Ahad, 14 September 2014

Menuntut Ilmu

Majlis Tafaqquh Ilmi Bersama al-Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid di Masjid al-Jawahir Mutiara Rini, Johor

 Ayat yang pertama diturunkan Allah swt ke atas Baginda Nabi Muhammad saw

إقراء باسم ربك الذي خلق 
Ertinya : Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menjadi (mu).

Baginda Nabi saw bersabda :

"طلب العلم فريضة على كل المسلم" 
Ertinya : Menuntut Ilmu itu Fardhu (Wajib) ke atas setiap Muslim.

Imam al-Syafie rhm berpesan bahawa ilmu itu tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan 6 cara :

1) الذكاء : iaitu Kecerdasan
2)  الحرص : Azam yang kuat
3) الإجتهاد : Kesungguhan
4) البلغة : Bekalan
5) إرشاد الأستاذ : Mendapat Petunjuk dari para ustaz / ulamak
6) طول الزمان  : Tempoh masa yang panjang

Diceritakan bahawa Saidina Jabir bin Abdullah telah berjalan selama sebulan menuju ke Syam semata-mata untuk mendapatkan Hadith daripada Sayyidina Abdullah bin Unais.

Imam Baqiy bin Makhlad al-Andalusi telah berjalan kaki dari Andalus ke Afrika kemudian ke Baghdad semata-mata ingin menuntut ilmu dan belajar daripada Imam Ahmad bin Hambal.

Yahya Bin Abi Kathir berkata :

لايستطاع العام براحة الجسد 
Ertinya : Ilmu tidak akan dapat diperolehi dengan tubuh yang santai (berehat bersenang-senang)

Imam al-Syafie pula berkata :

لايطلب هذا العلم من يطلبه بالتملل و غنى النفس فيفلح ، ولكن من طلبه بذلة النفس وضيق العيش وخدمة العلم أفلح
Ertinya : Tidak mungkin dinamakan menuntut Ilmu mereka yang menuntut dalam keadaan bosan / malas / sambil lewa dan berasa puas hati kemudian berjaya, Tetapi sesiapa yang menuntut ilmu dengan menahan diri/ kesempitan hidup, dan berkhidmat untuk ilmu maka dia akan berjaya.


Ulamak terdahulu, ramai di awal kisah mereka menuntut ilmu dalam keadaan kelaparan dan kesempitan hidup.

Diceritakan bahawa Abdul Rahman bin Abu Zur'ah telah menjual sehelai demi sehelai bajunya untuk menyara kehidupannya ketika di Basrah pada tahun 214 Hijriyyah dan menuntut ilmu. Tidak makan selama 2 hari.

Diceritakan oleh Sufyan bin 'Uyainah bahawa Sufyan al-Thauri sentiasa menahan lapar dan tidak makan selama 3 hari kerana kesempitan hidup tetapi masih terus menimba Ilmu.

Kesimpulan :

Marilah kita menghabiskan masa kita dengan menuntut Ilmu, Beramal dengan Ilmu, Menyampaikan Ilmu, seterusnya berdakwah agar umat ini mengenal Allah swt dengan Akidah yang Benar, Syariat yang Benar, Akhlak yang Benar. 

Harta yang ada hendaklah digunakan untuk perkara yang bermanfaat. Belajarlah dengan mencari guru yang soleh lagi benar akidah, syariat dan akhlaknya. 

Tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh, dengan mendengar dengan baik, mencatit, dan meneliti, menghafaz, dan sentiasa mengulang-ulang dengan disampaikan kepada yang lain.

Waallahu a'lam...

Kenangan...


Bersama TG yang dikasihi Syeikh Muhammad Nurudin Marbu al-Banjari al-Makki & TG Ustaz Ibrahim Masran al-Banjari

Menyambut Ketibaan Ustaz Fadhil al-Yamani di Airport Senai dalam siri Rehlah Ilmu di Johor Bahru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan