan dan iqomah
iv- Ketika turun hujan
v- Ketika musafir
vi- Jihad fi sabilillah
vii- Hari jumaat / akhir hari jumaat antara asar dan maghrib
viii-Hari di arafah / wuquf
ix- Lailatul qadar
x- Ketika berbuka puasa
10) Bertawassul dalam berdoa kepada Allah
i- Boleh bertawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah swt
ii- Tawassul dengan iman, dan amal soleh yang dilakukan
iii-Bertawassul dengan orang soleh dan aulia Allah
Waallahu 'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan