
Dan diantara cara untuk menjaga kesucian hati, hendaklah mata
itu sentiasa memandang kepada perkara yang baik dan mendorong kearah kebaikan
seperti al-Quran, jalan-jalan ke Masjid, dan majlis-majlis menuntut ilmu.
Mata juga membawa kepada faedah dunia seperti melihat kepada kehidupan, pekerjaan, bangunan,
kenderaan, kekeluargaan dan sebagainya dan hendaklah kita menjaganya dari
perkara yang mendatangkan musibah.
Tanda seorang hamba yang bersyukur dengan nikmat mata yang Allah
swt berikan ini hendaklah dia memelihara pandangan matanya dari perkara yang
haram seperti melihat perempuan yang bukan mahramnya, melihat kepada aurat dan
perkara-perkara maksiat.
Allah swt berfirman maksudnya ; Hai Rasulullah, katakana bagi
setiap lelaki yang beriman, PEJAMKAN olehmu akan mata kamu daripada perkara
yang tiada harus bagimu melihatnya , dan peliharalah olehmu akan faraj (kemaluanmu)
dari perkara yang haram, dan yang demikian itu (memelihara) itu adalah yang
baik bagimu. Allah swt sangat mengetahui dengan apa yang kamu kerjakan (zahir
dan batin). – surah an-Nur:30
Hukum menjaga mata dari melihat yang haram adalah WAJIN kerana ini
merupakan perintah Allah swt. Sesiapa yang mengingkarinya maka ia termasuk
dalam orang yang jahat perangainya dan dimurkai Allah swt dan ada perhitungan
seksaannya daripada bahagian maksiat mata tersebut.
Justeru Allah swt menyuruh kita menjaga mata dan faraj sebagai
asbab untuk membersihkan hati daripada segala dosa dan sebab bagi membanyakkan
pekerjaan yang baik-baik.
Allah swt berfirman : Allah swt mengetahui akan khianat mata
(mencuri memandang yang haram) dan mengetahui apa yang tersembunyi di dalam
hati (cita-cita keinginan untuk mengerjakan kejahatan atau kebaikan)
Nabi saw bersabda : Sesungguhnya memandang kepada bahagian
daripada bentuk tubuh wanita itu seperti anak panah yang beracun daripada
segala anak panah iblis (mudah untuk membawa kepada kebinasaan). Maka
barangsiapa yang meninggalkan pandangan maksiat itu kerana takut kepada Allah
swt, maka Allah swt akan mendatangkan kepadanya kenikmatan dan kesedapan dalam
ibadah.
Baginda Nabi saw juga bersabda ; Ada bagi tiap-tiap manusia itu
bahagiannya daripada zina. Maka dua matanya itu berzina dan zina kedua mata itu
dengan cara memandang kepada apa yang dilarang untuk dia melihatnya.
Bagi ASWJ, mata akan memandang zat Allah swt di dalam syurga
dengan tiada menyerupai kelakuan melihat yang baharu. Dan nikmat yang paling
besar ialah apabila melihat seorang hamba akan tuhannya. Maka mata yang ingin
melihat akan zat tuhannya itu hendaklah dipelihara dan dimuliakan
sehabis-habisnya dan tidak dikotori dari memandang yang haram didunia ini.
Pandangan merupakan pangkal bencana yang menimpa manusia.
Sesungguhnya pandangan akan melahirkan lintasan dalam hati. Kemudian lintasan
hati akan melahirkan fikiran. Fikiran akan melahirkan syahwat. Syahwat membangkitkan
keinginan. Kemudian keinginan itu menjadi kuat, dan berubah menjadi tekad yang
bulat. Maka apa yang tadinya melintas dalam fikiran menjadi kenyataan, dan itu
pasti akan terjadi selama tidak ada yang menghalanginya. Maka sungguh bagus
suatu nasihat: kesabaran dalam menundukkan pandangan masih lebih ringan
daripada kesabaran dalam menanggung beban sakit setelahnya.- Ibnu Qayyim
Suatu hari ditanya kepada Imam Abi Sujak rhm, sohibul matan Abi
Syujak, tatkala umurnya yang begitu berusia dan dikatakan usianya mencecah 160
tahun, ditanya bagaimana dalam usia yang begitu tiada satupun anggota
pancainderanya yang tercedera? Maka dijawabnya Kami menjaganya diwaktu kecil,
Allah swt menjaganya diwaktu besar.
Nabi saw bersabda :
إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوْسَ عَلىَ الطُّرُقَاتِ، قَالُوْا:
يَا رَسُوْلَ الله, مَجَالِسُنَا، مَا لَنَا بُدٌّ مِنْهَا. قَالَ: فَإِنْ كُنْتُمْ
لاَ بُدَّ فَاعِلِيْنَ فَأَعْطُوْا الطَّرِيْقَ حَقَّهُ، قَالُوْا: وَمَا حَقَّهُ؟
قَالَ: غَضُّ البَصَرِ وَكَفُّ الأَذَى وَرَدُّ السَّلاَمِ
“Janganlah
kalian duduk-duduk di pinggir jalan-jalan.’Para sahabat berkata, ‘Wahai Rasulullah,
itu tempat kumpul kami. Kami tidak dapat meninggalkannya.’Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam menjawab, ‘Jika kalian harus melakukan hal itu, berikan
kepada jalan itu haknya.’Para sahabat bertanya, ‘ Apakah haknya?’Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, ‘Menundukkan pandangan, menghilangkan
gangguan, dan menjawab salam.’” (HR Al-Bukhari, no.6229; Muslim, no.2121)
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam telah bersabda,
لاَتُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ, فَإِنَّمَا
لَكَ الأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الأَخِيْرَةُ
Janganlah kamu mengikutkan pandangan dengan pandangan
berikutnya. Sebab hanya pandangan pertama saja yang dibolehkan bagimu, tidak
untuk pandangan setelahnya.”
Makruf al-Karkhi rhm pernah
berkata : Jagalah pandangan matamu walau kepada kambing betina.
Hidup kita ini secara
realitinya hari ini dikelilingi maksiat terutamanya dari wanita yang tidak
menutup aurat, justeru banyakkan dan lazimilah lidah dan hati kita dengan
istighfar setiap kali kita memandang kehidupan keliling kita supaya maksiat
yang dipandang itu tidak terlintas dengan fikiran syahwat dan bertapak di dalam
hati.
Malah diceritakan, ada
ulamak kita yang berdoa dihadapan kaabah disebalik musibah kehidupan hari ini yang
sukar untuk mengawal penglihatannya kepada wanita-wanita disekelilingnya, lalu dia
berdoa “ Ya Allah, jadikanlah penglihatanku kepada wanita-wanita itu seumpama
aku melihat tembok batu yang tiada syahwat padanya”.
لا حول ولا قوة إلا
بالله العلي العظيم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan