Mengumpat ini merupakan suatu perbuatan yang keji dan telah disepakati oleh para ulamak hukumnya HARAM dan BERDOSA. Namun yang menjadi kekeliruan ramai yang bertanya, "Adakah dengan kita menceritakan keaiban dan keburukan orang itu dengan SEBAB-SEBAB tertentu juga hukumnya 'berdosa dan haram' ??? Untuk menjawap persoalan ini, mari kita lihat apa yang disebut oleh para Ulamak.
Imam al-Ghazali rhm dan Imam al-Nawawi rhm menyatakan “Bahawa seseorang itu boleh melakukan perbuatan mengumpat dalam ENAM keadaan yang dibenarkan oleh syarak:
Imam al-Ghazali rhm dan Imam al-Nawawi rhm menyatakan “Bahawa seseorang itu boleh melakukan perbuatan mengumpat dalam ENAM keadaan yang dibenarkan oleh syarak:
![]() |
2. Perbuatan mengumpat itu adalah bertujuan untuk membasmi
kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai
kemampuan untuk mengubah kemungkaran “Si Pulan melakukan kemungkaran, maka
cegahlah ia dari kemungkaran tersebut”. Namun hendaklah niat mengumpat itu
semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.
3. Meminta fatwa daripada seseorang Mufti yang mana orang
yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada
tuan Mufti.
4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap
kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.
5. Apabila seseorang itu menzahirkan kejahatan dan
kemungkaran yang dilakukan. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita
menghebahkan kepada masyarakat akan kejahatan yang dilakukannya kerana dia
sendiri telah pun menzahirkan kejahatannya secara terang-terangan. Walaubagaimana
pun, kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan mungkar yang
dilakukannya secara terang-terangan sahaja. Adapun kejahatan lain yang
dilakukannya secara tersembunyi, maka HARAM hukumnya untuk didedahkan kepada
masyarakat.
6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang
individu dikenali dengan suatu aib yang ada pada dirinya. Maka kita boleh
menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali
orang tersebut. Namun kebenaran itu di bolehkan dengan syarat si pemilik aib
tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya
selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.
Kesimpulannya :
Walaupun kita dibenarkan mendedahkan kepada seseorang
kejahatan dan kezaliman seseorang yang lain, namun keharusan ini hendaklah atas
dasar ingin mencegah kemungkaran. Namun seandainya kemungkaran yang hanya
berkait antara seseorang itu dengan Allah yang tidak melibatkan sebarang
kezaliman kepada orang lain, maka HARAM hukumnya kita dedahkan kejahatan yang
disembunyikan tersebut. Kerana dengan menyebarkan kepada masyarakat umum, ini
akan mendedahkan aib seseorang. Selagimana kemungkaran itu tidak dilakukan
secara terang-terangan, maka kita tidak boleh mendedahkan kepada orang lain.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a , bahawa Rasulullah
saw bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim, nescaya
Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat kelak” – Hadith riwayat
Muslim.
Imam Ibnu Hajar rhm, dalam kitab Fathu al-Mu’in
menjelaskan, bahawa manusia itu terbahagi kepada DUA golongan :
PERTAMA : Orang yang tidak pernah disebut melakukan
kejahatan atau kemungkaran. Jika terdengar atau diketahui bahawa mereka
melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedahkan atau
diperkatakan. Jika tetap diperkatakan atau didedahkan kemungkaran yang
didengarinya itu, maka menjadi umpatan yang hukumnya HARAM dan BERDOSA.
KEDUA : Orang yang sudah terkenal dengan kejahatan
atau kemungkarannya secara terang-terangan, malah tidak memperdulikan sebarang
nasihat yang diberikan dan tidak malu melakukan kejahatan secara terbuka, maka
HARUS didedahkan keaibannya. Bercakap dan mendedahkan mengenai kejahatan mereka
dalam situasi ini tidaklah lagi dianggap mengumpat.
Firman Allah swt dalam surah al-Hujuraat ayat 6 yang
bermaksud :
“Wahai orang yang beriman, apabila datang kepada kamu orang
yang fasiq membawa berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan sesuatu
musibah kepada sesuatu kaum dengan tidak mengetahui. Maka jadilah kamu menyesal
atas perbuatanmu itu”.
Untuk memelihara diri dari terjebak dengan dosa mengumpat. Ayat
di atas jelas sekali menyatakan larangan keras kepada orang beriman agar tidak
cepat mempercayai berita yang dia dengar, terutamanya berita yang dibawa oleh seseorang yang fasiq. Setiap
berita yang tidak pasti sewajibnya diselidiki terlebih dahulu. Hal ini bagi
mengelakkan kita terburu-buru menjatuhkan keputusan yang buruk atas sesuatu
perkara dan kemungkinan menyebabkan seseorang yang lain mendapat hukuman yang
tidak wajar.
Waallahu a'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan