Ahad, 28 September 2014

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali rhm

KISAH CUBAAN MEMBAKAR KITAB IHYA ULUMUDDIN

“Dikisahkan bahawa Abul Hasan Ali bin Harzahim al-Faqih adalah orang yang sangat mengingkari kitab ihya’ ulumiddin. Saat itu dia adalah orang yang sangat ditaati dan kata-katanya didengari oleh masyarakat luas. Maka dia memerintahkan para pengikut untuk mencari dan mengumpulkan naskah-naskah kitab ihya ulumuddin dan dia bermaksud untuk membakar naskah-naskah kitab ihya ulumuddin tersebut di masjid jami' pada hari jumat.

Dan ternyata pada malam hari jumatnya dia bermimpi seakan-akan sedang masuk ke masjid jami'. Tiba-tiba di situ dia bertemu nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersama Abu Bakar dan Umar, dan Imam Ghazali juga sedang berada di hadapan nabi. Ketika Ibnu Harzahim datang, Imam Ghazali berkata, “Ya Rasulullah, dialah orangnya yang memusuhiku. Jika yang benar adalah seperti yang dia yakini, maka aku bertaubat kepada Allah dan jika benar apa yang aku tulis kerana mengharap berkahmu dan mengikuti sunnahmu, maka ambilkan untukku hakku dari orang yang memusuhiku.”

Kemudian nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam meminta kitab ihya ulumuddin dan dibukanya lembaran demi lembaran dari awal hingga akhir. Lalu berkata, “Demi Allah, sesungguhnya ini adalah sesuatu yang bagus.”

Kemudian Abu Bakar berganti membuka dan membaca isinya. Demikian juga Umar, yang keduanya sama-sama mengatakan bagus. Maka Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan agar baju al-Faqih Ali bin Harzahim dilepas untuk menerima pukulan dan hadd (hukuman) sebagai pembohong. Ketika sampai pukulan kelima Abu Bakar meminta keampunan untuknya dan berkata, “Ya Rasulullah, barangkali dia mengira dia telah mengikuti sunnahmu dan ternyata dia keliru.” Dan imam Ghazali bersetuju serta menerima permintaan Abu Bakar. Sampai disitu bangunlah Ibnu Harzahim dan di punggungnya terdapat bekas pukulan.

Lalu dia memberitahukan hal tersebut kepada kawan-kawannya dan dia pun bertaubat kepada Allah atas keingkarannya terhadap imam Ghazali dan beristighfar kepada-Nya. Selama beberapa waktu Ibnu Harzahim masih merasakan kesakitan dari bekas pukulan itu. Maka dia pun berdoa kepada Allah dan memohon pertolongan Rasulullah sampai suatu ketika dia bermimpi lagi bertemu Rasulullah yang datang kepadanya dan mengusapkan tangannya yang mulia pada punggungnya. Maka sembuhlah dia dengan izin Allah. Kemudian setelah itu dia menekuni mengkaji kitab Ihya ulumuddin dan Allah memberikan Futuh (pembukaan) kepadanya serta memperoleh ma’rifatullah dan menjadi salah satu seorang pembesar kepada para masyayikh, menjadi orang yang ahli ilmu dan ilmu bathin Rahimahullah.

Syaikh Abul Hasan Ali Asy-Syadzili yang hidup sezaman dengan Ibnu Harzahim mengatakan, “Dan pada hari wafatnya syaikh Ibu Harzahim, bekas pukulan itu masih nampak jelas pada punggung beliau.”

Sumber : Kitab Minhajul Al Abidin Ila Jannah Rab Al Alamin Terjemahan Syeikh Daud Bin Abdullah Al Fatani Karangan Imam Ghazali

Selasa, 23 September 2014

Adab & Hukum-hukum Menyembelih

 Di sini saya kongsikan Risalah yang Istimewa dari Guru saya al-Fadhil Ustaz Ibrahim Masran al-Banjari Hafizhohullah.


TG. Syeikh Ibrahim Masran al-Banjari
Ini risalah yang dinamakan dia "AL-MURSYID ASH-SHOLIH PADA MENYATAKAN ADAB DAN AHKAM MENYEMBELIH"


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي شرع لعباده التقرب إليه بذبح القربان وقرن النحر بالصلاة في محكم القرآن ، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ذو الفضل والامتنان ، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده وسوله أفضل من قام بشرائع الإسلام وحقق الإيمان , صلى الله وسلم عليه وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان . أما بعد :

Berkata hamba yang mengharap ampunan Allah Al-Baari Al-Bashir, Ibrahim ibn Masran Al-Banjari zut taqshir : Sebahagian ikhwan yang mulia telah meminta kepada faqir tentang petua-petua dan ahkam berkait tentang penyembelihan binatang dan munasabah dengan hari raya korban yang bakal tiba, maka terfikirlah dizihin faqir untuk menulisnya dalam suatu risalah yang kecil sekalipun faqir bukan ahlinya.

Maka faqir dhobitkan khulasah beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Faqir kutip daripada beberapa buah kitab feqh Mazhab Syafi'e seperti Hasyiah Al-Baijuri, I'anah Ath-Thalibin, Al-Iqna', Al-Majmu', Mughni Al-Muhtaj, Tuhfah Al-Muhtaj, Sabil Al-Muhtadin, Matla' Al-Badrain, dan selainnya atas jalan ikhtisar seadanya. Serta faqir berikan beberapa tanbihaat dan fawaed berhubung dengannya. Lalu faqir namakan risalah ini : Al-Mursyid Ash-Sholih, Pada Menyatakan Adab dan Ahkam Sembelih.

Semoga risalah yang kecil ini bermanfaat buat diri faqir dan para pembaca semua. Allahumma Aamiin.

  1. Disyaratkan penyembelih itu adalah Muslim. Serta hendaklah ia menyembelih kerana Allah dan bukan kerana selainNya.
  2. Asas sembelihan korban dan sembelihan biasa tiada banyak bezanya, kecuali pada bacaan بسم الله الرحمن الرحيم dan, الله اكبر serta menerangkan untuk siapa korban itu dilakukan.
  3. Disukai yang menyembelih binatang korban itu adalah orang yang berkorban, sekalipun ia perempuan. Bagaimanapun harus baginya mewakilkan kepada orang lain. Imam an-Nawawi رحمه الله تعالى menghukumkan makruh bagi anak kecil dan perempuan haid melaksanakan sembelihan.
  4. Disyaratkan binatang itu ada hayat mustaqirrah pada mula-mula sembelihan. Antara tanda ada hayat mustaqirrah ialah kuat geraknya ketika disembelih dan menyembur darahnya, atau memada dengan kuat geraknya sahaja mengikut pendapat Imam an-Nawawi رحمه الله تعالى  .
  5. Sunat menajamkan pisau atau parang yang hendak digunakan serta tidak mengasahnya dihadapan binatang korban.
  6. Sunat diberi binatang itu minum sebelum ia disembelih dan jangan disembelih binatang tersebut di hadapan binatang korban yang lain.
  7. Sunat merebahkan binatang korban dengan menghadapkan mukanya ke arah qiblat serta di atas lambung kiri. Dikala merebahkan binatang itu, sunat membaca: رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيم 
  8. Sunat penyembelih menghadap qiblat dan dalam keadaan berwudu'.
  9. Wajib atas orang yang menyembelih itu memotong halqum (tempat keluar masuk nafas) dan mari' (tempat laluan makanan yang terletak di bawah halqum) sehingga putus dengan alat yang tajam seperti pisau (bukan tulang atau kuku). Hendaklah  menyembelih dengan bersungguh-sungguh dan tidak bermain-main. Hendaklah berlaku ihsan dan tidak menzalimi binatang tersebut.
  10. Sunat disembelih pada bahagian hujung leher (sebelah atas) untuk binatang yang berleher pendek seperti lembu, kerbau dan kambing. Adapun bagi binatang yang berleher panjang seperti unta, maka sunat disembelih pada bahagian pangkal leher (berhampiran dada), kerana mengikut sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Hikmahnya adalah memudahkan roh binatang itu keluar.
  11. Sunat disembelih lembu, kerbau atau kambing itu dengan dibaringkannya di atas tanah sebelah rusuk kirinya serta diikat kakinya, sementara kaki kanannya bebas lepas tanpa diikat supaya binatang itu dapat berehat dengan menggerakkan kaki kanannya itu. Adapun unta, maka sunat disembelih dengan didirikan binatang itu. Jika tidak mampu untuk disembelih dalam keadaan unta itu berdiri, maka sembelihlah dalam keadaan unta itu duduk. Rujuklah dalam al-Mughni.
  12. Sunat juga meletakkan sebelah kaki penyembelih ke atas batang leher binatang atau lambungnya supaya binatang itu tidak dapat menggerakkan kepalanya.
  13. Ketika hendak menyembelih binatang korban, sunat dibaca seperti berikut :
 اللهُ اَكْبَرْ! اللهُ اَكْبَرْ! اللهُ اَكْبَرْ! بِسْمِ الله اللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد 

Kemudian berniat, seperti berikut :

 اللَّهُمَّ هَاذِهِ أُضْحِيَّةً مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنِّيْ, اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ وَلِلَّهِ الْحَمْد 

Maksudnya: "Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah Ya Tuhanku kurniakan selawat dan rahmat keatas Sayyidina Muhammad. Ya Allah ya Tuhanku, Ini korban daripada Engkau dan kembali kepada Engkau, maka terimalah  korban daripada hamba. Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Dan kepada Allah lah kembali segala pujian."

14.  Bagi tukang sembelih yang diwakilkan untuk menyembelih, hendaklah menyebutkan atau meniatkan nama-nama pemilik korban. Harus ia mendahulukan niat sebelum menyembelih mengikut pendapat yang ashah. Peserta korban pula disunatkan hadir menyaksikan penyembelihan tersebut. Niatnya adalah seperti berikut :

اللَّهُمَّ هَاذِهِ أُضْحِيَّة لِ........ ("فلان بن فلان") مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا

Maksudnya : "Ya Allah, sembelihan korban ini, adalah untuk......(nama peserta korban)..... dari Engkau dan kepada Engkau, maka terimalah daripada kami korban ini.."

Jika tujuan sembelihan itu adalah untuk 'aqiqah, maka diniatkan :

اللَّهُمَّ هَاذِهِ عَقِيْقَة لِ........ ("فلان بن فلان") مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا

Maksudnya : “Ya Allah, sembelihan aqiqah ini, adalah untuk....(nama peserta korban).... dari Engkau dan kepada Engkau, maka terimalah daripada kami aqiqah ini.."

15.  Sunat dibiarkan binatang itu setelah disembelih sehingga ia mati.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Waktu penyembelihan korban adalah bermula setelah matahari terbit pada 10 Zulhijjah dan sesudah qadar selesai solat dua rakaat solat iedil adha berserta dua khutbah yang ringkas. Afdhalnya adalah ketika matahari naik segalah.

Waktu penyembelihan korban ini berlanjutan sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah. Jika disembelih binatang korban itu setelah berakhir hari tasyriq (10-13 Zulhijjah), maka sembelihannya tidak dianggap sembelihan korban.

Tetapi bagi korban wajib (korban nazar) yang tidak sempat dilakukan pada tempoh hari tasyriq itu, binatang itu tetap wajib disembelih sekalipun di luar waktunya dan sembelihan itu dikira sebagai qadha'. Demikian fatwa dalam Hasyiah I'anah.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Haram bagi penyembelih mengambil upah kulit atau tanduk atau ekor atau daging daripada pemilik korban dengan jalan upah. Tetapi harus baginya menerima daging tersebut daripada pemilik korban dengan jalan sedekah jika ia termasuk orang miskin atau dengan jalan hadiah jika dia bukan orang miskin.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Telah banyak orang awam yang jatuh ke dalam syubhat akibat mewakilkan sembelihan dan agihan daging TANPA menyatakan apakah ia korban wajib (kerana nazar) atau korban sunat. Perkara ini mendatangkan beberapa masalah dan hukum penting iaitu :

1)      Jika korban itu adalah korban wajib, maka kesemua dagingnya wajib disedekahkan kepada faqir miskin dalam keadaan mentah, serta haram memindahkan daging korban tersebut daripada tempat sembelihan ke negeri lain. Ini pendapat jumhur Syafi'iyyah.

2)      Jika korban itu korban sunat, maka sebahagian daging korban itu harus dihadiahkan (bahagian hadiah) atau dimakan oleh orang yang berkorban (bahagian milik tuan korban). Maka milik bahagiannya (hak milik tuan yang berkorban) itu dihukumkan harus dipindahkan ke negeri lain, manakala bahagian yang wajib disedekahkan kepada faqir miskin (bahagian sedekah) hukumnya wajib disedekahkan di tempat korban serta haram dipindahkan ke negeri lain. Rujuklah Hasyiah I'anah Ath-Thalibin bagi al-'Allamah As-Sayid Al-Bakri رحمه الله تعالى.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Haram memberi sedekah atau hadiah walaupun sedikit kepada orang kafir sekalipun dia kaum kerabat, jiran tetangga atau ahli pakatan dalam parti dan sekalipun ia faqir miskin daripada kafir zimmi, samada ia korban wajib atau korban sunat kerana korban adalah perkara yang berhubung dengan ibadat. Sekiranya ada bahagian daging itu yang diberi, dihadiah atau dijual kepada orang kafir, maka wajib diganti dengan yang lain sekira-kira menyamai qadar berkenaan. Sebagaimana dicatatkan dalam  Matla' al-Badrain dan Sabil Al-Muhtadin dan selainnya.

Berkata guru kami, harus memberi kepada orang kafir jika daging itu TELAH menjadi milik si faqir atau miskin, yakni setelah berlaku pembahagian daging korban. Syaratnya pemilikan itu adalah dengan jalan sedekah atas faqir miskin. Maka si faqir atau si miskin itu mendapat daging dan daging itu menjadi MILIKnya, maka ia boleh sama ada memakannya, menjualnya atau menghadiahkan kepada orang lain termasuk kafir yang faqir. Itu pun hanya korban sunat sahaja. Adapun bagi korban wajib, hukumnya haram.

Wal hasil, jika berasa ingin memberi kepada orang kafir juga, jalan yang terbaik adalah dengan memberi daging yang dibeli dikedai, yakni bukan daripada daging korban. Mengutamakan orang Islam itulah yang dipilih bagi orang memahami.

(Tanbih) Ini suatu penjagaan. Binatang yang sah disembelih untuk dibuat korban adalah binatang ternakan beraki empat seperti unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri atau kibasy. Daripada jenis binatang yang disebutkan itu, binatang jenis kambing, biri-biri dan kibasy tidak boleh berkongsi, ia tertentu untuk seorang sahaja. Maka jika dua orang berkongsi satu kambing pada korbannya, maka tidak sah korbannya. Adapun unta, lembu, dan kerbau, boleh berkongsi atasnya sehingga kepada tujuh orang sahaja. Tiada boleh lebih daripada itu.

(Tanbih) Binatang seperti ayam tidak memadai dibuat korban atau aqiqah. Namun jika seorang itu benar-benar tidak mempunyai kemampuan, harus baginya berbuat demikian tetapi hendaklah dia bertaqlid kepada mazhab Ibn Abbas رضي الله عنهما. Demikian fatwa dalam Hasyiah Baijuri.

(Faedah) Ini suatu faedah. Afdhal buat korban bagi seseorang itu dengan seekor unta, kemudian seekor lembu, kemudian seekor kibasy atau biri-biri, kemudian seekor kambing biasa. Ini dinisbahkan dengan banyaknya daging kepada setiap jenis binatang. Kemudian berkongsi seekor unta atau seekor lembu.

(Faedah) Ini suatu faedah. Seorang yang berkorban dengan tujuh ekor kibasy lebih afdhal daripada tujuh ekor kambing. Manakala tujuh ekor kambing lebih afdhal daripada seekor unta dan seekor lembu atau kerbau kerana bertambah taqarrubnya kepada Allah dengan banyaknya darah yang mengalir daripada sembelihan binatang korban.

(Faedah) Ini suatu faedah. Afdhal binatang yang dibuat korban itu yang bewarna putih, kemudian yang bewarna kuning, yang putih tetapi tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian sebahagian yang berwarna hitam, kemudian yang berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.

(Faedah) Ini suatu faedah. Binatang jantan yang tidak banyak berkahwin lebih afdhal dari binatang betina. Sebaliknya binatang betina yang belum melahirkan anak adalah lebih afdhal daripada binatang jantan yang banyak berkahwin untuk disembelih sebagai ibadat korban.

(Faedah) Ini suatu faedah bagi orang yang ingin menyembelih binatang sama ada untuk korban atau untuk sembelihan biasa. Petua ini juga diamalkan oleh guru kami Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumbuh رحمه الله تعالى.

1. Supaya daging tidak berlemak :-
  • Ada wudhu’ ketika sembelih binatang.
  • Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita.
  • Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya.
  • Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan.
2. Supaya daging binatang menjadi lembut :-
  • Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang
  • Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau
  • Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk :-

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ
اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ

4. Selesai sembelih binatang, maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging.

5. Supaya cukup atau memadai daging bagi setiap jamuan, insya'Allah, maka bacalah :-

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ

... kemudian hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya.

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati

7. Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras



والله تعالى أعلم بالصواب وإليه المرجع والماب
وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
والحمد لله رب العالمين


Al-Faqir ila Allah Al-Baari
Ibnu Masran Al-Banjari

9 Zulhijjah 1433H

Bulan Zulhijjah

Kelebihan yang terdapat dalam bulan Zulhijjah ini disebut oleh Allah swt di dalam Al-Quran, dan Hadith-hadith Baginda Nabi Muhammad saw, dan para ulamak salaf mahupun khalaf.

1) Baginda Nabi saw bersabda :

ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله عزوجل من هذه الأيام - يعني أيام العشر- قالوا : يا رسول الله ولا جهاد في سبيل الله؟ قال : ولا جهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء 
 - رواه البخاري و أبو داود و الترمذي و ابن ماجه -

Ertinya : Tidak ada hari di mana  suatu amal soleh lebih dicintai Allah melebihi amal soleh yang dilakukan di hari-hari ini (iaitu 10 hari awal dalam bulan Zulhijjah). Para Sahabat bertanya : Wahai Rasulallah! Walaupun jihad di jalan Allah? Nabi saw bersabda : Walaupun jihad di jalan Allah kecuali mereka yang keluar dengan diri dan hartanya kemudian ia tidak ada suatu pun yang kembali (ia mati syahid) 



 2) Firman Allah swt dalam surah al-Fajr :

والفجر (1) وليال عشر (2) - سورة الفجر

Ertinya : Demi waktu Fajr , Dan Malam yang Sepuluh.

Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa 10 malam yang disebut dalam ayat di atas itu merujuk kepada 10 malam yang awal dari bulan Zulhijjah. Hal ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Zubair dan Mujahid.

3) Diperintahkan oleh Allah swt agar memperbanyakkan bertasbih, bertahlil, bertakbir, dan bertahmid pada hari-hari yang dimaklumi.

Firman Allah swt dalam surah al-Hajj ayat 22:

ويذكروا اسم الله في أيام معلومات على ما رزقهم من بهيمة الأنعام

Ertinya : Dan mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan (tanda syukur) di atas rezeki yang telah dikurniakan kepada mereka daripada binatang-binatang ternakan.

Sayyidina Ibnu Abas r.a berkata bahawa yang dimaksudkan hari-hari yang ditentukan dalam ayat di atas ialah 10 hari awal dari bulan Zulhijjah.

4) Hari di mana umat Islam berhimpun di padang 'Arafah melaksanakan tuntutan manasik haji.

Baginda Nabi saw bersabda :

الحج عرفة 
Ertinya : Haji itu 'Arafah (wuquf di arafah)

5) Hari di mana umat Islam melaksanakan ibadah korban dengan binatang-binatang al-An'am ternakan. 

Firman Allah swt dalam surah al-Kauthar ayat 2 :

فصل لربك وانحر
Ertinya : Maka Solatlah kerana Tuhanmu dan Sembelihlah

6) Hari di mana umat Islam bersedekah dengan daging binatang-binatang yang telah dibuat korban, serta menjalinkan hubungan silaturrahim.

Firman Allah swt dalam surah al-Hajj :36

... وأطعموا القانع والمعتر....

Ertinya : Dan Berikanlah makan (Daging Korban) itu kepada yang tidak meminta dan yang meminta...

Firman Allah swt dalam surah al-Hajj :28

... وأطعموا البائس والفقير...
Ertinya : Dan Berikanlah makan (Daging Korban) itu kepada yang miskin dan yang fakir.


7) Bulan Zulhijjah bulan yang terkumpul di dalamnya ibadah-ibadah utama iaitu : Solat, Puasa, Sedekah, dan Haji.

Isnin, 15 September 2014

Kewajipan dan Akibat Meninggal Sembahyang

Sembahyang / Solat
Sembahyang / Solat dari sudut bahasanya membawa maksud Doa. Menurut syarak pula, Sembahyang itu ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam menurut syarat-syarat yang tertentu.

Sembahyang adalah suatu kefardhuan yang telah diwajibkan oleh Allah swt kepada hamba-hambanya. Setiap hari kita diwajibkan untuk sembahyang  lima waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak.


Dalil Tentang Lima Waktu Sembahyang.

1) Firman Allah swt dalam surah al-Ruum ayat 17-18 :

Ertinya : "Maka mengucapkanlah kesucian bagi Allah (bertasbih) ketika kamu berada diwaktu petang (asar) dan ketika kamu berada di waktu pagi (subuh). Dan bagiNyalah segala puji-pujian di semua langit dan di bumi di kala kamu berada di malam hari (Maghrib dan Isyak) dan ketika kamu berada di waktu Zohor".

2) Firman Allah swt dalam surah Qaaf ayat 39-40 :

Ertinya : " ... dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari (Subuh) dan sebelum terbenam (nya) (Zohor dan Asar) . Dan bertasbihlah kepadaNya di malam hari... (Maghrib dan Isyak) ".

3) Firman Allah swt dalam surah al-Israa ayat 78 :

Ertinya : " Dirikanlah sembahyang setelah gelincir matahari (Zohor dan Asar) sampai gelap malam (Maghrib dan Isyak) dan (dirikanlah pula sembahyang) Subuh. Sesungguhnya sembahyang subuh itu disaksikan (oleh Malaikat)".

Dalil Tentang Kewajipan Sembahyang.

Kewajipan sembahyang lima waktu berlaku dalam peristiwa Israk dan Mikraj, 2 tahun sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah al-Munawwarah.

1) Firman Allah swt dalam surah al-Nisa' ayat 77 :

وأقيموا الصلاة
Ertinya : " Dirikan oleh kamu akan sembahyang... "

2) Hadith riwayat daripada Sayyidina Anas bin Malik r.a daripada Nabi saw :

"فرض الله على أمتي ليلة الإسراء خمسين صلاة فلم أزل أراجعه وأسأله التخفيف حتى جعلها خمسا في كل يوم وليلة"

Ertinya : "Allah telah mewajibkan ke atas umatku pada malam Israk sebanyak 50 solat, maka aku sentiasa pergi dan balik untuk memohon keringanan kepada Allah sehingga dijadikan 5 waktu sembahyang dalam sehari semalam".- Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim

Sembahyang fardhu 5 waktu dimulai dengan waktu zohor dengan cara yang diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Baginda Nabi saw pada waktu siang dan berterusan selama 2 hari disamping Ka'abah.


Akibat Meninggalkan Sembahyang

1) Mengingkari kefardhuan sembahyang maka jadilah seseorang itu MURTAD dan KAFIR..
2) Meninggalkan sembahyang tanpa uzur syarak adalah HARAM, BERDOSA BESAR.

Mereka yang mengingkari kefardhuan sembahyang dianggap MURTAD , dan Sultan atau Pemerintah wajib membunuhnya dengan dipenggal lehernya. Mayatnya diurus dengan tidak mengikut tatacara mayat seorang muslim.

Sekiranya meninggalkan sembahyang kerana malas sahaja, maka disuruh taubat selama 3 hari dan disuruh dirikan sembahyang. sekiranya dia enggan juga mendirikan sembahyang walau dengan satu waktu, maka pemerintah boleh membunuhnya dengan hukuman had, tetapi mayatnya diuruskan seperti umat islam yang lain.

Baginda Nabi saw bersabda :

"العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر"

Ertinya : "Janji setia antara kita dengan mereka ialah sembahyang. Barangsiapa yang meninggalkannya (ingkar tidak wajib sembahyang) maka kafirlah dia".

"من ترك الصلاة متعمدا فقد كفر جهارا"

Ertinya : "Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja (ingkar), maka dia telah kafir secara terang-terangan".

"من ترك الصلاة متعمدا فقد برئت منه ذمة الله وذمة رسوله" 

Ertinya : "Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka terangkatlah perlindungan Allah dan perlindungan RasulNya".

Nabi Saw bersabda :

Ertinya : " Sesiapa yang memelihara sembahyang, ia akan diberi cahaya, bukti dan keselamatan di hari kiamat. Siapa yang mengabaikannya, ia tidak akan diberi cahaya atau bukti atau keselamatan, malah di hari kiamat ia akan di tempatkan bersama-sama Firaun, Qorun, Haman, dan Ubai bin Khalaf".



Kesimpulannya :

Sembahyang merupakan suatu kefardhuan yang wajib ditunaikan oleh setiap fardhu muslim yang cukup syarat-syaratnya. Mengingkari akan kefardhuan sembahyang atau mencelanya boleh membawa kepada kemurtadan dan kekafiran. Seorang Islam yang meninggalkan sembahyang pula dihukumkan haram dan berdosa besar.

Akibat meninggalkan sembahyang adalah sangat besar, dan tidak akan selamat dari azam Allah swt serta kemurkaanNya.

Namun sebagai umat PENDAKWAH, kita bukan ingin sekadar menghukum bahawa orang itu Murtad, Haram, Pendosa Besar atau Fasiq dan sebagainya, tetapi ayuh berusaha memberi kefahaman dan pimpinlah tangan-tangan mereka untuk pergi ke rumah Allah dan menunaikan sembahyang. Ajarilah mereka dengan hikmah dan bijaksana, agar tersebar syariat yang benar ini dengan mahabbah kasih sayang.

Wallahu a'lam...

Ahad, 14 September 2014

Menuntut Ilmu

Majlis Tafaqquh Ilmi Bersama al-Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid di Masjid al-Jawahir Mutiara Rini, Johor

 Ayat yang pertama diturunkan Allah swt ke atas Baginda Nabi Muhammad saw

إقراء باسم ربك الذي خلق 
Ertinya : Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menjadi (mu).

Baginda Nabi saw bersabda :

"طلب العلم فريضة على كل المسلم" 
Ertinya : Menuntut Ilmu itu Fardhu (Wajib) ke atas setiap Muslim.

Imam al-Syafie rhm berpesan bahawa ilmu itu tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan 6 cara :

1) الذكاء : iaitu Kecerdasan
2)  الحرص : Azam yang kuat
3) الإجتهاد : Kesungguhan
4) البلغة : Bekalan
5) إرشاد الأستاذ : Mendapat Petunjuk dari para ustaz / ulamak
6) طول الزمان  : Tempoh masa yang panjang

Diceritakan bahawa Saidina Jabir bin Abdullah telah berjalan selama sebulan menuju ke Syam semata-mata untuk mendapatkan Hadith daripada Sayyidina Abdullah bin Unais.

Imam Baqiy bin Makhlad al-Andalusi telah berjalan kaki dari Andalus ke Afrika kemudian ke Baghdad semata-mata ingin menuntut ilmu dan belajar daripada Imam Ahmad bin Hambal.

Yahya Bin Abi Kathir berkata :

لايستطاع العام براحة الجسد 
Ertinya : Ilmu tidak akan dapat diperolehi dengan tubuh yang santai (berehat bersenang-senang)

Imam al-Syafie pula berkata :

لايطلب هذا العلم من يطلبه بالتملل و غنى النفس فيفلح ، ولكن من طلبه بذلة النفس وضيق العيش وخدمة العلم أفلح
Ertinya : Tidak mungkin dinamakan menuntut Ilmu mereka yang menuntut dalam keadaan bosan / malas / sambil lewa dan berasa puas hati kemudian berjaya, Tetapi sesiapa yang menuntut ilmu dengan menahan diri/ kesempitan hidup, dan berkhidmat untuk ilmu maka dia akan berjaya.


Ulamak terdahulu, ramai di awal kisah mereka menuntut ilmu dalam keadaan kelaparan dan kesempitan hidup.

Diceritakan bahawa Abdul Rahman bin Abu Zur'ah telah menjual sehelai demi sehelai bajunya untuk menyara kehidupannya ketika di Basrah pada tahun 214 Hijriyyah dan menuntut ilmu. Tidak makan selama 2 hari.

Diceritakan oleh Sufyan bin 'Uyainah bahawa Sufyan al-Thauri sentiasa menahan lapar dan tidak makan selama 3 hari kerana kesempitan hidup tetapi masih terus menimba Ilmu.

Kesimpulan :

Marilah kita menghabiskan masa kita dengan menuntut Ilmu, Beramal dengan Ilmu, Menyampaikan Ilmu, seterusnya berdakwah agar umat ini mengenal Allah swt dengan Akidah yang Benar, Syariat yang Benar, Akhlak yang Benar. 

Harta yang ada hendaklah digunakan untuk perkara yang bermanfaat. Belajarlah dengan mencari guru yang soleh lagi benar akidah, syariat dan akhlaknya. 

Tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh, dengan mendengar dengan baik, mencatit, dan meneliti, menghafaz, dan sentiasa mengulang-ulang dengan disampaikan kepada yang lain.

Waallahu a'lam...

Kenangan...


Bersama TG yang dikasihi Syeikh Muhammad Nurudin Marbu al-Banjari al-Makki & TG Ustaz Ibrahim Masran al-Banjari

Menyambut Ketibaan Ustaz Fadhil al-Yamani di Airport Senai dalam siri Rehlah Ilmu di Johor Bahru

Khamis, 11 September 2014

Mengumpat

Mengumpat ini merupakan suatu perbuatan yang keji dan telah disepakati oleh para ulamak hukumnya HARAM dan BERDOSA. Namun yang menjadi kekeliruan ramai yang bertanya, "Adakah dengan kita menceritakan keaiban dan keburukan orang itu dengan SEBAB-SEBAB tertentu juga hukumnya 'berdosa dan haram' ??? Untuk menjawap persoalan ini, mari kita lihat apa yang disebut oleh para Ulamak.

Imam al-Ghazali rhm dan Imam al-Nawawi rhm menyatakan “Bahawa seseorang itu boleh melakukan perbuatan mengumpat dalam ENAM keadaan yang dibenarkan oleh syarak:

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti khalifah dan hakim atau kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan  dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran “Si Pulan melakukan kemungkaran, maka cegahlah ia dari kemungkaran tersebut”. Namun hendaklah niat mengumpat itu semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seseorang Mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada tuan Mufti.

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat akan kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telah pun menzahirkan kejahatannya secara terang-terangan. Walaubagaimana pun, kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan mungkar yang dilakukannya secara terang-terangan sahaja. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara tersembunyi, maka HARAM hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan suatu aib yang ada pada dirinya. Maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran itu di bolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.

Kesimpulannya :

Walaupun kita dibenarkan mendedahkan kepada seseorang kejahatan dan kezaliman seseorang yang lain, namun keharusan ini hendaklah atas dasar ingin mencegah kemungkaran. Namun seandainya kemungkaran yang hanya berkait antara seseorang itu dengan Allah yang tidak melibatkan sebarang kezaliman kepada orang lain, maka HARAM hukumnya kita dedahkan kejahatan yang disembunyikan tersebut. Kerana dengan menyebarkan kepada masyarakat umum, ini akan mendedahkan aib seseorang. Selagimana kemungkaran itu tidak dilakukan secara terang-terangan, maka kita tidak boleh mendedahkan kepada orang lain.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a , bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat kelak” – Hadith riwayat Muslim.

Imam Ibnu Hajar rhm, dalam kitab Fathu al-Mu’in menjelaskan, bahawa manusia itu terbahagi kepada DUA golongan :

PERTAMA : Orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran. Jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedahkan atau diperkatakan. Jika tetap diperkatakan atau didedahkan kemungkaran yang didengarinya itu, maka menjadi umpatan yang hukumnya HARAM dan BERDOSA.

KEDUA : Orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan, malah tidak memperdulikan sebarang nasihat yang diberikan dan tidak malu melakukan kejahatan secara terbuka, maka HARUS didedahkan keaibannya. Bercakap dan mendedahkan mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidaklah lagi dianggap mengumpat.

Firman Allah swt dalam surah al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman, apabila datang kepada kamu orang yang fasiq membawa berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada sesuatu kaum dengan tidak mengetahui. Maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.

Untuk memelihara diri dari terjebak dengan dosa mengumpat. Ayat di atas jelas sekali menyatakan larangan keras kepada orang beriman agar tidak cepat mempercayai berita yang dia dengar, terutamanya berita yang dibawa oleh seseorang yang fasiq. Setiap berita yang tidak pasti sewajibnya diselidiki terlebih dahulu. Hal ini bagi mengelakkan kita terburu-buru menjatuhkan keputusan yang buruk atas sesuatu perkara dan kemungkinan menyebabkan seseorang yang lain mendapat hukuman yang tidak wajar.

Waallahu a'lam...



- UAI TerBAIKKK...

 (Rujuk Kitab Sohih Muslim, Bab al-Ghibah & Kitab Ihya’ Ulum al-Deen)

Rabu, 10 September 2014

Alam Barzakh - Bhg 2




1.    Soalan :

Apabila kita menziarahi kubur, adakah mereka yang berada di dalam kubur itu menyedari siapa yang datang? Dan adakah kita membaca al-Fatihah kepadanya, adakah dia menerima al-Fatihah itu?

Jawapan :

Seperti hadith-hadith yang diriwayatkan di atas, jelas bahawa mereka yang berada di Alam Barzakh itu mengetahui siapakah dikalangan mereka yang berada di Alam Dunia yang menziarahi mereka dan berdoa untuk mereka.

Dalam riwayat yang lain  daripada al-Baihaqi bahawa Rasulullah SAW bersabda : 

اذا مر الرجل بقبر يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام وعرفه،
واذا مر بقبر لا يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام.

Ertinya : Apabila seseorang melalui sebuah kubur yang dikenali (penghuninya) lalu ia memberi salam kepadanya, maka orang itu akan menjawab salamnya dan dia kenal kepadanya, dan apabila seseorang itu melalui sebuah kubur yang tidak dikenalinya lalu ia memberi salam kepadanya, maka orang itu juga akan menjawab salamnya”.

Dalam persoalan adakah sampai dan diterima bacaan al-fatihah atau bacaan-bacaan lain, doa dan ibadah yang dibuat oleh orang hidup dan dihadiahkan pahalanya kepada si mati, maka para ulamak berbeza pandangan.

Menurut sebahagian ulamak mazhab syafie, pahala bacaan al-Quran sampai kepada si mati jika dibacakan untuk dihadiahkan dan diniatkan pahalanya kepada si mati.

Dr. Wahbah al-Zuhaili juga ada menyatakan bahawa para ulamak memutuskan secara ijmak bahawa si mati akan mendapat manfaat daripada doa dan istighfar yang dibacakan untuknya.

Allah SWT berfirman  maksudnya :

“Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan ) berkata : Wahai Tuhan kami ampunkahlah dosa kami  dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami di dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu. (Surah al-Hasyr : 10)
 
Allah SWT berfirman maksudnya :

“Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah dan mohonlah pengampunan bagi dosamu dan bagi dosa orang-orang mukmin lelaki dan perempuan dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu”.(Surah Muhammad :19) 
 
Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda :

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولدٍ صالح يدعو له
Ertinya : apabila matinya anak adam terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara : 1) sedekah jariah (wakaf, derma dan seumpamanya), 2) ilmu yang dimanfaatkan, 3) anak yang soleh yang mendoakannya.
Justeru, anak-anak yang soleh yang membuat wakaf, yang berdoa, yang membuat kebaikan dan pahalanya dihadiahkan kepada kedua ibu bapanya, maka semua itu akan diterima sebagai pemberat amal timbangan mereka insyaallah.

Nabi Saw bersabda :

استغفروا لأخيكم  وسلوا له التثبيت فإنه الآن يسأل
Ertinya : Mohonlah kamu keampunan dosa bagi saudara-saudaramu (yang telah meninggal dunia), dan mintalah dari Allah akan keteguhan bagi si mati untuk menjawab pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir, kerana pada waktu ini dia sedang disoal.

Maka, perbanyakkanlah berdoa untuk si mati, kerana doa itu juga akan member pertolongan untuk meringankan azab yang sedang dihadapi.

2.    Soalan :

Bagaimana pula dengan bunga dan air mawar yang kita siram di atas kubur? Apa yang dirasai oleh mereka di dalam kubur?

Jawapan :

Dalam riwayat daripada Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW telah merenjis-renjis air ke atas kubur Ibrahim anak Baginda. Maka perbuatan merenjis atau membasahi tanah kubur dengan menyiram air ke atasnya adalah sunat.

Perbuatan menyiram air di atas kubur ini dilakukan dengan harapan semoga tempat persemadian jenazah berkenaan, berada di dalam keadaan sejuk dan dicucuri rahmat . disamping itu, penyiraman juga bertujuan untuk mengelakkan tanah daripada berselerak.

Air yang digunakan untuk menyiram kubur pula ialah air biasa. Makruh menggunakan air yang diperolehi melalui pembelian seperti air mawar kerana itu satu pembaziran. Walaubagaimanapun Imam al-Subki berpendirian bahawa tidak mengapa menggunakan air mawar yang sedikit jika diharapkan semoga dengan keharuman air mawar itu akan membawa kehadiran malaikat ke kubur berkenaan ini kerana malaikat gemar kepada bau-bau harum. (Muhammad al-Syarbini al-Khatib, Juz.1 hlm.364)

Malah disunatkan juga meletakkan pelepah kurma atau dahan pokok yang masih hijau dan segar di atas kubur. Tindakan ini diharapkan semoga keberkatan tasbih dari dahan tersebut dapat meringankan penderitaan roh pemilik kubur berkenaan. Sebagai ganti pelepah kurma, bolehlah ditaburkan bunga yang masih segar ke atas kubur. Malah menurut sebahagian ulamak hukumnya adalah haram mengalihkan dahan yang masih basah dari kubur berkenaan sebelum dahan itu kering kerana pemiliknya mengharapkan manfaat daripada dahan yang basah itu iaitu pengampunan Allah untuk roh si mati.

Kesimpulannya, perbuatan menyiram air mawar dan menaburkan bunga ke atas kubur ada sandarana dan asasnya dengan pengharapan ianya memberi keberkatan dan rahmat kepada si mati.

3.    Soalan :

Apakah perkara dan perbuatan yang terbaik yang kita boleh lakukan untuk mereka yang telah meninggal dunia? Misalnya kita bersedekah, niat pahala diberikan kepada mereka?

Jawapan :

Nabi SAW bersabda :

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولدٍ صالح يدعو له
Ertinya : apabila matinya anak adam terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara : 1) sedekah jariah (wakaf, derma dan seumpamanya), 2) ilmu yang dimanfaatkan, 3) anak yang soleh yang mendoakannya.
Bersandarkan kepada hadith ini, maka antara perkara yang terbaik boleh kita lakukan untuk mereka yang telah meninggal dunia ialah :

1)   Mewakafkan harta dengan diniatkan pahalanya kepada si mati. Harta yang diwakafkan untuk jalan Allah, maka si mati akan terus menerus mendapatkan pahala darinya selagi perkara tersebut dimanfaatkan oleh orang yang masih hidup. Contohnya mewakafkan duit untuk pembinaan masjid, maka selagi mana masjid itu dimanfaatkan oleh umat Islam, berterusanlah pahala itu mengalir dan memberi manfaat kepada mereka yang telah meninggal dunia.

2)   Selain berwakaf dan bersedekah, anak-anak yang soleh mestilah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya yang telah mendahuluinya. Doa dan amalan anak yang soleh akan terus mengalirkan pahala kepada si mati. Malah amalan anak soleh juga akan membantu ibu bapanya yang berada di Alam Barzakh.

3)   Kita juga boleh membaca al-Quran dan menyedekahkan pahalanya kepada simati. Malah mengupah orang untuk membacakan al-Quran dan mohon agar pahalanya dihadiahkan kepada simati pun hukumnya dibolehkan menurut sebahagian ulamak.

Dalam Hadith yang lain, Baginda Nabi SAW bersabda :

"أمـتي أمة مرحومة تدخل قبورها بذنوب كالجبال، وتخرج من القبوروقد غفرلها باستغفارالأحياء  للأموات والصدقات والدعاء وقراءة  القرآن ،تأتيهم  بها الملائكة في أطباق من نورمخمرة بمناديل من سندس وتقول لأحدهم هذه الهداية بعثها إليك فلان فيسره ويفرح  به"

Ertinya : Umatku adalah umat yang dirahmati, mereka masuk ke dalam kubur dengan dosa seperti gunung, dan keluar daripadanya sedang mereka telah diampunkan dari dosa-dosa itu, iaitu dengan istighfar orang yang hidup kepada si mati, sedekah, doa dan bacaan al-Quran untuk mereka, para malaikat membawa semua itu dalam pinggan-pinggan besar yang bercahaya, ditudung pula dengan kain sutera, kemudian para malaikat itu berkata kepada tuan yang punya : “inilah hadiah yang dikirimkan si pulan untuk mu, maka penerima itu akan merasa senang dan gembira”.

4.    Soalan :

Sebelum seseorang itu meninggal dunia, adakah dia tahu yang dia tidak akan lama lagi di dunia?

Jawapan :

Beruntungnya umat Nabi Saw kerana kematian tidak datang secara tiba-tiba, tetapi di datangkan peringatan demi peringatan.

Antara bentuk peringatan yang secara normal semula jadi manusia ialah keadaan usia dan umurnya yang semakin meningkat dan fizikalnya yang semakin lemah dan tiada upaya (tua).

Allah Berfirman di dalam al-Quran :

...  ثم  جعل  من  بعد  قوة  ضعفا  وشيبة  يخلق  ما  يشاء  وهوالعليم القدير.

Ertinya :  … kemudian dia menjadikan setelah dari keadaan kuat itu kepada lemah semula dan beruban rambut di kepala. Dialah Allah yang menjadikan apa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Justeru itu, perubahan fizikal dari kuat kepada lemah, pertambahan usia, dan sebagainya, itu juga merupakan bentuk-bentuk amaran dan peringatan daripada Allah SWT.

Selain itu, sakit juga merupakan tanda-tanda kematian.

Baginda Nabi SAW bersabda :

Ertinya : apabila Allah SWt menguji seseorang muslim dengan di datangkan kesakitan pada tubuhnya, maka Allah SWt berfirman kepada Malaikat : Tulislah bagi muslim tersebut akan amal soleh yang dia telah lakukan (sewaktu sihatnya) dan sekiranya dia sembuh bersih dan sucikan dirinya daripada dosa, dan sekiranya dicabut nyawanya, nescaya dia mendapat keampunan dan mendapat rahmat dari Allah SWT.

Ada lagi satu keadaan iaitu seseorang itu juga kemungkinan akan menghadapi kematian yang datang tiba-tiba atau dinamakan kematian mengejut.

Rasulullah SAW bersabda :
موت  الفجأة   راحة  للمؤمن  واسف  على  الفاجر
(  رواه  أحمد  عن  عائشـة  )
Ertinya : Mati terkejut itu adalah kerehatan bagi orang yang beriman dan kesedihan keatas orang yang menanggung dosa.

Mati terkejut bagi orang mukmin itu adalah rahmat dan kerehatan daripada menanggung kesakitan sakaratul maut. manakala mati terkejut bagi orang yang menanggung dosa merupakan satu kesedihan dan penyesalan kerana tiada sempat untuknya bertaubat kepada Allah.

Kesimpulannya, setiap orang pada hakikatnya dia mengetahui bahawa dia akan mati. Namun istimewanya umat Nabi Muhammad Saw ini ada bentuk-bentuk peringatan sebelum datangnya kematian walaupun ada di sana keadaan mereka yang dimatikan dalam keadaan mengejut.

Justeru, tidak ada siapa pun mengetahui bila akan datang ajal bagi dirinya, namun tanda-tanda ajal itu Allah swt nyatakan dalam bentuk semula jadi kejadian manusia dari bayi, kanak-kanak, dewasa, tua, dan akhirnya mati. Dan ada juga tanda-tanda dengan di datangkan penyakit dan sebagainya.

5.    Soalan :

Macamanakah perasaan seseorang yang sedang naza’? Adakah dia tahu malaikat maut sudah pun datang dan akan mencabut nyawanya?

Jawapan :

Firman Allah S.W.T :
فرمان الله : وجآءت سكرة الموت بالحق ذلك ما كنت منه تحيد  -سورة ق:19
Ertinya : Dan apabila sampai ajal seseorang, maka datanglah mabuk kematian yang membawa kebenaran yang di janjikan dan di beritahu kepada orang yang mengingkari : inilah perkara yang kamu selalu kamu cuba mengelak diri daripadanya . 

رسول الله برسبدا: حضر ملك الموت رجلا يموت فنظر فى قلبه فلم يجد فيه شيئا ففك لحييه فوجد  طرف لسانه لاصقا بحنكه يقول لا اله إلا الله فغفرله بكلمة الإخلاص.( رواه الطبراني عن أبي هريرة)

Ertinya : Telah datang malaikat maut kepada  seseorang lelaki , maka malaikat maut itu melihat di dalam hati lelaki tersebut , maka tidak didapati didalam hatinya akan sesuatu , lantas malaikat maut itu memerhatikan pula di hujung lidahnya yang berusaha untuk menyebut kalimah ‘ Tiada tuhan yang sebenarnya di sembah melainkan Allah ‘ nescaya di beri pengampunan dengan kalimah ikhlas tersebut .
رسول  الله برسبدا   :
"إنَّ الشَّيْطاَنَ يَأْتِي أَحَدَكُمْ قَبْلَ  مَوْتِهِ فَيَقُوْلُ متْ يَهُوْدِيًّا متْ نصْراَنِيًّا"

Ertinya : Bahawasanya syaitan itu datang kepada seseorang daripada kalangan kamu sebelum matinya , dan syaitan berkata : matilah kamu dalam agama yahudi ! matilah kamu dalam agama nasrani ( kristian ) !
Daripada dalil-dalil di atas, menjelaskan kepada kita bahawa, orang yang dalam ke adaan nazak akan merasai kesakitan sakaratul maut. Dan kesakitan ini akan di rasai oleh setiap manusia yang berhadapan dengan kematian.

Ketika dalam keadaan sakaratul maut dan nazak untuk mati, seseorang itu akan dapat melihat malaikat maut yang akan datang untuk mencabut nyawanya, malah bukan sekadar itu, tetapi syaitan juga akan turut muncul untuk menyesatkan mereka yang sedang nazak.

Oleh sebab itu, sunat bagi mereka yang menziarahi orang yang hamper mati dan dalam keadaan nazak, dibacakan ayat-ayat suci al-Quran seperti yang disabdakan oleh Baginda Nabi SAW :

إقرأوا يس عند موتكم
Ertinya : Bacakanlah (surah) Yaasiin di sisi mereka yang sedang nazak hendak mati dikalangan kamu.

Dan sunatkan juga kita mengajar mereka yang sedang nazak agar mengucap dua kalimah syahadah.